Tatkala Islam mula berkembang di Semenanjung Tanah Arab pada awal abad ketujuh Masihi, dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Parsi dan Rom Timur (Byzantine) pula keletihan. Keadaan ini berlaku selepas kedua-dua empayar terjebak dalam konflik berpanjangan pada abad keenam dan ketujuh Masihi yang menjadi sebahagian dari siri pep3r4ngan Parsi-Rom. Kemunculan Madinah mengubah segala-galanya termasuk cara pihak Rom berlawan di medan p3r4ng.

Konflik antara Negara Islam Madinah (NIM) dengan pihak Rom mula tercetus menerusi Pert3mpvran Mu’tah yang berlaku pada September 629/ tahun kelapan Hijrah. Konflik ini tercetus gara-gara tindakan wakil Rom berdarah Ghassan, Shurahbil bin Amru yang membvnvh utusan Rasulullah s.a.w ke Syam, al-Harits bin Umair al-Azdi.

Rajah 1: Kompleks Makam Jaafar At-Tayyar di Mu’tah yang menempatkan tiga sahabat Nabi yang gugur di medan Mu’tah.

Pert3mpvran yang meletus di Mu’tah menyaksikan ketvmbvkan t3nt3ra Islam berjumlah 3,000 orang berdepan asakan pihak Rom seramai 10,000 orang mengikut sejarawan moden (angka 100,000 dan 200,000 orang yang dinyatakan oleh al-Waqidi dan Ibnu Ishaq dibesar-besarkan). Kempen tersebut menyaksikan pasukan NIM kehilangan tiga panglima mereka yang gugur iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah r.a.

Panji kepimpinan kemudian diserahkan kepada Khalid bin al-Walid r.a dengan beliau mengarahkan pengunduran secara taktikal dilakukan. Keputusan tersebut dianggap satu keputusan bijak kerana ia bukan saja membantu pasukan NIM kembali ke Madinah dengan selamat. Malah, pada masa sama, ia menunjukkan NIM juga berupaya bermain taktik perang setara dengan pihak Rom.

Oleh sebab itulah, selepas mengenang betapa hebatnya tentangan yang diberi angkatan NIM di Mu’tah, Maharaja Heraclius yang memerintah Byzantine ketika itu berusaha mengelak konflik antara dua kerajaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa baginda bersedia menerima duta Madinah ke Rom, Dihyah al-Kalbi r.a atau mengarahkan sebarang rancangan menyerbu Tanah Arab pada tahun 630 dibatalkan (P3r4ng Tabuk).

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada 632 Masihi, usaha pengembangan wilayah ke wilayah Rom dan Parsi diteruskan oleh kerajaan Khulafa’ Ar-Rashidin. Ini bermula dengan Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab dan Uthman bin Affan r.a. Aktiviti pengembangan wilayah menyaksikan banyak jajahan Rom dan Parsi jatuh ke tangan NIM termasuk Syam, Palestin, Mesir dan Iraq.

Mungkin ada menganggap kejatuhan sebegini sebagai mengejut. Tetapi melihat kepada skala kemerosotan yang ditinggalkan akibat konflik berpanjangan Rom-Parsi, ia sebenarnya sudah dijangka. Konflik berpanjangan Rom-Parsi mengakibatkan kedua-dua kerajaan ketiadaan sumber kewangan untuk membina semula kota-kota yang dirampas dan angkatan p3r4ng mereka yang keletihan.

Dalam kes Rom, kemerosotan ini turut digabungkan dengan faktor penularan pandemik Wabak Justinian (wabak bubonik oleh saintis moden) yang berlaku pada abad kelima dan terus mencetuskan huru-hara pada abad keenam, ketujuh dan kelapan Masihi. Ketiadaan sumber kewangan dan kehadiran wabak p3ny4kit terutama di rantau Mediterranean memberi kesan mendalam terhadap keupayaan pertahanan Rom.

Rajah 2: Ilustrasi gambaran Pert3mpvran Yarmouk abad ke-14 Masihi oleh seorang artis Catalonia tak dikenali.

Selepas kegagalan kempen di Firaz (gabungan Rom-Parsi melawan angkatan Khalid) dan Yarmouk, Byzantine terpaksa mengubah strategi mereka. Walaupun lawan mereka berbeza dalam bentuk kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah, matlamat pihak Islam tetap sama iaitu menakluk Constantinople. Ini bagi merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w semasa P3r4ng Khandak bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan umat Islam.

Justeru, rancangan pihak Rom ialah merekrut penduduk wilayah-wilayah jajahan mereka sebagai t3nt3r4. Mereka menjadi pilihan terutama puak-puak yang cekap menunggang kuda kerana dapat bersaing dengan unit kavalri kerajaan Islam ketika itu. Tetapi mereka perlu melatih dan memperlengkapkan diri dengan peralatan dan s3nj4t4 dengan wang mereka sendiri.

Setiap kali maharaja menggerakkan kempen, t3nt3r4-t3nt3r4 ini akan direkrut dari setiap wilayah dan diketuai oleh panglima lantikan baginda. Dana p3r4ng pula tidak disalurkan terus kepada panglima atau strategos tetapi protonotarios. Protonotarios ialah seorang pegawai lantikan maharaja secara berasingan dan melaporkan secara terus kepada pegawai-pegawai fiskal yang berpangkalan di Constantinople.

Sebagai pertukaran kepada latihan dan kelengkapan yang perlu dibiaya sendiri, t3nt3r4-t3nt3r4 ini diberi pelbagai keistimewaan termasuk pengecualian cukai dan pemberian tanah. Insentif ini bukan sekadar membantu menjimatkan tanggungan kewangan Rom. Malah, pada masa sama, ia memberi motivasi kepada mereka untuk mempertahankan kampung halaman masing-masing dari dis3r4ng pihak mvsvh.

Selain itu, pihak Rom juga memanfaatkan kelebihan muka bumi Anatolia itu sendiri. Selepas dipaksa berundur dari tempat persemayaman baginda di Antioch ke Constantinople, Heraclius menitahkan pihak Byzantine mempertahankan saki-baki jajahan mereka habis-habisan.

Pihak Rom bernasib baik muka bumi Anatolia memberi banyak kelebihan dari segi pertahanan. Walaupun pihak mvsvh mempunyai kelebihan dari segi bilangan, mereka masih perlu mengharungi muka bumi wilayah tersebut yang berbukit-bukau dan mencabar dengan jarak perjalanan sekitar lapan hingga 10 batu sehari.

Keadaan ini tidak dibantu dengan permukaan tanah yang berlumpur menyukarkan perjalanan kenderaan seperti lembu dan unta. Lembu bukan saja perlahan tetapi tidak boleh berjalan jauh. Sementara unta walaupun dikenali sebagai haiwan tahan lasak, ia tidak boleh melalui kawasan berbatu dan berbukit Anatolia. Ia bukan saja menjejaskan isu logistik dalam operasi ket3nt3r4an di situ tetapi memperlahankan lagi perjalanan mereka ke destinasi.

Faktor iklim juga dijangka memberi kesan secara fizikal dan mental kepada pihak mvsvh. Keadaan muka bumi Anatolia yang berubah akibat gempa bumi dan tanah runtuh menyukarkan perjalanan mereka ke wilayah tersebut. Satu-satunya cara mengakses Anatolia menerusi laluan gunung-ganang yang sempit, yang boleh dipertahankan oleh beberapa unit t3nt3r4 Rom.

Pihak Rom juga turut mengubah strategi perlawanan mereka terhadap t3nt3r4 Islam yang cuba meny3r4ng Anatolia. Jika mereka berjaya merentas Anatolia sekalipun, kedudukan mereka paling terdedah semasa dalam perjalanan pulang. Ini kerana pada ketika itu, haiwan-haiwan tunggangan sudah pasti membawa ghanimah (harta rampasan p3r4ng) sekaligus menjadi sasaran mudah m1l1t1a tempatan pro-Rom.

Malangnya, strategi sebegini mengundang lebih banyak banyak masalah termasuk isu keselamatan dan ekonomi penduduk tempatan. Justeru, zon-zon yang kurang penduduk ini dijadikan sebagai zon penampan dengan penduduk tempatan turut membantu mempertahankan zon-zon ini daripada ditembusi t3nt3r4 Islam baik semasa Bani Umayyah atau Bani Abbasiyyah.

Pihak Byzantine juga turut menggunakan sistem amaran keselamatan awal dengan memanfaatkan topografi Anatolia. Sistem ini memberi amaran kepada penduduk sekiranya mvsvh menghampiri kedudukan kota, mereka dapat berpeluang menyelamatkan diri dan harta masing-masing. Perkara ini pernah dibuat pada abad kesembilan apabila api amaran dinyalakan dari Constantinople ke Pergunungan Taurus.

Di samping itu, pihak Rom dan kerajaan-kerajaan Islam ketika itu berusaha mengelak daripada terjebak dengan pert3mpvran berskala besar. Dua pengecualian ialah kempen pengepungan Constantinople pada 674-678 dan 717-718 Masihi masing-masing semasa era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian r.a dan Sulaiman bin Abdul Malik.

Rajah 3: Api Yunani

Dalam kes pengepungan 674-678 dan 717-718 Masihi, salah satu sebab kegagalan kempen ialah penggunaan Api Yunani oleh t3nt3r4-t3nt3r4 Rom dalam mempertahankan Constantinople. Api Yunani dianggap mimpi ngeri kepada pihak mvsvh kerana mangsanya akan terb4k4r h4ngvs walaupun berada di dalam air.

Semua perubahan dan inovasi yang diperkenalkan Rom membolehkannya terus bertahan selama beberapa abad. Malah, ia juga menjadi kunci kebangkitan sebentar mereka termasuk merampas semula beberapa wilayah dari 863 hingga abad ke-11 Masihi. Tetapi selepas itu, Rom Timur kembali mengalami kemerosotan sebelum akhirnya tumbang menerusi kejatuhan Constantinople pada 29 Mei 1453.

RUJUKAN:

Goodyear, Michael. (2019). Adapting to Survive: How Byzantium Survived the Arab Inv4sions. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/byzantine-system-defense-0011723


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.