Dunia pernah menyaksikan banyak empayar terbina dan Empayar Rom adalah salah satu contoh. Pada zaman kemuncaknya, luas keseluruhan Empayar Rom mencecah 4.4 juta km persegi – dengan sempadan utaranya terletak di Kepulauan Britain manakala sempadan selatannya pula di Mesir.

Walaupun keluasan tersebut tidaklah lebih besar berbanding beberapa empayar terdekat seperti Empayar Parsi (5.5 juta km persegi) dan Kekhalifahan Umayyah (11 juta persegi termasuk Rub’ al-Khali), ia masih relatif luas untuk ditadbir.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bukan sekali mereka terpaksa bergerak dari satu sempadan ke satu sempadan untuk meredakan keka.ca.uan yang berlaku serentak. Contohnya pada tahun 270 Masehi, Maharaja Aurelian dihadapkan dengan suku Vandal di utara dan dalam masa yang sama perlu men.ang.ani Ratu Zenobia di Syria. Begitu juga halnya dengan Belisarius pada 533 Masehi. Panglima itu terpaksa mempertahankan kota Rome dari se.ra.ngan Vandal dan dalam masa yang sama, berp.er.ang di sempadan timur mel.awa.n Parsi-Sassanid.

Empayar Rom jika dimuatkan ke dalam peta Amerika Syarikat

Dalam empayar yang sedemikian besar, bukan mobiliti ket.en.ter.aan sahaja yang jadi menca.ba.r. Pentadbiran wilayah dan pengurusan manusia juga sama. Tambahan, Empayar Rom membezakan hak keistimewaan antara warganegara dan bukan warganegara. Sesama warganegara pun ada kelas-kelas yang berbeza, iaitu kewarganegaraan penuh (cives Romani) dan kewarganegaraan terhad (cives latini, cives socii dan cives provinciales).

Cives latini adalah kewarganegaraan yang diberikan kepada penduduk kota Latium (diberi sejak 340-an SM). Mereka menikmati beberapa keistimewaan seperti hak untuk mengikat kontrak, memiliki hartanah, mempunyai perkahwinan yang sah, perlindungan undang-undang, dan pengecualian dari cukai-cukai tertentu. Cuma sebagai bukan warganegara-penuh, mereka tidak dibenarkan mengundi kecuali setelah berpindah ke kota Rome secara kekal.

Cives socii dan cives provinciales pula masing-masing merujuk kepada kewarganegaraan yang diberikan kepada penduduk negara-negara bersekutu (socii, bermula sejak kurun ke-2 SM) dan wilayah-wilayah baru yang dibuka di luar Semenanjung Itali (provinciales, bermula c.48 SM). Secara umum, kewarganegaraan jenis ini dikurniakan atas tiga sebab utama; iaitu meluaskan wilayah, menambah bilangan t.ente.ra, dan melicinkan proses Romanisasi (khususnya di wilayah-wilayah barat seperti di Kepulauan Britain).

Pembahagian kelas kewarganegaraan ini bagaimanapun bubar pada tahun 212 Masehi selepas Marcus Aurelius Antoninus mengeluarkan Dekri Caracalla. Menerusi dekri tersebut, seluruh penduduk merdeka yang bernaung di bawah Empayar Rom diberikan kewarganegaraan penuh. Mereka bebas menikmati segala hak keistimewaan yang sebelum ini hanya dikhususkan buat warganegara Rom, dengan imbalan, kutipan cukai dan kerahan te.nte.ra empayar bertambah berlipat kali ganda.

Bancian penduduk Empayar Rom dilakukan pada setiap lima tahun untuk mengemaskini data populasi dan maklumat hartanah milikan peribadi

Cuma persoalannya, sebelum Dekri Caracalla dikeluarkan, bagaimana rakyat Rom membuktikan kewarganegaraan mereka?

Pertama, ia dibuktikan menerusi nama. Nama rakyat Rom terdiri daripada tiga komponen, iaitu praenomen (nama individu), nomen (nama klan), dan cognomen (nama timangan). Sebagai contoh, nama Gnaeus Pompeius Magnus. Dengan hanya menyebut nama tersebut, rakyat Rom akan mengenal betapa Gnaeus Yang Agung berasal dari keluarga Pompeius. Jadi untuk mengesahkan kewarganegaraannya, pihak berkuasa hanya perlu merujuk kepada anggota klan berkenaan.

Untuk cara yang lebih formal, autoriti Rom juga bersiap dengan dua langkah lain iaitu bancian dan sijil kelahiran.

Rom dipercayai sudah pun membuat bancian seawal kurun ke-6 SM lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Servius Tullius. Bancian Rom diambil pada setiap lima tahun. Prosesnya saling tidak tumpah seperti apa yang kita ketahui pada hari ini, iaitu lembaga pembanci ditubuhkan di wilayah pusat lalu dihantar ke seluruh pelosok wilayah Rom baik di Afrika Utara, Sepanyol, Jerman, Mesir mahupun sempadan Parsi.

Seperti biasa, bancian akan melibatkan senarai nama dan pemilikan hartanah untuk semakan cukai, jumlah populasi, dan pengesahan identiti. Dokumen bancian ini kemudian dibawa pulang ke Rome dan disimpan di dalam Kuil Saturn sebagai rujukan.

Dalam tempoh bancian, kesemua rakyat Rom diseru supaya pulang ke kampung halaman. Bagi yang gagal hadir semasa hari bancian, mereka akan dikenakan hu.ku.man berat termasuklah dip.enja.ra, dijual sebagai h.am.ba, dan dihu.ku.m bu.nu.h.

Diploma civittais yang berusia dari tahun 107 Masehi

Untuk sijil kelahiran pula, ia mula diperkenalkan pada zaman Augustus Caesar sekitar tahun 4 Masehi. Dasar ini menuntut supaya setiap kelahiran baru didaftarkan kepada pegawai Rom dalam tempoh 30 hari. Bagaimana pun, dasar ini tidak bersifat man.da.tori dan kegagalan untuk mendaftarkan kelahiran tidaklah menc.abu.t status kewarganegaraan bayi tersebut.

Cuma bagi yang mendaftar, mereka akan diberikan sebentuk bongkah kayu berukir sebagai sijil kelahiran. Pada dokumen ini turut dipahat nama tujuh orang saksi. Saksi-saksi inilah yang nanti akan dipanggil oleh pihak berkuasa jika berlaku sebarang keraguan identiti atau pend.akw.aan undang-undang ke atas seseorang warganegara Rom.

Selain sijil kelahiran, Rom juga menyediakan dokumen pengenalan diri rasmi buat bekas h.am.ba dan veteran te.nt.era yang masing-masing disebut sebagai tabella manumissionis dan diploma civittais. Kandungan dua dokumen ini relatif sama seperti sijil kelahiran, cuma bezanya ia diperbuat daripada tembaga.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Disebabkan saiz dokumennya agak besar dan leceh untuk dibawa berjalan, autoriti Rom turut memberikan opsyen untuk memohon dokumen salinan yang lebih kecil – cukup kecil untuk dibawa ke sana ke mari khususnya bagi perjalanan jarak jauh.

Hal ini mencerminkan betapa walau dalam dunia tanpa kamera, imbasan cap jari dan biometrik sekalipun, tanda pengenalan diri seseorang cukup penting khususnya bagi Empayar Rom lebih-lebih dalam tradisi Kristian, tersisip kisah bancian yang melibatkan Siti Maryam di Baitul Laham.

RUJUKAN

Britannica, T. Editors of Encyclopedia. (25 November 2011). “Civitas”.

Iabate, Victor. (12 September 2018) In a World Without Technology. How Did a Roman Citizen Identify Himself? Ancient Origins.

The Data Administration Newsletter. (1 Mac 2014). Big Data and the Roman Census Approach


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.