Setelah Dinasti Han tumbang pada kurun ke-2 masihi, China telah berpecah pada tiga buah kerajaan, iaitu Wei, Wu dan Shu. Kerajaan Shu merupakan warisan daripada Dinasti Han yang mahu mengembalikan semula kegemilangan Dinasti Han. Ketiga-tiga kerajaan ini berpe-rang antara satu sama lain untuk menyatukan semula Empayar China.
Pada tahun 228 masihi, Kerajaan Shu telah memulakan gerakan untuk menyerang Kerajaan Wei setelah kema-tian rajanya, Cao Pi. Pepe-rangan berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan telah berlaku banyak pertempuran. Pada tahun 230 masihi, tentera yang dipimpin oleh Zhuge Liang telah dikepung di Pingyang.
Zhuge Liang mahu menyampaikan isyarat kepada mana-mana pasukan Shu supaya dapat membantu mereka keluar daripada kepungan tersebut. Lalu, beliau mencipta ‘Sky Lantern’ (Tanglung Terbang) untuk menyampaikan isyarat. Perkara itu memang menakjubkan para panglima tenteranya, kerana tidak pernah nampak tanglung diterbangkan.
.
Sehingga beberapa kali, Zhuge Liang sering dianggap sebagai manusia yang mempunyai kuasa ghaib. Ketika pepe-rangan di Chibi, Zhuge Liang pernah menggunakan angin untuk menewaskan musuh yang berganda-ganda lebih ramai daripadanya. Ramai menyangka beliau mengawal angin, sedangkan ini semua adalah kerana pemahaman beliau ke atas ilmu sains. Begitulah juga halnya dalam kes tanglung terbang tadi.
Prinsip tanglung terbang ini adalah peningkatan suhu udara yang terdapat dalam tanglung itu menyebabkannya kurang tumpat berbanding ketumpatan udara sekeliling. Tanglung itu terapung kerana terdapat daya apung yang pernah diketengahkan oleh Archimedes. Archimedes menyatakan, objek yang ditenggelamkan ke dalam bendalir (air dan udara) akan mengalami daya apung sama dengan berat bendalir yang menggantikan objek tersebut.
Setelah tanglung itu diterbangkan, pasukan bantuan yang diketuai oleh Zhao Yun dan Li Yan datang membantu. Prinsip yang diasaskan oleh Zhuge Liang dalam penerbangan tanglung ini menjadi asas pada pembinaan belon terbang yang bermula pada kurun ke-18 masihi.
Zhuge Liang tidak dikenali sebagai seorang saintis tetapi sebagai ahli strategi pe-rang dan ahli politik. Karyanya juga lebih banyak menjurus pada ilmu pep-erangan. Setakat ini pun,aku tak jumpa lagi karyanya dalam bidang sains.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih