Sebuah kajian dibuat oleh University of East Anglian mendedahkan pelbagai impak praktikal dan emosi akibat daripada kehilangan deria untuk menghidu. Hilangnya deria bau telah menyebabkan pelbagai aspek kehidupan terganggu, bermula daripada kebersihan diri setiap hari sehinggalah keintiman seksual.
Menurut Carl Philpott, gangguan deria bau terkesan sekitar 5% populasi global yang membuatkan mereka hilang deria bau ataupun deria menghidu mereka bertukar tidak seperti normal. Kadangkala sesetengah orang menghidu sesuatu yang tiada bau pun.
Puncanya ada banyak bermula dari jangkitan, kecederaan hinggalah ke penyakit neuro seperti Alzheimer. Hilangnya deria bau menyebabkan terganggunya deria rasa. Akibatnya ramai orang hilang selera untuk makan sehingga berat badan merosot.
Sebahagian mereka banyak makan makanan yang rendah nutrisinya yang tinggi lemak, garam dan gula. Seterusnya mengakibatkan naiknya berat badan.
Terdapat kajian mendapati bahawa, orang yang hilang deria bau dilaporkan mempunyai kadar yang tinggi dalam kemurungan, keresahan, pengasingan diri dan menjadikan hubungan antara manusia begitu sukar.
Deria bau bukan sahaja mekanisma untuk mempertahankan diri sekiranya kita ada bau gas bocor, malah ia deria bau juga merupakan mekanisma untuk peningkatan kualiti hidup seperti pengalaman merasai makanan yang enak.
Deria bau juga memberikan kita nikmat untuk merasai pengalaman yang manis seperti bau bunga api, bau kuih di hari raya, bau buku, bau pasaraya dan sebagainya. Bau dapat memberikan pengelaman emosi kepada manusia.
Mereka yang hilang deria baunya tidak dapat menghidu bau badan sendiri. Perkara ini menimbulkan kereasahan dan perasaan malu apabila duduk bersama dengan orang lain.
Semua masalah-masalah ini memberikan impak emosi yang begitu besar dan menjurus kepada kemarahan, kerasahan, tekanan, kemurungan, pengasingan diri, hilang keyakinan, penyesalan dan kesedihan.
RUJUKAN:
- Sally E. Erskine, Carl M. Philpott. An unmet need: Patients with smell and taste disorders. Clinical Otolaryngology, 2019; DOI: 1111/coa.13484
- University of East Anglia. (2020, January 22). What it’s like to live without a sense of smell. ScienceDaily. Retrieved May 28, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/01/200122175643.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih