Dua tahun sebelumnya, Poland menjadi mangsa amukan rejim N4z1 Jerman dan Kesatuan Soviet melalui dua s3rangan berasingan pada 1 September dan 17 September 1939. Poland bukan saja berpecah dua tetapi populasinya menjadi mangsa kekej4man rejim termasuk orang Yahudi. Dan pada Januari 1941, orang Yahudi yang dikumpulkan di Gheto Warsaw mula jatuh sakit.
Beberapa bulan sebelumnya, semua orang Yahudi dari seluruh Warsaw dikumpul oleh rejim N4z1 dan dikurung dalam kawasan gheto yang berkeluasan 3.4 km persegi. Menjelang tahun baru, lebih ramai orang dibawa masuk dan di sinilah, tempoh penularan wabak tifus dalam kalangan 450,000 penduduk bermula.
4ncaman kesihatan menambah kerungsingan mereka yang berada dalam gheto. Jika penyakit itu tidak dirawat, ia boleh menyebabkan peningkatan kes kem4tian sebanyak 40%. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes seperti kawasan gheto yang kotor, cuaca sejuk, kebuluran dan bilangan populasi 10 kali ganda lebih ramai berbanding kadar sepatutnya.
Bagi pihak rejim, situasi penularan wabak tifus amat membantu kempen pembersihan etnik mereka. 120,000 orang dijangkiti dengan 30,000 lagi m4ti akibat penyakit berkenaan. Dan ramai penghuni gheto m4ti sama ada akibat kebuluran atau kombinasi kebuluran dan tifus. Namun begitu, rejim tidak menyangka tindak balas penghuni gheto dalam mendepani wabak berkenaan.
Pada Oktober 1941, musim sejuk yang ekstrem melanda Poland dan ramai menjangkakan bilangan kes tifus akan terus meningkat. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Bilangan kes epidemik berkenaan mencatat penurunan sehingga akhirnya hilang dengan sendiri.
Perkara ini menarik perhatian sekumpulan penyelidik diketuai Profesor Lewi Stone. Selepas menganalisis dokumen-dokumen dan membina model matematik untuk situasi itu, mereka menyimpulkan epidemik tifus di Gheto Warsaw berjaya dibanteras hasil campur tangan kesihatan orang awam menerusi beberapa tindakan yang berkesan. Para pembaca boleh melihat model statistik di bawah:
Bagi para doktor dan pakar kesihatan yang menjadi penghuni gheto, pengumuman awam tentang risiko tifus menjadi keutamaan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances turut mendedahkan sesetengah daripada mereka turut bertanggungjawab membina sebuah universiti perubatan secara rahsia dan melatih pelajar-pelajar muda dalam bidang perubatan.
Kisah ini menunjukkan selain panduan dan arahan kerajaan, peranan aktif komuniti juga diperlukan dalam membanteras penularan wabak penyakit. Di Amerika Syarikat misalnya, terdapat beberapa tempat yang terselamat daripada penularan pandemik flu 1918 dengan memilih menutup komuniti daripada dimasuki orang luar.
Kemudian pada tahun 2014, apabila wabak Ebola melanda Liberia, puluhan sesi penerangan diadakan di bandar-bandar dan kampung-kampung bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap b4haya Ebola dan bagaimana menjaga mereka yang dijangkiti. Hasilnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan negara tersebut bebas daripada Ebola pada awal tahun 2015.
Dan dalam situasi Covid-19 yang dihadapi dunia hari ini, beberapa negara seperti Malaysia, China, New Zealand dan Korea Selatan mendapat pujian pakar-pakar termasuk WHO. Negara-negara ini dipuji kerana berjaya mengekang penularan wabak berkenaan menerusi pengesanan kontak, pengasingan kes jangkitan dan pengurangan kes dalam komuniti.
Siapa sangka dalam situasi sukar sebegitu, penghuni Gheto Warsaw menunjukkan keazaman dan kesungguhan dalam mengatasi wabak tifus. Tetapi tragedi sebenar penghuni-penghuni ini ialah mereka yang terselamat kemudiannya dibawa ke kem-kem tahanan sebagai sebahagian daripada Solusi Terakhir rejim pada musim panas 1942.
Tetapi bagi sejarawan H0l0c4ust, Stephen Lenstaedt yang membantu pasukan penyelidik menganalisis model kes Gheto Warsaw, menambah, “Tidak syak lagi, ada banyak pengajaran yang tidak ternilai harganya bagi kita untuk belajar daripada sejarah.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih