Ini adalah rentetan daripada status aku mengenai bagaimana sejarah membentuk sifat bangsa. Adapun ini ialah pandangan peribadi aku, tidaklah bermaksud pendapat ini adalah sebuah ultimatum yang muktamad, tidak boleh dibantah.

Dengan rendah hati, mohonku pada setiap berkira-kira untuk membaca buah fikirku ini, bacalah dengan tenang kerana sesungguhnya artikel ini mungkin disalahfaham sebagai percubaan berlaku perkauman atau seumpama dengannya.

Dengan tegas, artikel ini cuba dibentuk seboleh mungkin dengan bersifat ilmiah, tidak bersifat perkauman atau menghukum mana-mana bangsa, tetapi cuba untuk mengulas dengan seadil mungkin bagaimana sejarah setiap sejarah bangsa membentuk sifat bangsanya pada hari ini.

1.) Melayu

Orang Melayu dapat dilihat merupakan sebuah bangsa yang membina peradaban mereka pada laluan sutera laut antara Timur dan Barat. Sejak 600 SM, mereka sudah biasa membina pelabuhan lalu mengendalikan interaksi dan orang tengah pada jual beli antara dua bangsa. 2600 tahun mengendalikan pelabuhan-pelabuhan agung dalam dunia, dan antaranya menjadi yang terkaya di dunia telah membentuk dua sifat yang kau orang akan nampak pada orang Melayu.

i. Toleransi dan tolak ansur yang sangat mengagumkan

Kau letak orang putih di bumi Malaysia, dengan bangsa-bangsa lain seringkali mempersoalkan tentang hak mereka, sejarah, agama, budaya dan segala perkara yang berkaitan dengan bangsa mereka, mungkin kau akan melihat negara kita ini terbakar. Tetapi konflik itu berlaku pada orang Melayu. Orang Melayu tetap setiap cuba bertolak ansur dan mengamalkan toleransi untuk menyelesaikan masalah ini.

Sifat inilah yang membuatkan bangsa asing tidak ada masalah berlabuh pada setiap pelabuhan Melayu. Mereka perlukan satu bangsa yang punya sifat toleransi yang sangat tinggi untuk mengendalikan apa-apa konflik dari pelbagai bangsa berbeza, atau juga melayan karenah para pedagang yang berbeza yang membawa perangai dari setiap ceruk dunia.

ii. Diplomasi yang tinggi

Trait diplomasi ini diperlukan pada setiap penguasa yang menguasai pelabuhan-pelabuhan agung ini. Mereka tidak perlu menjadi seorang yang impulsive. Mereka perlu pandai mencarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak. Ribuan tahun mengendalikan pelabuhan ini meninggalkan trait unik ini dalam diri bangsa Melayu.

Sebab itu kau dapat melihat bagaimana hebatnya Najib Razak dahulu mengendalikan konflik di Selatan Filipina sehingga dapat mendamaikan pihak yang bertelagah, atau hebatnya permainan diplomasi Wisma Putra dengan Korea Utara sewaktu konflik berlaku bersama mereka, atau ketika bagaimana Najib Razak dengan kuasa diplomasi, mampu untuk mendapatkan kotak hitam pada sebuah pesawat kita yang jadi mangsa pada perang saudara di Ukraine dari puak pemberontak.

iii. Keterbukaan yang mengagumkan

Melaka pada zaman kemuncaknya mencatatkan 88 bahasa dituturkan. Hang Tuah dikatakan mahir bertutur 12 bahasa. Ini menunjukkan betapa pada zaman silam lagi, orang Melayu sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai bangsa dalam hidup mereka.

Hari ini, keterbukaan itu aku kira diwarisi oleh bangsa Melayu juga. Aku bagi contoh yang paling dekat dengan kita. Orang Melayu kita tidak ada masalah untuk menonton pelbagai filem dari pelbagai bangsa. Tamil, Hindustan, Korea, Iran, dan sebagainya. Mereka juga sangat tidak bermasalah untuk mendengar lagu yang turut didendangkan dalam pelbagai bangsa.

Aku tidak nampak ciri-ciri ini pada rakan Cina kita yang lebih memilih hiburan dalam bahasa ibunda mereka atau rakan India kita yang turut senada dengan rakan cina kita.

Aku kira keterbukaan ini datang daripada sifat yang dibentuk selama ribuan tahun.

