Apabila tibanya bulan Ramadhan pada setiap tahun, Umat Islam diseluruh dunia wajib menjalankan ibadah puasa sebagai melaksanakan rukun Islam ketiga.

Begitu juga suasana yang berlaku di Jalan Ampas apabila tibanya bulan Ramadhan pada setiap tahun, para seniman dan seniwati juga turut menjalankan ibadah puasa dengan penuh keimanan.

Walaupun di dalam bulan Ramadan, aktiviti penggembaraan tetap berlangsung tetapi dalam keadaan yang minima. Di dalam bulan Ramadan juga, hanya penggembaraan ringan sahaja dilakukan untuk memberi peluang para pelakon dan kru berehat dan beribadah di bulan yang mulia ini.

Selain beribadah, para pelakon juga melakukan aktiviti sebagaimana bulan-bulan biasa. Walaupun di dalam bulan Ramadhan, mereka juga bersukan ketika waktu lapang untuk mengisi masa mereka. Antara sukan yang sering dimainkan ialah badminton dan sepakraga.

Para pelakon dan pekerja studio berkenaan selalunya akan sepakat untuk memasak juadah berbuka puasa terutamanya bagi pelakon yang menetap di Boon Teck Road. Mereka akan saling bertukar-tukar juadah masakan masing-masing dari pintu ke pintu ketika tiba masuk waktu berbuka.

Terdapat juga ramai pelakon yang mempunyai kepakaran di dalam masakan mereka. Sebagai contoh, Seniman Wak Mustardjo atau dikenali sebagai Wak Joe terkenal dengan nasi ambengnya.

Seniwati Saadiah juga dikatakan pandai membuat sambal goreng dan juga Seniwati Salmah Hitam pandai membuat nasi padang sehinggakan beliau mempunyai kedai makan milik beliau sendiri di Joo Chiat. Begitulah kesepakatan dan silaturahim yang disemai oleh para pelakon dan pekerja studio Jalan Ampas untuk menjaga keharmonian sesama mereka.

Seniman Haji Mahadi selalunya akan menjadi Imam bagi memimpin solat Tarawih bersama jemaah dikalangan pelakon dan pekerja studio yang diadakan di sebuah surau yang dibina di kawasan studio berkenaan.

Boleh dikatakan hampir kesemua seniman dan seniwati serta pekerja studio turut hadir untuk bersama-sama menunaikan solat Tarawih yang dipimpin Haji Mahadi. Begitu juga dengan P.Ramlee, walaupun beliau tidak lagi menetap di Boon Teck Road pada ketika itu tetapi beliau tetap menghadirkan diri bersolat bersama teman-temannya.

P.Ramlee juga dikatakan selalu menunaikan solat Tarawih di Masjid Sultan, yang terletak di Arab Street, Kampung Gelam. Antara pelakon yang selalu bersama P.Ramlee bersolat Tarawih di Masjid berkenaan seperti S.Sudarmaji, Nordin Ahmad, Kassim Masdor, Ahmad C dan beberapa lagi rakan rapat mereka.

Begitulah serba sedikit bagaimana para pelakon dan kru di Jalan Ampas meraikan Ramadan suatu ketika dahulu. Semoga Ramadan ini memberikan ibrah yang terbaik buat kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.