Sriwijaya- Kerajaan orang Melayu yang tenggelam selama ratusan tahun sebelum ditemui kembali oleh George Coedes melalui tulisannya yang bertajuk Le Royaume de Crivijaya sekitar tahun 1918. Karanganya ini telah menamatkan pertikaian para sarjana sejarah mengenai apakah sebenarnya Sriwijaya.

Selama ini, ramai pengkaji menganggap Sriwijaya sebagai nama seorang raja. Namun pendedahan Coedes itu telah mengejutkan dunia akademik pada waktu itu.

Walaupun banyak lokasi yang berpotensi mengenai kedudukan Sriwijaya namun beberapa tokoh seperti Prof Dr Slamet Muljana berpendapat bahawa Palembang merupakan lokasi yang paling tepat sebagai Ibu Kota Kerajaan ini. Untuk membentuk sebuah kerajaan yang luas, maka pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemerintah Sriwijaya untuk meluaskan jajahannya itu.

Saya percaya pada peringkat awal, Sriwijaya hanyalah sebuah kerajaan kecil yang hidup disamping kerajaan-kerajaan lain di nusantara. Apabila pemerintahan bertukar tangan kepada Jayanasa yang mempunyai cita-cita yang besar itu, maka bermulalah era penakluk.an Sriwijaya terhadap kerajaan lainnya.

Sri Jayanasa tahu bahawa kerajaan baginda di Palembang itu tidak akan berkembang maju kerana kedudukannya yang tidak strategik untuk kedatangan pedagang. Berbanding dengan jirannya Kerajaan Malayu ( Jambi ) yang pesat dengan kegiatan perdagangan, Palembang pada waktu itu lebih banyak menerima kedatangan sami Buddha berbanding kedatangan pedagang.

Oleh itu, baginda telah menggerakkan tenteranya untuk menyerang kerajaan-kerajaan yang memiliki pelabuhan yang kaya. Ser.angan pertama Jayanasa dipercayai ditujukan kepada Kerajaan Malayu di Jambi yang merupakan sebuah pelabuhan yang kaya di nusantara pada waktu itu sehingga menarik perhatian Khalifah Islam di Damsyik.

Tetapi ada juga yang berpendapat, Jayanasa bertindak menyerang beberapa kawasan sekitar kerajaannya seperti Bangka serta Lampung yang dibuktikan dengan penemuan prasasti persumpahan. Selepas men.akluk kawasan ini, baharulah Jayanasa menyerang Malayu dan menawannya.

Sera.ngan terhadap Malayu itu berkemungkinan berlaku sebelum tahun 682. Ini kerana pada tahun tersebut Jayanasa telah menggerakkan 20,000 tenteranya untuk menawan Minanga. Kemudiannya, Sriwijaya telah meluaskan kawasannya di Semenanjung Tanah Melayu dengan menyerang Kedah.

Kedah pada waktu itu merupakan pelabuhan yang pesat membangun dan memang menjadi salah satu target Jayanasa untuk memilikinya. Penakluk.an terhadap Kedah mungkin berlaku sebelum tahun 685. Ini kerana, menurut I Tsing, pada tahun 685 itu, Kedah sudah berada di  bawah kekuasaan Sriwijaya.

Pada tahun 686, Sriwijaya telah bertindak menyerang Taruma Negara iaitu Kerajaan Orang Sunda di Pulau Jawa. Pada tahun 775 pula, Sriwijaya telah menyerang Ligor dan berjaya mena.kluknya. Sebab itulah ada orang Chaiya, Thailand mengatakan bahawa Chaiya pernah menjadi pusat pemerintahan Sriwijaya bahkan nama Sriwijaya dengan Chaiya itupun mempunyai kemiripan. Selain itu, banyak tinggalan arkeologi “ art of Sriwijaya” yang dijumpai di kawasan ini.

Sekitar abad ke-8, Sriwijaya boleh mendabik dada kerana sudah menjadi Super-Power di Asia Tenggara. Kerajaan Chenla Air ( Khmer ) di Kemboja pun turut berada di bawah kekuasaannya. Bahkan Kun Lun (orang Melayu- Sriwijaya ) dan She po (Jawa) pernah bergabung tenaga untuk menyerang Utara Vietnam untuk menjaga monopoli perdagangannya di nusantara.

Kebanyakan kawasan nusantara telah berada di bawah kekuasaan Sriwijaya seperti Sumatera, Jawa Tengah, beberapa kawasan di Kepulauan Borneo, selatan Thailand serta Semenanjung Tanah Melayu.

O.W.Wolters memberi pendapat bahawa penakluk.an Sriwijaya ke atas kerajaan ini dilakukan bukanlah bertujuan perluasan kuasa semata-mata melainkan kerana ingin menguasai tempat strategik dalam jalur perdagangan antarabangsa di nusantara pada waktu itu.

Penguasaan laluan perdangangan cukup penting kepada Sriwijaya kerana kawasan Ibu Kotanya di Palembang itu sendiri bukanlah kawasan strategik untuk tujuan perdagangan. Oleh itu, dengan memiliki pelabuhan yang kaya pada waktu itu iaitu Malayu dan Kedah maka Sriwijaya boleh muncul sebagai kuasa ekonomi orang Melayu pada waktu itu.

Penguasaan terhadap kerajaan-kerajaan lain juga akan menjamin bekalan barangan untuk tujuan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya akan berterusan dan mencukupi.

—-

Anda sebenarnya sedang membaca sebahagian daripada petikan buku terbaru kami, iaitu RAHSIA EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA. Ayuh beli sempena pra-tempah dan masih ada harga diskaun ini. Jom beli di shopee kami: Srivijaya: http://t.ly/9z3K


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.