2.) Arab

Sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W, sifat kebanyakan peradaban bangsa Arab adalah bersifat nomad. Mereka adalah pengembara di padang pasir. Adapun hanya beberapa kelompok yang mampu membina kota-kota hebat seperti Quraisy kerana mereka bernasib baik menemui sumber air seperti air zam zam. Kebanyakan bangsa Arab terpaksa mengembara dari sebuah tempat ke tempat yang lain mencari sumber air. Ini telah membentuk beberapa sifat pada diri bangsa Arab itu sendiri.

i.) Sifat kuat berkabilah yang sangat tinggi

Untuk hidup di padang pasir sebagai sebuah nomad, orang Arab perlu sedar mereka sangat bergantung pada antara satu sama lain dalam kelompok kabilah mereka. Hidup di padang pasir tidak membolehkan kau menjadi seorang lone wolf, atau saling berprasangka antara kabilah yang lainnya.

Makanya, ini telah membina perikatan yang sangat kuat antara kabilah. Sebab itu, apabila berlaku perseteruan antara kabilah A dan kabilah B, ia biasanya akan melibatkan perang. Walaupun sebabnya ialah terdapat seorang daripada kabilah A mencuri makanan dari kabilah B, maka kabilah A akan mempertahankan kabilah A bermati-matian walau hakikatnya pemuda dari kabilah A yang salah. Inilah yang nabi sebut sebagai Assobiyah. Sesungghnya, sifat assobiyah yang menebal dalam bangsa Arab tidak akan lahir daripada sifat padang pasir dan sifat ketamadunan bangsa Arab yang bersifat nomad.

ii.) Sifat bahasanya yang sangat kompleks

Antara mukjizat Al-Quran adalah kerana bahasanya. Kenapa Bahasa Arab diakui sebagai antara bahasa paling berseni dan susah dalam dunia? Kenapa puisi-puisi dan syair terindah selalu dikaitkan dengan bahasa Arab? Bangsa Arab ialah bangsa yang mendiami gurun Arabia yang sangat gersang. Mereka tidak biasa untuk menetap di satu tempat untuk satu jangka yang lama kerana mencari sumber air.

Apabila berpindah secara nomad, hasil seni seperti seni bina, tarian, lukisan, ukiran, pahatan tidak dapat dihasilkan kecuali untuk beberapa suku seperti Nabatean. Jadi, mereka meluahkan kesenian itu melalui bahasa mereka sehingga menjadi sangat seni dan susah seperti hari ini.

iii.) Memori Hafazan Yang Hebat

Kita kena akui bahawa antara hikmah nabi terakhir dipilih pada bangsa Arab adalah menyelamatkan Al-Quran dan mengekalkan keasliannya. Hikmah yang lain juga ialah kebudayaan sanad telah membolehkan hadis-hadis dapat dibaca oleh kita.

Kita serba tahu bahawa kerana sifat berkabilah bangsa Arab itu lahir dari keperluan hidup sebagai nomad di gurun Arabia yang gersang dan membunuh itu. Jadi, sebuah kebudayaan memuliakan keturunan sendiri mula lahir untuk menguatkan lagi pertalian antara dalam kabilah.

Salah satu cara untuk mereka memuliakan keturunan mereka adalah menghafal sanad keturunan mereka. Mereka bangsa Arab mampu menghabiskan berjam-jam lamanya hanya dengan menyebut keturunan mereka. Dari kecil, mereka diajar untuk menghafal dan menghafal. Dan selepas itu, datangnya Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

Lantas, sifat itulah yang menjaga keaslian agama kita. Kebudayaan menghafal disematkan pada lahirnya para hafiz yang menjaga keaslian isi Al-Quran. Hadis pula dinilai pada sanad dan periwayatnya. Kalau dahulu bangsa Arab begitu gigih menghafal sanad keturunan mereka, maka pada kedatangan Islam, mereka gigih menghafal sanad hadis serta hadisnya untuk menilai tahap kesahihan sebuah hadis.

3.) Cina

Tamadun Cina adalah berdiri pada sekurang-kurangnya pada 2070 Sebelum Masihi. Kalau dikira, sudah 4000 tahun usia bangsa China. Tamadun mereka dari besar anak di sekitar Sungai Kuning (Hwang Ho), ia jadi sebuah empayar sebelum menjadi Sick Man Of Asia, sebelum beberapa kemudian, bangkit dari kemaluan paling besar itu menjadi bangsa agung. Sesungguhnya bangsa Cina yang pernah sezaman dengan bangsa Sumeria, Qibti (Mesir Purba), Asyria, Babylon dan pelbagai bangsa-bangsa purba lain yang sudah pupus dalam sejarah, namun bangsa Cina mampu dan cekal menghadapi zaman yang berubah.

Namun sejarah mereka yang panjang lebar itu membentuk siapa diri mereka. Tidak hairanlah Tun M dalam bukunya pernah memetik bahawa bangsa China. Menurut Tun M dalam Dilemma Melayu, faktor genetik yang telah diwarisi oleh nenek moyang mereka yang terlalu banyak penyeksaan sewaktu di tanah besar China.

Antara sebabnya ialah mereka melarang perkahwinan campur (antara puak/kabilah yang sama) oleh kerana mahu menambahkan kelebihan pada zuriat dan generasi mereka yang akan datang. Pada tajuk yang sama juga, Tun menceritakan mengapa perlunya memberi “Perlindungan yang Membina” kepada bangsa Melayu. Alasannya adalah kerana kita tidak ada masa sebanyak 4000 tahun untuk membina pengalaman dan kekuatan dalaman seperti mana yang dimiliki oleh bangsa Cina.

Sekarang bersama saya, mengulas mengenai 4000 tahun bangsa China yang membentuk diri mereka.

i.) Bangsa Yang Hebat Berhelah

Kepada sahabat-sahabat aku yang berbangsa Cina, apabila aku menulis tajuk di atas, bukanlah aku bermaksud mengeneralisasikan seluruh bangsa Cina adalah sebuah bangsa yang kuat berhelah. Adapun ia adalah sifat-sifat yang seringkali dikaitkan dengan orang Cina oleh orang asing yang aku teringin mengulasnya mengapa boleh wujud sifat sebegini pada segelintir orang cina dengan cara kita melihat sejarah. Aku mulakan dengan petikan-petikan di bawah:

“China adalah Yahudi Timur.” – Rama Vajiravudh, 1901

“Saya tidak tahu sama ada untuk sangat mengagumi orang Cina atas banyak kebaikan yang mereka lakukan atau membenci mereka kerana kecacatan mereka yang amat nyata, bidang industri dan pekerjaan mereka melebihi mana-mana orang lain di muka bumi, mereka sangat kuat bekerja, sabardan ceria; tetapi sebaliknya ia korup, lembut dan pendendam, menyerahkan diri kepada pegawai atasan mereka dan zalim kepada mereka yang jatuh ke dalam kuasa mereka.” – Rajah Brooke, Sarawak

Bahkan betapa negara-negara diseluruh dunia yang menempatkan kelompok Cina juga mempunyai undang-undang untuk menundukkan orang Cina daripada menguasai ekonomi. Perjanjian Nanking pada tahun 1842 yang telah menghapuskan monopoli China terhadap perdangangan di Timur, atau tentang bagaimana Rama Vajiravudh pada tahun 1901 menulis mengenai bangsa cina dalam artikel anti-cinanya, atau tentang bagaimana USA dengan undang-undang Oriental Exclusion Act of 1882 telah dikeluarkan bagi menghalang imigran Cina dari memasuki negara tersebut secara samada secara sahatau tidak sah kerana dianggap memberi masalah kepada komuniti Amerika.

Aku berpendapat secara peribadi mengapa pada dalam sejarah, kritikan-kritikan sebegini lahir ke atas orang Cina atas beberapa sebab. Mereka adalah sebuah bangsa yang lahir dari didikan selama 4000 tahun menghadapi konflik perang saudara yang membunuh. Tidak ada bangsa lain dalam dunia yang mempunyai sejarah persengketaan sedasyat mereka, hatta bangsa-bangsa Arab yang sering berkabilah ataupun bangsa-bangsa di Eropah.

Sejarah China selain pencapaian mengagumkan mereka, adalah banyak berkisarkan tentang bagaimana pada penghujung dinasti, tentang bagaimana setiap kerajaan dan dinasti di China hilang mandate dari syurga, lantas mereka saling berperang antara satu sama lain. Peperangan itu melibatkan Game Of Thrones yang sangat dasyat. Ia adalah tentang menikam dari belakang, ia juga melibatkan pengkhinatan. Tidak ada erti ibu dan ayah, sahabat dan taulan, anak atau isteri apabila membaca sejarah perebutan takhta mereka.

Tentunya, kau juga akan kagum pada perang-perang sesama bangsa yang akhirnya mewujudkan sebuah naskah agung Seni Peperangan oleh Sun Tzu. Mungkin satu-satunya bangsa di dunia yang begitu meromantismkan perang yang dianggap sebagai sebuah seni. Ini telah membentuk psikologi zaman moden bangsa China yang telah menghadapi sejarah yang bersifat dasyat ini. Untuk survive dalam neraka yang wujud sepanjang sejarah China, sebuah bangsa yang kuat akan lahir hasil daripada proses “survival of the fittest” yang memerlukan salah satu faktor untuk kekal selamat adalah helah yang tinggi.

Ia bukan tersekat pada zaman silam sahaja. Sehinggakan apa yang berlaku pada waktu silam digunakan zaman moden. Seni peperangan Sun Tzu yang di dalamnya ada 1001 helah untuk memenangi peperangan diimplementasikan pula di dalam bidang perniagaan dan ilmu kewangan.

Selain dengan usaha keras mereka, kerajinan dan kehebatan intelektual mereka, kita tidak boleh menafikan mereka juga menggunakan helah-helah hebat dalam selok-belok perniagaan yang kebanyakan diambil daripada karya Sun Tzu. Mungkin sebab itu juga, betapa beribu buku yang lahir membahaskan pengunaan Seni Peperangan dalam bidang perniagaan.

Mungkin sebab itu, apabila Yahudi yang juga dikenali dengan sifat yang lebih kurang sama dengan orang Cina di Barat menemui lawan setanding mereka, maka sebuah pertembungan hebat berlaku. Bacalah pertempuran epik antara George Soros, pemanipulasi mata wang itu dengan setiausaha kewangan Hong Kong Donald Tsang sehinggakan si Yahudi Soros itu tercirit-cirit balik semula ke negaranya. Helah Yahudi tidak berkesan ke atas bangsa Cina yang telah mengenali erti sebenar helah sejak ribuan zaman.

4.) Korea

i) Han (Dendam) Dan Uri (Kekitaan)

Sejarah bangsa ini adalah sama purba dengan sejarah bangsa China. Legenda Korea mengatakan bahawa peradaban awal mereka adalah bermula pada 2333 SM. Rekod sejarah pula mengatakan Gojoseon bermula sekitar abad ke-7 Sebelum Masihi. Namun walaupun mereka adalah bangsa purba, sesungguhnya Korea adalah diapit oleh dua bangsa agung di Barat dan Timur mereka. Bangsa China dan Jepun.

Namun, sepanjang sejarah mereka, selain keagungan yang dimiliki mereka, bangsa Korea sama ada dibawah telunjuk China yang menganggap mereka sebahagian daripada dinasti-dinasti agung mereka, ataupun percubaan dijajah beberapa kali oleh bangsa Jepun bermula ketika era Toyotomi Hideyeoshi sebelum akhirnya jatuh selepas tumbangnya Empayar Korea yang pendek usianya itu. Selepas berjaya keluar dari era penjajahan, bangsa asing terus-menerus menggunakan terutama ketika perang Korea oleh Amerika dan Soviet/China sehingga memisahkan satu bangsa ini.

Orang Korea pun sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, dan tanggapan “jiran jahat” ini telah membentuk psikologi bangsa Korea yang unik iaitu “uri” (kekitaan) dan “han” (dendam).

“Uri” (우리) adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Disebabkan pengalaman sejarah yang pahit, orang Korea ini tidak akan sesekali percaya dengan orang asing, tidak kira betapa baik pun orang asing itu. Dan sebaliknya pun juga, orang Korea boleh menerima orang Korea, tidak kira betapa jahatnya. Sebab itu, tidak kira betapa agresifnya rejim DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati dengan DPRK dan melihat USA sebagai pihak yang bersalah.

“Han” (한 ; 恨) adalah perasaan dendam yang terpendam. Dendam kerana orang Korea merasa dirinya telah dizalimi oleh kuasa-kuasa besar di sekeliling (terutamanya Jepun); pendam kerana orang Korea sedar diri mereka itu lemah dan tidak mampu untuk membalas dendam di peringkat geopolitik. Jadi, orang Korea menyalurkan perasaan dendam ke perkara-perkara lain: ekonomi, pendidikan, teknologi, seni, sukan. Dalam bidang-bidang ini, mereka sentiasa menjadikan Jepun sebagai “musuh” untuk diatasi dan dikalahkan.

5.) Jepun

i.) Shame Society

Sejarah orang Jepun adalah seperti orang China, ia juga penuh dengan perang saudara. Beberapa kali Jepun terlontar ke dalam fasa perang saudara, berperang antara satu sama lain. Akibat perang saudara yang berterusan, dan juga budaya feudal yang sangat menebal di Jepun menandingi mana-mana peradaban, ia telah membentuk sebuah komuniti tentera upahan bernama Samurai yang menguasai tampuk politik di Jepun.

Dalam kebudayaan Samurai ini, lahirnya satu budaya di mana berasa malu untuk dibunuh oleh musuh. Samurai lebih rela membunuh diri melalui upacara seperti seppuku dan hara-kiri, ia dianggap sebagai kematian yang lebih bermakna daripada dirundung malu.

Oleh kerana betapa besarnya pengaruh Samurai ini, maka ia sudah mula diserap menjadi sebahagian daripada kebudayaan bangsa Jepun. Bangsa Jepun sudah hidup dalam budaya ini selama ribuan tahun. Lebih rela mati daripada menanggung malu.

Ini diulas oleh Ruth Benedict dalam karyanya yang berjudul “Chrysanthemum and the Sword” yang cuba menerangkan sifat bangsa Jepun yang menyumbang kepada tindakan ekstrim mereka. Jepun disifatkan oleh Benedict sebagai sebuah “shame society” di mana kesedaran malu atau “haji” (恥) mendominasi psikologi orang Jepun.

Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ada budaya “kandō” (勘当) di mana ibu bapa akan memutuskan hubungan (disown) dengan anak yang membuat kesalahan yang mendatangkan malu kepada keluarga.

Budaya malu ini membawa kepada kadar bunuh diri yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun itu sendiri. Di Jepun sahaja, 31,000 orang membunuh diri setiap tahun. Salah satu faktornya ialah mereka lebih rela mati seperti mana samurai dalam sejarah silam mereka daripada mengaku “kemaluan” mereka.

6.) Yahudi

i.) Perasaan bangga yang berlebih-lebihan

Yahudi adalah antara bangsa paling purba di dunia yang masih bertahan sehingga hari ini. Sejarah mereka adalah penuh dengan penindasan dari bangsa-bangsa agung lainnya. Kalau bangsa Korea adalah bersifat mereka digunakan, untuk bangsa Yahudi mereka ditindas dengan setindas-tindasnya.

Nenek moyang mereka, Bani Israel menjadi mangsa firaun membina monument-monument agung di sekitar Mesir Purba. Mereka menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai ketika era Rom akibat pemberontakan melawan empayar itu. Mereka bertebaran bersama dengan nabi mereka, Nabi Daniel apabila kerajaan mereka ditakluk oleh Assyria. Zaman moden pula, proses pembunuhan mega di bawah Nazi dikenali sebagai Holocaust tercetus lalu diingati sehingga ke hari ini.

Namun ironinya, bangsa-bangsa yang pernah menjajah, menindas bahkan cuba menghabiskan mereka yang pupus lebih awal daripada Yahudi. Yahudi hari ini mampu bangkit dari seksaan selama ribuan tahun ini, akhirnya dengan jumlah dalam belasan juta, mereka dikatakan menguasai dunia. Kisah-kisah tragis bangsa ini dimuatkan dalam sebuah lagu kebangsaan negara majoriti menempatkan kelompok bangsa ini, Israel. Dipetik seperti dibawah:

“Our hope is not yet lost,
The hope two thousand years old,
To be a free nation in our land,
The land of Zion and Jerusalem.”

Betapa empat rangkap dalam lagu kebangsaan mereka, sudah cukup untuk menceritakan kesabaran dan kejayaan yang mereka tunggu selama 2000 tahun dalam sebuah penindasan. Selain dari kejayaan tersebut, perlu diketahui kerana betapa banyak nabi-nabi lahir dalam kalangan bangsa Yahudi. Betapa juga, mereka adalah pengganut terawal atau pencetus terawal kepada kebangkitan agama Ibrahim juga menyumbang pada kebanggaan yang akhirnya menjadi berlebihan lalu lahirnya idealogi Zionism seperti menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan, dan bangsa lain tarafnya sama seperti anjing!

Kesimpulan

Ringkasan daripada artikel ini ialah betapa sejarah itu sendiri mampu dikaji untuk meneliti sifat, dan kebudayaan kebanyakan bangsa. Sifat dan kebudayaan sebuah bangsa tidak lahir begitu sahaja, tetapi ia adalah proses evolusi yang melibatkan geografi, sejarah, dan pelbagai lagi faktor. Semoga artikel ini dapat membuka mata kita tentang betapa besarnya pengaruh sejarah dalam kehidupan!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.