1. Antara perkara yang menarik sepanjang perp3rangan melawan virus korona ini adalah kepelbagaian kaedah yang digunapakai untuk melawan penularannya. Salah satu perkara yang menarik, ialah penggunaan superkomputer dalam melawan virus tersebut. Contohnya, pihak industri dan akademia di US yang telah mewujudkan inisiatif kolektif yang amat mengujakan dalam usaha melawan virus korona.

2. Ianya di lakukan dengan menawarkan akses, untuk para pengkaji daripada MIT(Massachusetts Institute of Technology), RPI (Rensselaer Polytechnic Institute), 5 makmal kebangsaan US, Yayasan Sains Kebangsaan (National Science Foundation) kepada superkomputer paling berkuasa dan paling laju di dunia daripada IBM, superkomputer daripada NASA serta sokongan sumber berkomputasi-awan (cloud-computing resources) daripada Amazon, Microsoft dan Google.

3. Gabungan ini mewujudkan sebuah gagasan tambahan baru yang komprehensif bagi mengamplifikasi kelajuan pemetaan perubatan dalam usaha melawan virus korona. Ianya dikenali sebagai Konsortium Berkomputasi Prestasi Tinggi COVID-19 (COVID-19 High Performance Computing Consortium) yang mana digunakan untuk kerja-kerja membuat projeksi sebaran penyakit dan memodelkan kemungkinan perubatan(mencipta vaksin).

4. Salah satu daripada pesertanya adalah SUMMIT, superkomputer kesayangan seluruh dunia. SUMMIT secara mandiri sahaja telah mempunyai kapasiti lebih daripada 4608 nod pemprosesan. Setiap nod mengandungi 2 unit pemprosesan pusat (Central Processing Unit) power9 dengan kapasiti 3.07GHz bersama-sama 6 unit pemprosesan grafik (Graphic Processing Unit) Nvidia Volta V100. Ianya seperti kita tahu, mampu menghasilkan 148-200 petaflop kuasa pemprosesan yang mana menjadikan summit, superkomputer paling berkuasa dan terpantas di dunia.

5. Melalui gabungan ahli-ahli konsortium ini, secara kolektifnya ia dapat menyediakan sejumlah 16 superkomputer yang berkuasa dan mampu melakukan 200 kuadrillion operasi titik-apungan sesaat (FLOPS), berkapasiti 330-470 petaflop kuasa pemprosesan (processing power) melalui lebih kurang 775 999 teras unit pemprosesan pusat (CPU core) dan 34 000 unit pemprosesan grafik(GPU). Ini bermakna jika kita anggarkan kuasa pemprosesanya secara kasar, ianya adalah 1 juta kali lebih berkuasa daripada laptop yang paling laju di dunia.

Ramai yang bertanya, bagaimana superkomputer membantu dalam melawan virus korona?

6. Virus korona menjangkiti sel di dalam tubuh badan dengan mengikatnya serta menggunakan pelonjak untuk menyuntik bahan genetiknya ke dalam sel hos. Tugas spesifik superkomputer-superkomputer ini tadi salah satunya adalah untuk mengenalpasti kompaun d4dah sesuai yang boleh mengikat pelonjak virus itu tadi serta potensinya daripada men4kluk sel dalam badan manusia. Ini berupaya merendahkan potensi jangkitan secara keseluruhan.

7. Kelajuan komputasi ini juga ditunggang untuk menjalankan pengiraan nombor dalam jumlah yang besar bagi epidemiologi, bioinformatik dan permodelan molekular. Ini bertujuan untuk membuat anggaran struktur protein yang berkaitan, serta mengenalpasti replikasi bahan-bahan bagi membuat ubat-ubatan yang boleh di gunakan untuk merawat virus. Selain itu, ia juga diguna bagi mencadangkan sebatian baru yang mungkin menjanjikan keberkesanan pembangunan ubat yang baru.

8. Ini memberi kelebihan kepada para pengkaji menggunakan jumlah kuasa komputer ini untuk melakukan kiraan dan permodelan dengan pantas daripada kebiasaanya yang mengambil masa beberapa minggu, bulan malah tahun jika menggunakan komputer biasa dengan kapasiti komputasi tradisional. Kelebihan ini amatlah membantu dalam perlumbaan melawan masa, memandangkan jumlah kes yang terus meningkat secara eksponen.

9. Sebagai bukti, dalam masa 1 hari sahaja, SUMMIT secara mandiri sahaja telah berjaya melakukan simulasi lebih daripada 8000 kompaun yang bermungkinan, bagi mencari kompaun yang betul-betul memberi impak melawan penyakit. Antara 8000 simulasi kemungkinan itu, ia telah mengenalpasti dan mengkaji 77 d4dah molekul kecil sebagai kompaun yang berpotensi untuk melawan COVID-19.

9. Namun, seperti yang telah dinyatakan, walaupun superkomputer-superkomputer ini tadi mampu menjalankan langkah awal dalam kaedah analisis, keluarannya dibuat melalui penilaian tahap. Ini bermakna ianya cuma mengenalpasti kompaun yang berkemungkinan tinggi mengikut aturan keberkesanan, sebagai maklumat untuk para pengkaji bagi meneruskan kajian yang lebih komprehensif.

10. Jadi, kepakaran profesional dalam rawatan akan tetap diperlukan untuk melakukan ujian ekstensif serta ujian klinikal dalam menentukan bahan kimia yang paling ampuh, dalam menentang replikasi virus, sekaligus menghentikan risiko jangkitannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis, pembaca, pelajar Sijil Teknologi Senibina. Selain itu, meminati sejarah Alam Bina terutama seni bina tradisional dan moden kerana mempunyai kesenian serta falsafah yang tersendiri.

Comments are closed.