Talian kecema.san telah banyak membantu orang ramai. Dalam situasi genting, inilah panggilan paling penting. Nombornya ringkas, sebagai kemudahan untuk menghubungi ambulans, bomba atau polis.

Teknologinya serba maju, dihubungkan hanya dengan nombor ringkas. Tetapi sejarah di sebalik pelaksanaan nombor kecem.asan selalunya pahit.

Contohnya, United Kingdom menjadi negara pertama yang mengilhamkan talian 9-9-9 selepas sebuah keba.karan yang merag.ut lima nya.wa pada tahun 1935 (Holland, 2010).

Sebelum kejadian itu, orang ramai perlu menghafal nombor ambulans, bomba dan polis secara berasingan.

Amerika Syarikat pun begitu. Pejabat berbeza mempunyai maklumat panggilan berbeza. Memang tidak praktikal langsung dalam keadaan seperti kebak.aran, rom.pakan atau pembµnµhan.

Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan 9-9-9, kerana susah kalau guna telefon lama yang perlu dipusing (rotary phones). Jadi pada tahun 1968, mereka mengasaskan panggilan 9-1-1 yang menjadi popular hingga hari ini.

Nampak jelas yang Amerika Syarikat ketinggalan 33 tahun dalam bab ini. Kalau ini Amerika Syarikat semasa 1910-an, logiklah juga. Takkan satu-satunya adikuasa Barat tidak boleh fikir benda ini awal-awal lagi? Sama seperti 9-9-9, panggilan 9-1-1 pun ada sejarah yang pahit.

Peristiwa di Bandar Raya New York

Catherine Susan Genovese mempunyai azam hidup yang tinggi sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun berjauhan dengan keluarga, Catherine (atau panggilan mesranya, Kitty) mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Perkahwinan beliau bertahan tidak sampai setahun, baginya satu episod penuh dengan duka lara (Pelonero, 2016).

Di Brooklyn, beliau kerap bertukar kerja kerana tidak minat dengan suasana pejabat. Jiwa Kitty sebenarnya lebih riang dan mesra, yakni seorang extrovert  yang suak bergaul dalam khalayak ramai. Anak muda ini menjadi pelayan bar sejak 1950-an.Selalu juga Kitty bekerja dua syif. Bukannya tiada duit langsung… tetapi beliau sedang mengumpul untuk membuka restoran Itali sendiri satu hari nanti (Cook, 2014). Pada tahun 1964, beliau bekerja di Ev’s Eleventh Hour Bar di Lebuh Jamaica, Queens.

Pemilik kedai ini sangat percaya pada Kitty, yang kadang berjaga sampai 2:30 pagi pun. Cuma nasibnya ma.lang pada 13 Mac. Beliau diekori sebuah kereta sampai ke apartmennya di Kew Gardens.

Dari ruangan parkir lagi, Kitty sedar yang Winston Moseley sedang menghampirinya dengan sebil.lah pi.sau (Skoller, 2008).

Tiada siapa datang membantu, semasa Kitty minta tolong. Entah berapa ramai yang dengar jeritannya. Tetapi mereka tidak sedar apa yang berlaku, sampailah seorang jiran keluar menghalau Moseley.

Winston Moseley

Pada masa itu, Kitty sudah diti.kam dua kali di belakang. Ada orang menghubungi pihak polis dan berkata, “seorang perempuan kena pµkµl, tapi dia bangun balik.” Dan mereka tidak sedar yang Moseley kembali, memakai topi kali ini.

Moseley mencari habis di ruangan parkir, kemudian stesen kereta api berhampiran. Tidak berpuas hati, dia kembali ke kompleks apartmen dan akhirnya terjumpa Kitty yang terbaring di bahagian belakang bangunan tidak dapat masuk kerana pintu berkunci.

Di situ, Moseley meni.kam enam kali, mero.gol dan menya.mun Kitty yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital lama kemudian.

Masalah Sistem Yang Menyebabkan Kema.tian

Winston Moseley diber.kas kemudian dan mengaku bersalah semasa disoal siasat. Motifnya mudah: ro.gol ma.yat lagi senang. Pada malam kejadian, Moseley keluar meninggalkan anak isterinya untuk mencari mang.sa.

Kebetulan, Kitty Genovese lalu pada malam itu. Kitty mungkin boleh diselamatkan jika 1) kejiranan lebih peka dan 2) ada rangkaian kecem.asan yang tunggal. Sudahnya seorang wanita ditik.am, boleh pula dibiarkan.

Tidak pasti berapa ramai yang membiarkannya. Akhbar The New York Times dulu menyatakan, 38 orang menyaksikan kejadian. Laporan ini diisytihar ralat oleh NYT sendiri (McFadden, 2016).

Amerika Syarikat nekad untuk mencegah kejadian sebegini. Pada tahun 1967, sebuah talian khas dibuat untuk melaporkan kecem.asan. Dan 9-1-1 dipilih sebagai nombornya. Pada 16 Februari 1968, seorang senator bernama Rankin Fite menjadi orang pertama yang menghubungi 9-1-1.

RUJUKAN:

Barnes, L. (2012). The Last Exit Before Toll: Art, (ditapiskan), Asperger’s, and Dreams. iUniverse. Halaman 140.

Cook, K. (2014). Kitty Genoverse: The (ditapiskan), The Bystanders, The (ditapiskan) That Changed America. W.W. Norton Company. Halaman 70-72.

Holland, G. (2010, Mei 13). Why 999 is for an (ditapiskan)? BBC.

McFadden, R.D. (2016, April 4). Winston Moseley, 81, (ditapiskan) of Kitty Genovese, (ditapiskan) in (ditapiskan). The New York Times.

Nena. (n.d.). 9-1-1 Origin & History.

Pelonero, C. (2016). Kitty Genoverse: A True Account of a Public (ditapiskan) and Its Private Consequences. Skyhorse Publishing.

Skoller, C.E. (2008). Twisted Confessions: The True Story Behind the Kitty Genovese and Barbara Kralik (ditapiskan) Trials. Bridgeway Books. Halaman 16.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.