Bangsa Melayu agak menyukai dengan budaya Turki. Tetapi tidak ramai yang benar-benar menghayati pemakanannya, apatah lagi mengetahui sejarahnya.
Dan perkara ini sangatlah difahami oleh kerana sumber ilmiah yang terhad melainkan dalam bahasa Inggeris. Umumnya Turki ialah sebuah republik yang 63.8% Islam. Jadi bulan Ramadan memanglah penting bagi mereka.
Kalau lihat sejarah, Turki mengamalkan pemakanan yang agak bercampur baur. Makanan yang disajikan di atas meja mereka mempunyai kucupan Asia Tengah, Timur Tengah, Eropah Timur, Armenia dan Balkan.
Dan perkara ini tidak pelik langsung, kerana Turki bagaikan berada di buaian dengan tangan kiri menyentuh Eropah sementara tangan kanan memaut Timur Tengah.
Walaupun ini menjaminkan pertukaran budaya, Turki juga perlu bersiap-siaga dengan angkatan ket3nt3raan yang kuat kerana kesan limpahan. Timur Tengah tidak pernah sama sekali kekal aman.
Isu Syria sekarang ini sedang memberi kesan terhadap Turki. Jika Eropah Timur bergolak, kesannya jelas juga. Manakala Turki juga tidak mengamalkan persahabatan mutlak bersama Rusia.
Dan masalah diplomasi sebenarnya telah lama menjadi tenunan pembudayaan Turki, sekaligus memberikan kesan dalam pemakanan.
Kalau dilihat di Bursa, Istanbul dan Izmir, pemakanan Turki mempunyai perkaitan jelas daripada imperialisme Uthmaniyah. Mereka menggunakan rempah-rempah ringan dalam nasi, bukannya bergantung dengan gandum bulgur misalnya.
Terung dan ikan juga digabungkan dalam diet semasa.
Bagi wilayah yang hampir dengan Laut Hitam, ikan seperti hamsi (bilis) memainkan peranan besar. Manakala Adana, Gaziantep dan Urfa mewarisi baklava, kadayif, kunafa dan kebab daripada Timur Tengah.
Jadi untuk mengikatkan satu makanan bagi bangsa Turki, ia satu kemustahilan kerana Turki walaupun republik bagaikan berfungsi seperti empayar.
Uthmaniyah seolah-olah masih hidup dengan Turki, cuma dikerdilkan sahaja. Walaupun kecil, minyak zaitun masih lagi dijadikan pelincir masakan utama, terutamanya dengan sempadan Laut-Laut Aegean, Marmara dan Mediterranean yang kaya dengan sayur, herba dan ikan.
Turki juga mempunyai 193 jenis keju yang kebanyakannya dibuat daripada susu kambing. Bagi sesetengah orang, keju sesuai dijadikan sahur (kerana mereka tidak mampu makan banyak sebelum 4:30 pagi (waktu Subuh).
Ada yang memakan keju sebagai makanan berbuka puasa kerana tidak mahu terlalu berat semasa mengerjakan Maghrib bermula 8:02 malam. Jadi keju yang berbagai jenis boleh dijadikan makanan sama ada sahur atau berbuka.
Tetapi bagai yang “melantak seperti tiada iman” (figure of speech saja), keju tidak mungkin boleh kenyangkan perut.
Di sinilah datangnya nasi pilav. Seperti bangsa Rusia, resepi Pilav diimport daripada negara-negara Islam seperti Asia Tengah. Turki mempunyai satu senarai panjang jenis pilav seperti tomato, daging, ayam, terung dan sebagainya.
Dikhabarkan tidak ramai yang mengamalkan pemakanan berat semasa sahur (satu perkhabaran yang semestinya tidak menyeluruh langsung pun).
Tetapi kalau dilihat meja makan mereka semasa berbuka puasa, mungkin ada kebenaran di sebalik perkhabaran tersebut.
Terung, kacang kuda dan sayur dalam keadaan kuah basah dan kering, digaulkan pula dengan roti, semestinya mampu memberikan zat-zat penting untuk meneruskan kehidupan harian.
Mungkin disebabkan ini juga wanita-wanita Turki dikatakan akan sibuk bermula Asar.
Melihat selera Turki yang besar ini, tidak peliklah mereka mampu mengekalkan konsistensi dari segi diet dan zat. Cuma setiap tekak tidak sama. Ada yang meminati cara pemakanan Barat pun semasa berbuka puasa iaitu daging berkuah serta ubi lecek.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih