Yahudi selalu digambarkan sebagai makhluk umpama syaitan dalam sesetengah keadaan. Ini memang benar jika kita lihat kekejaman orang-orang Yahudi berfahaman Zionis yakni fahaman nasionalisme ekstrem bergaya fasis chauvinisme yang gila, terutama terhadap orang Islam Palestin.
Namun kita kena akui juga bahawa orang-orang Yahudi ini amat maju keduniaan mereka, teknologi mereka dan kreativiti mereka. Taktik dan strategi mereka untuk survival amat tinggi dan ini terbukti apabila mereka dapat mengharungi arus politik dan dominasi di tengah-tengah dunia Arab. Strategi yang sama juga cuba diterapkan oleh Singapura dengan mengambil model Israel dan ini bukanlah perkara ‘top secret’ lagi.
Bagaimana Israel boleh bangkit dari zero kepada hero? Dari para pelarian dan imigran yang berhijrah dari seluruh Eropah terutamanya ke tanah yang asalnya milik Palestin kemudian membina negarabangsa dan jatidiri sampai berjaya, sampai digeruni oleh negara-negara Arab di sekitarnya?
Jawapannya amatlah mudah. Untuk membina satu negarabangsa berjatidiri tak terkalahkan, sepertimana Korea Selatan, Israel mesti membina kekuatan dalaman dahulu.
Blueprint yang sama.
Kekuatan dalaman ini bukanlah terkandung dalam gajet-gajet atau mesin-mesin di kilang, namun anehnya menyihir keluar dari manuskrip, artifak, premis bersejarah, karya-karya kesusasteraan seperti hikayat dan dokumen pensejarahan tempatan seperti riwayat, rekod atau prasasti.
Jika kita banyak sumber alam, banyak modal mungkin kita boleh beli banyak senjata asing untuk pertahankan diri kita, kita import teknologi atau apa saja kita import hatta pekerja asing sekalipun sampai makanan pun kita import, NAMUN SAMPAI BILA?
Sumber alam akan berkurangan namun sumber manusia akan lahir, lahir dan lahir dan manusia yang hebat yang lengkap berjatidiri dan berpatriotik, akan fikir bagaimana untuk jaga negaranya, jaga sumber alamnya supaya mampu dikitar semula dan digunakan berkali-kali.
Soalannya, bagaimana untuk menghasilkan manusia-manusia yang hebat itu?
Sebab itu dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura ada bab khas untuk membincangkan isu-isu dan kepentingan manuskrip-manuskrip Melayu yang bertebaran di dalam dan luarnegara.
Korea Selatan berjuang membangunkan kebudayaan dan kesusasteraan negaranya dan hasilnya Bucheon dinobatkan sebagai Kota Sastera oleh UNESCO. Israel berjuang 100 tahun untuk hakmilik manuskrip-manuskrip kuno Yahudi dan itu adakah itu penting?
Sangat penting tuan-tuan dan puan-puan sampai si Yahudi yang kecil itu sanggup bersengketa dengan segala Vityaz, Streltsy dan Don Cossacks.
Maka layaklah mereka maju dan berteknologi canggih jauh mengatasi kita yang pi mai pi mai tang tu memitosdongengkan sejarahnya dan sibuk membina ‘Flor de la Mar’ yang seterusnya.
~Srikandi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih