Kepada semua lelaki yang wujud di dunia ini, anda pasti ternanti-nantikan PlayStation 5 (PS5) yang dijangka akan dirilis pada akhir tahun.
Malahan ada yang beranggapan, impian setiap lelaki bukan wanita cantik tetapi adalah PS5. Persoalannya, bagaimanakah PlaySation bermula dan menjadi gemilang sehingga ke hari ini? Ayuh soroti artikel ini.
Semuanya bermula ketika tahun 1988 apabila Sony memeterai perjanjian bersama Nintendo untuk membangunkan CD-ROM yang juga dikenali sebagai Super Disc.
Ianya digunakan bagi Super Nintendo terbaru pada masa tersebut. Walau bagaimanapun atas alasan kontrak dan perlesenan, Super Disc tidak pernah dilancarkan. Di sinilah ianya bermula;
PlayStation merupakan konsol permainan video yang digagaskan pada tahun 1994 oleh syarikat Sony Computer Entertainment. PlayStaition juga merupakan salah satu generasi baru konsol 32-bit yang menandakan pencapaian mendadak Sony dalam permainan video.
Bagi generasi pertama PlayStation yang juga dikenali sebagai PS One menggunakan cakera padat dimana permainan video semakin menuju ke arus kemodenan.
Setelah kegagalan menjadikan PlayStation sebagai Super Nintendo Entertainment pada awal tahun 1990, Sony telah mengambil tindakan untuk meliriskan sendiri konsol permainan videonya sendiri.
Serentak dengan itu, PlayStation telah dilancarkan di Jepun pada Disember 1994 dan memasuki pasaran Amerika ketika September 1995. Kedua-dua pelancaran ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada pelanggan.
Menjelang tahun 2005, PlayStation telah menjadi konsol pertama yang berjaya mencapai jualan sebanyak 100 juta unit. Antara permainan video utama bagi PlayStation adalah Final Fantasy 7, Crash Bandicoot, dan Tekken dengan pelbagai siri bahkan mendapat sambutan hangat daripada pengguna.
Setelah itu, PlayStation juga telah melancarkan PS2 yang diperkenalkan pada tahun awal millennium. Apa yang menariknya, PS2 menawarkan kemampuan untuk beroperasi menggunakan internet yang digabungkan dengan pelbagai jenis permainan video seperti FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES).
Hal ini telah menyebabkan pesaing utama PS2 iaitu Sega Dreamcast dan Nintendo GameCube terus hancur lebur. PS2 juga telah mencatatkan jualan sebanyak 100 juta unit yang terus menerus membunuh pesaingnya.
Walau bagaimanapun, konsol seterusnya iaitu PS3 yang diliris pada 2006 tidak mampu mengulangi pencapaian dan kegemilangan PS3. Situasi itu juga dibantu dengan saingan yang sangat kuat daripada Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii.
Disamping kegagalan itu, pada 2013, PlayStation telah melancarkan PS4 yang dijangka akan disaingi dengan hebat oleh Xbox One. PS4 ini disertakan sekali dengan platform baru yang memiliki grafik yang hebat dan pengalaman multi-pemain begitu mengasyikkan.
Konsol permainan ini juga dijadikan sebagai pemain Blu-ray dan peranti media penstriman. Malahan PlayStation Now memberikan akses kepada pelbagai permainan video sedia ada dan terbaru.
Sony berjaya memasuki pasaran virtual reality VR apabila syarikat itu berjaya meluncurkan PS VR pada Oktober 2016. Sistem PS VR merangkumi PS4 bersama fon kepala dan alat kawalan.
Namun begitu, sambutan terhadap PS VR agak perlahan memandangkan industri VR sendiripun berada dalam kegeringan.
Pada tahun ini, Sony telah memutuskan untuk meluncurkan PS5 yang dijangka mampu memberikan pengalaman menarik dalam permainan video. Namun begitu, harga rasmi bagi konsol ini belum diumumkan secara rasmi.
Terdapat juga yang menjangkakan bahawasanya PS5 boleh dijual dengan harga serendah RM1800 sahaja. Jika ianya lebih daripada itu pasti akan mengecewakan ramai pihak. Kepada para pembaca semua terutamanya lelaki, sudah anda menabunvg serta meminta kebenaran pasangan untuk memiliki PS5?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih