Biarpun Rom sudah lama lenyap setelah penaklukan Konstantinopel tetapi kesan yang ditinggalkan oleh empayar tersebut masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini. Salah satu kesan itu adalah agama kristian. Apabila Rom menjadikan kristian sebagai pegangan rasmi empayar, agama itu terus tersebar luas ke serta Eropah.
Hilangnya Rom daripada peta dunia tidak langsung merencatkan perkembangan kristian kerana beberapa negara yang pernah menjadi wilayah Rom telah menyebarkan agama itu ke serata pelosok dunia. Jadi boleh dikatakan, Empayar Rom memainkan peranan penting dalam penyebaran kristian hingga menjadi agama paling ramai dianuti oleh manusia.
Namun tahukah anda, pada mulanya Rom sangat menentang kemasukan agama kristian dalam empayar mereka. Macam boleh jadi begitu?
Ketika awal pembentukan Rom, empayar ini menjadikan kepercayaan dewa-dewi sebagai agama rasmi mereka. Bermakna Empayar Rom memiliki banyak tuhan yang mewakili beberapa subjek tertentu. Tuhan-tuhan yang disembah oleh orang Rom kebanyakannya dipengaruhi oleh mitologi Yunani.
Walaupun begitu, empayar Rom masih lagi mengamalkan kebebasan beragama tetapi dengan syarat harus bersifat rom-centric. Jika kepercayaan itu menyalahi konsep ketuhanan masyarakat Rom, pasti akan segera dihapuskan. Hal inilah yang berlaku ketika mula-mula kristian memasuki Empayar Rom.
Buktinya, Jesus Christ telah dihukum bunuh oleh wakil Empayar Rom di Jerusalem atas dakwaan cuba menyebarkan agama baru. Kematian Jesus Christ langsung tidak melemahkan semangat pengikutnya untuk terus menyebarkan agama kristian dalam Empayar Rom. Sedikit demi sedikit, semakin ramai orang Rom yang memeluk agama kristian.
Situasi ini menyebabkan pihak penguasa Rom berasa tergugat dan cuba untuk menghapuskan pengaruh kristian dalam empayar. Bagi menakut-nakutkan rakyat Rom, pihak penguasa di beberapa wilayah telah bertindak menyiksa penganut kristian. Namun seksaan itu langsung tidak menyebabkan penyebaran agama Kristian terhenti.
Maharaja Nero yang ketika itu sedang memerintah Rom cuba menghapuskan agama kristian lantaran ketidakmampuan pegawainya di peringkat wilayah mengatasi masalah tersebut. Apa yang Maharaja Nero adalah menjadikan penganut kristian sebagai kambing hitam kepada peristiwa Great Fire of Rome. Hal itu sekaligus membenarkan penganut kristian dibunuh tanpa apa-apa bicara.
Lama kelamaan, penentangan terhadap agama Kristian semakin berkurangan tetapi penyiksaan tetap dilakukan oleh Maharaja Decius secara tidak langsung. Baginda telah mengarah setiap kota yang bernaung di bawah Empayar Rom, perlu melakukan ritual korban. Di sini penganut Kristian sering kali menjadi korban atas nama agama pagan Empayar Rom.
Penganut Kristian mula mendapat sedikit kebebasan apabila Constantine menaiki takhta menggantikan Diocletion. Constantine telah menggubal satu undang-undang baru yang benarkan sekalian rakyat Rom termasuklah penganut kristian untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan bebas.
Selepas sahaja era Constantine, maharaja Rom yang lain mula berikan banyak kelonggaran kepada penganut agama kristian. Kemuncaknya, Maharaja Theodosius I telah menjadikan kristian sebagai agama rasmi Empayar Rom. Baginda juga bersama-sama Gratian, dan Valentinian II yang bertanggungjawab membentuk kepercayaan kristian berdasarkan Holy Trinity. Selepas itu agama pagan masyarakat Rom semakin dilupakan dan agama kristian berkembang pesat sehingga ke hari ini.
RUJUKAN:
Ricketts, C. (2018, Ogos 9). The growth of christianity in the Roman Empire. History Hit.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih