Ketika negara Eropah sedang dihantui oleh taktik Blitzkrieg N@zi yang gila pada tahun 1939, Switzerland masih mampu kekal sebagai negara neutral. Bagaimanakah perkara tersebut boleh berlaku?
Sebelum itu, kita perlu tahu bahawa Switzerland suatu ketika dahulu merupakan negara “Zon Penampan” untuk negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Itali. Bermakna, kalau Italinak serang Perancis, mereka perlu serang Switzerland terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kedudukan Switzerland yang berada ditengah-tengah antara kuasa besar. Orang Switzerland juga sangat mahir dalam peperangan sehinggakan negara Eropah yang lain sering mengajikan mereka untuk berperang bersama.
Switzerland mengamalkan dasar berkecuali (neutral) sejak dari dulu lagi dan dasar tersebut masih kekal sehingga hari ini. Switzerland bukanlah anggota NATO mahupun EU tetapi mereka ialah anggota UN. Penyertaan Switzerland pada tahun 2002 sebenarnya agak lewat bahkan Korea Utara pun mendahului mereka dalam penyertaan UN. Ini menunjukkan bahwa pemimpin Switzerland sangat berhati-hati dalam mencorakkan dasar luar mereka yang mengamalkan Diplomasi Neutral.
Menjadi sebuah negara berkecuali, bukanlah mudah bagi Switzerland bahkan perlu menelan banyak kos dan risiko. Pada tahun 1939, berlakulah satu perang yang maha dahsyat di Eropah sehingga meragut berjuta nyawa manusia. Empayar N@zi Jerman yang diketuai oleh Ad0lf H!tler telah menceroboh satu persatu negara jirannya seperti Belgium, Belanda dan Perancis.
Jika dilihat dari peta, geografi Switzerland sangatlah dekat dengan Jerman di sebelah utara manakala Itali di sebelah selatan. Itali ketika itu diketuai oleh Ben!to Muss0lin! yang merupakan seorang Fas!s dan penyokong H!tler. Manakala di sebelah timur pula, negara seperti Perancis telah jatuh dibawah pengaruh dan kekuasaan Jerman pada tahun 1940. Switzerland berseorangan dalam mengahadapi ancaman N@zi Jerman dan masih kekal dengan pendirian berkecuali mereka.
Namun begitu, negara Switzerland sangat betuah kerana memiliki geografi yang bergunung-ganang sebagai ‘nature security’ mereka. Selain itu, faktor sistem jurutera dan komitmen tentera juga menjadi pemangkin kepada idea ‘armed neutrality’ Switzerland dalam menghadapi ancaman N@zi Jerman. Selepas kejatuhan Perancis, Henri Guisan yang merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Switzerland telah melakarkan satu pelan keselamatan yang diberi nama The Swiss National Redoubt atau The Schweizer Réduit dalam bahasa Jerman. Guisan mengemukakan 3 rancangan utama iaitu,
1- Mengebom sempadan Switzerland
Guisan memberi arahan kepada tentera untuk meletupkan kesemua akses laluan yang mampu diceroboh oleh musuh melalui sempadan. Switzerland memiliki sistem kejuruteraan serta binaan terowong yang baik disepanjang sempadan yang mampu diakses oleh musuh dengan mudah.
Oleh itu, meletupkan kesemua terowong sepanjang 10 hingga 57 KM tersebut adalah satu kewajiban biarpun merugikan. Selain itu, meriam rahsia juga ditempatkan berdekatan dengan sempadan bagi menembak terus mana-mana pihak yang cuba menceroboh. Hal ini membantutkan pergerakan tentera darat Jerman lebih-lebih lagi terhadap kereta kebal Pazer mereka yang gah. Mana tidaknya, masuk sahaja sempadan ancaman meriam menanti dari satu arah yang tidak diketahui tanpa perlu bertempur secara terus dengan tentera Switzerland.
