Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi dan sejarahwan antarabangsa telah menemui perisai kulit dalam perkuburan tentera berkuda kuno yang lokasinya di barat laut China. Yang menariknya, perisai ini bukan buatan tempatan malah ia diperbuat oleh penukang yang berasal dari empayar Neo-Assyria yang pernah memerintah Mesopotamia pada 911 hingga 609 SM.

Bagaimana perisai kulit berasal dari Mesopotamia boleh ditemui di China, lokasi yang begitu jauh beribu-ribu kilometer?

KAJIAN LANJUT KE ATAS PERISAI KULIT NEO-ASSYRIA

Si pemakai yang memakai perisai ini ialah seorang pemuda berusia sekitar 30 tahun yang dikebumikan di perkuburan tempat pengkaji jalankan kajian. Perkuburan ini adalah Perkuburan Yanghai sejak abad pertama SM yang lokasinya dekat dengan kota Turfan. Kota Turfan pula antara kota persinggahan dalam laluan Jalan Sutera.

Keadaan perisai kulit itu masih dipelihara dengan baik walaupun telah lama dikubur selama hampir 3 ribu tahun. Iklim barat laut China yang begitu kering dan tanahnya yang kurang lembap menjadi faktor utama kepada keadaan perisai yang baik. Kiranya perisai ini umpama ‘mutiara’ bagi ahli arkeologi kerana tidak banyak artifak sebegini ditemui dalam keadaan yang baik.

Perisai kulit yang ditemui dalam Perkuburan Yanghai, China.

Menurut penyelia kumpulan arkeologi Perkuburan Yanghai bernama Patrick Wertmann dari Institute of Asian and Oriental Studies at the University of Zurich, mereka telah melakukan pentarikhan karbon terhadap perisai kulit itu dan keputusannya menunjukkan bahawa ia dibuat pada tahun 786 dan 543 SM. Ketika waktu itu empayar Neo-Assyria masih gah lagi.

Kemudian, perisai itu dibandingkan dengan perisai kulit China yang hampir sama reka bentuknya yang disimpan dalam muzium Metropolitan Museum of Art di new York, AS.

Lokasi perisai kulit (bulatan merah) dalam kubur pemuda Yanghai.

Keputusannya, kedua-dua perisai kulit mempunyai persamaan dalam reka bentuk dan binaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua perisai dipakai oleh tentera yang berbeza di mana tentera berkuda Yanghai menggunakan perisai kulit Neo-Assyria manakala tentera berperisai berat memakai perisai kulit China.

Berkemungkinan juga, kedua-dua perisai kulit ini dibuat pada tempat yang sama. Oleh sebab hanya tentera Neo-Assyria mempunyai kemahiran tinggi dalam seragamkan peralatan ketenteraan pada waktu itu, para pengkaji konklusikan bahawa perisai kulit tersebut ternyata buatan empayar Neo-Assyria.

PERISAI KULIT IALAH CIPTAAN NEO-ASSYRIA

Perisai kulit terawal dicipta dengan menjahit bersama kepingan gangsa dan besi pada fasa empayar Neo-Assyria.

Tujuan ciptaan ini ialah melindungi tubuh pahlawan dari cedera tanpa membebankan si pemakai.

Perisai kulit yang ditemui di perkuburan itu adalah perisai jenis ringan dengan gabungan sebanyak 5,000 kepingan kecil bersama 140 kepingan besar, kemudian dijahit bersama kepingan kulit. Dianggarkan perisai kulit ini seberat 5 kilogram.

Pemerhatian dekat atas perisai kulit Yanghai hadapan (A) dan belakang (B)

Perisai yang dibuat sedemikian dipakai untuk melindungi bahagian atas tubuh hingga ke paha. Ia sesuai dipakai untuk tentera berkuda. Tambahan pula, perisai kulit ini dijahit menggunakan tangan dan memerlukan mineral yange tinggi kos bayarannya. Maka, perisai ini berkemungkinan digunakan khas kepada pahlawan elit atau para komandan tentera.

Setelah banyak kerajaan Eurasia berkembang dengan ketumbukan tentera yang ramai, perisai kulit dibuat dalam kuantiti yang banyak dan hanya memerlukan kos yang rendah sahaja. Jadi penggunaan perisai kulit telah meluas dalam kalangan kerajaan Eurasia yang mahukan para tenteranya terlindung dari serangan musuh.

Walaupun demikian, para pengkaji masih tidak dapat ketahui bagaimana perisai kulit yang berasal dari Mesopotamia ini boleh berada di barat laut China. Ada dua teori iaitu,

1) Tentera upahan China pernah melawan tentera Assyria kemudian membawa pulang perisai kulit sebagai troli kejayaan.

2) Kerajaan atau empayar China pernah berperang dengan Neo-Assyria sehingga tenteranya menjadi tawanan perang China.

Namun, penemuan perisai kulit ini menjadi penemuan terpenting bagi para pengkaji dalam memahami sejarah teknologi Barat-Timur yang telah lama berkongsi pada abad pertama SM.

RUJUKAN:

Falde, Nathan. 10 December 2021. 2,600-Year-Old Leather Armor Found In China Was Made By Neo-Assyrians. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.