Baru-baru ini muncul satu berita bahawasanya restoran makanan segera Mcdonald’s bakal dibuka di Simpang Renggam. Ianya bukanlah isu yang besar tetapi masyarakat menjadikan tindakan itu sebagai parodi.

Namun begitu tahukah anda, pembukaan Mcdonald’s itu sebenarnya menandakan sesebuat kawasan tersebut memiliki kuasa beli yang kuat. Hal ini dapat dilihat melalui teori Big Mac Index yang digagaskan oleh The Economist pada tahun 1986.

Teori ini digunakan untuk mengukur pariti daya beli bagi setiap negara dengan menggunakan produk Mcdonald’s iaitu Big Mac sebagai penanda aras.

Senang cerita teori Big Mac ini digunakan untuk menentukan harga barang di antara dua buah negara. Sebagai contoh, barang dapur di Malaysia dan Thailand hampir sama dan pasti miliki perbezaan sedikit bahan serta harga.

Ianya sama juga seperti Big Mac, jika dilihat dari mata kasar ianya sama sahaja tetapi mungkin miliki perbezaan kerana menggunakan barang local negara masing-masing.

Contoh lagi mudah adalah harga Big Mac di Sweden lebih mahal berbanding di Azerbaijan, Mesir dan Moldova. Hal ini demikian kerana Big Mac mendapat sambutan di Sweden lantas mampu menaikan harga makanan itu.

Manakala di tiga negara tersebut, Big Mac tidak mendapat sambutan dan terpaksa dijual dengan harga promosi.

Persoalannya bagaimana pula pembukaan Mcdonald’s di Simpang Renggam boleh mempengaruhi kuasa beli pengguna?

Sebelum ini Simpang Renggam hanyalah sebuah pekan kecil yang mengandungi berpuluh kampung seperti Kampung Cokro dan Kampung Parit Penghulu.

Pertambahan penduduk yang begitu ramai di pekan ini bikin ianya terpaksa dibesarkan bagi menampung kepadatan penduduk. Malahan, kawasan taman perumahan dan lot-lot kedai baharu juga semakin banyak dibuka.

Jadi, penduduk memerlukan beberapa premis perniagaan yang menjual pelbagai barang bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Salah satunya adalah Macdonald’s yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Apa kaitannya dengan teori Big Mac Index? Teori ini menekankan kuasa beli sesebuah tempat itu dapat diukur melalui harga Big Mac yang mampu dibeli oleh rakyat.

Hari ini kita menyaksikan makanan di Mcdonald’s dimakan umpama snek oleh anak muda. Ianya bermaksud setiap tempat terdapatnya Mcdonald’s adalah kawasan yang tinggi kuasa belinya.

Purata pendapatan di kawasan itu juga mungkin menunjukan peningkatan dengan kehadiran restoran tersebut.

Simpang Renggam merupakan salah satu tempat di Malaysia yang baru menerima kehadiran Mcdonald’s. Jadi kuasa beli di kawasan ini semakin tinggi dan rakyat mampu mendapatkan Big Mac dengan harga yang ditawarkan.

Pembukaan Econsave, KFC dan PizzaHut membuktikannya apabila ketiga-tiga premis perniagaan tersebut masih lagi bertahan sehingga ke hari ini di Simpang Renggam.

Jadi ambil perkara positif daripada isu ini dengan tenang apabila masyarakat yang berada di ranah luar bandar suatu ketika dulu sudah mampu miliki kuasa beli tinggi.

Bahkan ianya bakal merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

Oleh itu jika tempat anda sudah disinggahi Mcdonald’s, anggaplah kuasa beli kawasan itu meningkat dan membawa makna pendapatan juga meningkat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.