Asma

Kita mula dengan penyakit pernafasan iaitu Athma atau bahasa melayunya Asma. Perkataan Athma diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud kesesakan semasa bernafas. Nama itu kemudiannya digunapakai oleh Henry Hyde Salter dalam bukunya bertajuk On Asthma and its Treatment pada kurun ke-19.

Kanser                       

Seperti mana yang saya pernah tulis dalam artikel kanser sebelum ini, nama kanser diasaskan oleh Hippocrates pada 1600 s.m. Bahagian utama ketumbuhan/tumor dianggap badan ketam manakala urat yang berselirat dan bersambung ke organ dianggap kaki, maka ianya dipanggil Karkinos. Nama penyakit ini dipanggil Cancer sehingga sekarang dan dalam bahasa melayunya ialah Kanser.

*https://thepatriots.asia/kanser-sebagai-penyakit-moden/

Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)

Dalam bahasanya melayunya penyakit ini dipanggil Sindrom Kurang Daya Melawan penyakit. Seorang pakar virologi dari Perancis bernama Luc Antoine Montagnier dan Robert Charles Gallo daripada Amerika yang menemui punca penyakit ini pada tahun 1983.

Patient zero untuk virus pandemik ini Geetan Dugas, seorang pramugara kelahiran Perancis-Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga pendapat yang sebenarnya penyakit ini telah muncul lebih awal tanpa disedari. Sehingga tahun 2018, hampir 32 juta orang telah meninggal dunia akibat penyakit berjangkit ini (Global Statistic, Avert.Org)

Alzheimer

Salah satu penyebab berisiko penyakit ini ialah faktor usia. Salah satu gejala penyakit ini ialah keadaan Dementia, iaitu lemah daya ingatan dan kurang kecerdasan fikiran. Pesakit Alzheimer juga lambat bertindak dalam situasi sekeliling dan lemah dalam pertuturan.

Nama penyakit ini diambil daripada nama seorang tokoh perubatan dan neurologi, Alois Alzheimer yang berasal dari Jerman. Beliau telah melakukan pembedahan otak terhadap satu mayat perempuan berumur 51 tahun dan mendapati otak mayat itu kekurangan protien dan mengecut.

Pada tahun 1910, pembantu Alois Alzheimer yang bernama Emil Kraeplin menulis dalam jilid kedua buku General Psychiatry menamakan penyakit itu dengan nama Alzheimer.

Diabetes Mellitus

Diabetes atau Kencing manis ialah antara penyakit kronik yang banyak menyebabkan kematian di dunia. Berdasarkan bancian WHO pada tahun 2016, sekitar 1.6 juta penduduk dunia telah meninggal dunia akibat penyakit ini. Tambahan 2.2 juta yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan kencing manis.

Pada zaman Mesir Purba, seorang pakar perubatan bernama Hesy-Ra telah menulis deskripsi tentang penyakit ini. Kekerapan membuang air kecil, kelemahan tubuh dan semut yang menghurung sisa urin.

Diabetes diambil daripada perkataan Greek bermaksud siphon ataupun saluran/paip. Pada tahun 1675, pakar perubatan British bernama Thomas Willis menambah perkataan Mellitus yang bermaksud manis. Maka sehingga hari ini, penyakit ini diterma sebagai Diabetes Mellitus.

Tuberculosis (TB)

Pada tahun 1882, Dr. Robert Koch menemui bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Pada masa itu, tujuh orang telah meninggal dunia di Eropah disebabkan penyakit ini.

Dr. Robert Koch

Tuberkulosis (TB) dipanggil “phthisis” dalam perubatan Yunani, “tabes” dalam perubatan Rom, manakala “schachepheth” dalam bahasa Ibrani purba. Sekitar tahun 1700 masihi, penyakit ini dipanggil White Plague kerana keadaan pesakit yang pucat dan keletihan.

Seorang tokoh perubatan Jerman menamakan penyakit ini sebagai Tuberculosis pada tahun 1834. Nama ini diambil daripada perkataan Latin, “Tuber” yang bermaksud stem atau spora yang kecil berakar berwarna putih. Ini kerana pada masa itu, hasil autopsi pada mayat menemui kesan spora kecil berbentuk bulat berakar, berwarna putih pada organ dalam terutamanya paru-paru.

Cukup enam penyakit untuk kali ini. Nanti ada masa sambung semula.

RUJUKAN:

  1. Holgate S. T. (2010). A brief history of asthma and its mechanisms to modern concepts of disease pathogenesis. Allergy, asthma & immunology research, 2(3), 165–171. https://doi.org/10.4168/aair.2010.2.3.165
  2. Shampo, Marc A. et al.(2002) Luc Montagnier—Discoverer of the AIDS Virus, Mayo Clinic Proceedings, Volume 77, Issue 6, 506. https://doi.org/10.4065/77.6.506
  3. Donald G. McNeil Jr. (2016) H.I.V. Arrived in the U.S. Long Before ‘Patient Zero’, The New York Times. https://www.nytimes.com/2016/10/27/health/hiv-patient-zero-genetic-analysis.html
  4. Global Hiv And Aids Statistics (2020) Avert.Org Website. https://www.avert.org/global-hiv-and-aids-statistics
  5. Alzheimer’s Disease, CDC Website. https://www.cdc.gov/aging/aginginfo/alzheimers.htm
  6. Alex Orlando (2019) How Did Alzheimer’s Disease Get Its Name?, The Magazine. https://www.discovermagazine.com/mind/how-did-alzheimers-disease-get-its-name
  7. Krisha McCoy (2009) The History of Diabetes, Every Health Website. https://www.everydayhealth.com/diabetes/understanding/diabetes-mellitus-through-time.aspx
  8. Tuberculosis (TB), CDC Website. https://www.cdc.gov/tb/worldtbday/history.htm

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.