2- Memanfaatkan geografi Switzerland
Seperti yang kita maklum, Switzerland memiliki ‘nature security’ yang baik iaitu geografi yang bergunung-ganang. Jika anda berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut, anda akan lihat betapa banyaknya gunung disekeliling anda walaupun ketika itu anda sedang berada ditegah-tengah bandar Zurich. Boleh dikatakan bahawa Switzerland merupakan sebuah negara ‘atas gunung’. Hal ini membolehkan mereka untuk membangunkan kubu atau bunker disepanjang pergunungan Alps iaitu sebuah banjaran yang terpanjang di Switzerland dan memisahkan antara mereka dengan negara Jerman.
Kubu tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai keperluan asas dan keselamatan untuk tentera Switzerland. Dalam sejarah, terdapat banyak kempen ketenteraan yang melibatkan pergunungan Alps tetapi kebanyakannya menemui kegagalan dek kerana ketinggian dan struktur gunung tersebut. Hal ini juga menjadi salah satu punca mengapa H!tler membakul sampahkan hasrat untuk menawan seluruh Switzerland dalam Operasi Tannenbaum.
3- Menyokong semua pihak yang berperang
Idea yang yang ketiga ini sebenarnya bukanlah termasuk dalam rancangan Pelan Keselamatan Switzerland, tetapi ini ialah Ironi apa yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara berkecuali. Sepanjang berlangsungnya perang, Switzerland telah mengerahkan komitmen ketenteraan dan melaburkan banyak persenjataan berat atau ringan kepada pihak Axis (Jerman, Itali & Jepun) mahupun pihak bersekutu (US, Britain & Soviet Union) yang sedang berperang. Walaubagaimanapun mereka lebih banyak menyalurkan bantuan kepada pihak Axis kerana dari segi geografi, ancaman lebih besar bagi mereka ialah pihak Axis.
Secara mudahnya, Switzerland mengamalkan satu doktrin pencegahan “semakin besar ancaman terhadap musuh maka semakin besarlah bantuan terhadap musuh”. Akhbar New York Times mengeluarkan satu kenyataan bahawa Switzerland telah menyimpan banyak harta rampasan perang milik N@zi Jerman yang dirampas daripada mangsa perang Holoucaust.
Boleh kita rumuskan bahawa untuk menjadi sebuah negara yang berkecuali bukanlah semudah yang disangkakan. Negara Malaysia pun pernah diuji dan dicabar oleh kuasa besar serantau kerana mengamalkan dasar ini. Dasar berkecuali ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya sebuah negara itu memiliki barisan kepimpinan yang bijak dan berani. Switzerland bertuah kerana memiliki Henri Guisan, seorang negarawan yang berjaya menyelamatkan negaranya daripada dirobek oleh musuh seperti negara Eropah lain.
Tanpa kebijaksanaan dan keberanian beliau, sudah lama H!itler menjarah dan mengebom negara tersebut dengan rakus menggunakan pasukan udara Jerman(Lutwaffe) sepertimana yang berlaku pada Britain. Rancangan ketiga menyelamatkan Switzerland sepenuhnya walaupun terpaksa menggadaikan nilai moral.
Sungguhpun begitu baru-baru ini, tradisi berkecuali Switzerland tercabar apabila Rusia menceroboh Ukraine. Kerajaan Switzerland menyokong sepenuhnya tindakan barat dalam mengadakan sekatan terhadap Rusia. Mereka juga telah menghalau keluar 5 orang oligarch yang rapat dengan Presiden Putin. Salah seorang ahli kabinet Switzerland, Ueli Maurer menyifatkan bahawa negara Rusia hanyalah ‘Minor Player’ dalam urusan ekonomi mereka. Bermakna, menentang Rusia tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk Switzerland.
Namun persoalannya disini, sejauh manakah potensi untuk cucu cicit Swiss akan terus melanggar prinsip “neutrality” negara tersebut yang mana ianya telah lama dibina dan diguna pakai oleh nenek moyang mereka?
Artikel oleh Irfan Muzammil untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih