Titanic merupakan satu tragedi yang takkan dilupai oleh tiap-tiap penumpangnya. Titanic memberi pengalaman yang baik dan buruk kepada mereka. Ada yang bercerita mengenai kemewahan kapal itu, tidak kurang juga yang bercerita mengenai malam-malam yang menakutkan itu. Ada yang kehilangan keluarga, saudara, rakan dan taulan. Tapi macam mana untuk terselamat dari nahas Titanic ini?

Cara yang pertama ialah jika anda sudah membeli tiket ini dan anda terlepas menaiki kapal tersebut pada tarikh yang ditetapkan, maka nasib anda selamat daripada terlibat dengan nahas itu. Anda akan senasib dengan beberapa kenamaan yang terlepas menaiki kapal Titanic itu seperti Milton Hershey, JP Morgan, Theodore Dreiser dan Alfred Gwen Vanderbilt.

Tapi, katakanlah anda sempat menaiki Titanic dan anda sudah semestinya merasai pengalaman menakutkan semasa malam tersebut. Baiklah, di sini saya akan gambarkan di dalam tiga keadaan. Sebagai kru, penumpang kelas pertama dan kelas ketiga.

Jika anda seorang kru, anda mempunyai harapan untuk terselamat bergantung kepada bahagian mana anda ditugaskan. Jika anda bertugas di ruang pendandang, anda mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri untuk menuju ke boat deck.

Tapi, bukan mudah untuk naik ke atas kerana bahagian dandang terletak di dek yang paling bawah sekali. Jadi, anda perlu naik dari satu ke satu dek untuk sampai ke boat deck tersebut. Jika anda telah sampai ke boat deck, anda boleh menaiki bot keselamatan bergantung kepada sikap pegawai yang bertugas.

Ada pegawai yang mengizinkan lelaki untuk menyelamatkan diri seperti Pegawai Pertama Murdoch, ada yang tidak seperti Charles Lightoller. Lightoller hanya memberi seoran sahaja penumpang lelaki, iaitu Arthur Godfrey Peuchen untuk naik ke bot keselamatan kerana kekurangan anak kapal di bot keselamatan #6. Ini kerana Peuchen merupakan seorang pengendali yatcht.

Baiklah, jika anda seorang kelasi kapal, anda juga mempunyai peluang untuk terselamat terutamanya jika anda diarahkan untuk menyelia bot keselamatan.

Tapi, jika anda bertugas di bahagian enjin, tiada harapan untuk anda menyelamatkan diri. Ini kerana, kesemua kru bahagian enjin dilaporkan ma ut di dalam tragedi itu. Kru-kru bahagian enjin bertungkus-lumus untuk mengekalkan eletrik di kapal tersebut sebelum bahagian enjin tenggelam sepenuhnya.

Bagaimana jika anda merupakan salah seorang penumpang?

Jika anda seorang penumpang, anda juga akan mempunyai peluang untuk terselamat semasa peristiwa ini. Jika anda seorang wanita penumpang kelas pertama, anda akan diberi peluang terlebih dahulu untuk menaiki bot keselamatan.

Semasa peristiwa Titanic, hanya empat orang wanita kelas pertama sahaja yang ma ut di dalam peristiwa itu. Salah seorangnya, Ida Strauss yang memilih untuk berada di atas kapal bersama suaminya, Isidor Strauss.

Jika anda merupakan seorang penumpang lelaki kelas pertama,kebarangkalian untuk anda terselamat adalah 50-50. Ini kerana kapten mengarahkan agar wanita dan kanak-kanak terlebih dahulu untuk diselamatkan. Jika anda bernasib baik, anda boleh menaiki bot-bot keselamatan yang terakhir.

Jika tidak, anda perlu bersiap sedia untuk kembali ke negeri cacing dengan gaya seorang gentleman. Contohnya menghisap cerut ketika saat-saat terakhir sebelum Titanic karam seperti mana yang dilakukan oleh Jacques Futrelle ataupun menikmati Brandi seperti Benjamin Guggenheim.

Benjamin Guggeinheim kali terakhir dilihat di tangga utama sambil minum Brandi
Kredit: Titanic 1997

Jika anda merupakan penumpang kelas ketiga, mungkin agak sukar untuk anda menyelamatkan diri. Di Titanic, terdapat pagar penghadang di antara ruang kelas ketiga dan kelas-kelas lain. Ini adalah sebahagian daripada undang-undang untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Pagar penghalang di kelas ketiga

Semasa peristiwa Titanic, kebanyakan pagar ini tidak dibuka. Namun, ada penumpang kelas ketiga Berjaya juga naik ke boat deck melalui laluan pekerja. Katakanlah anda Berjaya sampai ke boat deck, belum tentu anda akan terselamat.

Jika anda wanita, mungkin anda akan terselamat dek arahan yang diberikan oleh kapten. Jika lelaki, anda perlu pantas menaiki bot-bot keselamatan terakhir.

Katakanlah anda gagal untuk menaiki mana-mana bot keselamatan, adakah anda akan terselamat? Jawapannya Ya. Walaupun suhu laut pada malam kejadian Titanic hanya beberapa darjah celcius sahaja Anda boleh terselamat dengan memanaskan badan anda untuk mengelakkan hyporthemia ataupun ma ti kesejukan.

Salah satu caranya ialah minum arak sebanyak-banyaknya. Mungkin nampak mengarut tapi, ada seorang anak kapal bernama Charles Joughin terselamat dari hyporthemia kerana beliau minum arak terlalu banyak. Arak akan membuatkan badan anda panas dan seterusnya akan mengimbangi suhu badan anda dan suhu air laut.

Jika anda mampu untuk hidup, anda perlu menarik perhatian pegawai semasa operasi pencarian dilakukan. Anda seterusnya akan diambil dan dibawa ke RMS Carpathia untuk diselamatkan dan meneruskan kehidupan.

RUJUKAN:

Would You Save the Titanic? https://www.wired.com/2012/04/would-you-save-the-titanic/

How to Escape a Sinking Ship (Like, Say, the Titanic). https://www.wired.com/story/how-to-escape-sinking-ship-like-titanic/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.