Bagi sesiapa yang pernah dihantar oleh ibu bapa untuk belajar seni muzik terutamanya mempelajari permainan instrumen piano, kertas skor dan irama Piano Sonata yang merangkumi bahagian Alla Turca pasti sudah tidak asing lagi bagi mereka. Namun tahukah anda sejarah dan asal usul skor muzik karya Mozart ini?
Alla Turca adalah gerakan ketiga dan terakhir dari komposisi Piano Sonata No. 11 di A major (K. 331 / 300i). Ia juga dikenali sebagai “Turkish Rondo” dan “Turkish March”. Kemungkinan besar dicipta oleh Mozart di Vienna atau Salzburg sekitar tahun 1783 (walaupun beberapa sumber mencadangkan Paris sebagai lokasi asal dan 1778 sebagai tarikh).
Rondo itu diberi gelaran oleh Mozart sendiri sebagai Alla turca kerana karya itu menggunakan corak melodi dan irama khas yang ditiru dari kumpulan pancaragam Mehter tentera Janissari Uthmaniyyah. Irama ini sangat popular di Eropah pada akhir abad ke-18.
Pengaruh Turki terhadap muzik barat datang melalui muzik yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam tentera Turki Uthmaniyyah atau lebih dikenali sebagai ‘Mehter’ yang pada masa itu merupakan satu-satunya pancaragam tentera yang wujud di Eropah.
Suatu ketika dahulu ia amat popular di kalangan komposer muzik barat seperti Mozart hingga beliau menulis karya muziknya dengan gaya Turki (alla Turca), muzik Turki pada masa itu dikenali melalui kumpulan mehter dalam pasukan tentera mereka.
Itulah sebabnya karya muzik yang dipengaruhi oleh Turki dan dihasilkan oleh komposer seperti Mozart, Beethoven atau Strauss berada dalam ‘ritm march’ (rentak perarakan) sebagaimana nama-nama gelaran diberikan untuk irama sebegini, contohnya Turkish March.
Pengaruh muzik Turki yang lain pada muzik klasik barat juga dapat dilihat dalam format ketenteraan/pancaragam : penggunaan gendang, symbal, penglibatan instrumen tembaga, ciri monumental simfoni muzik, penggunaan rentak Turki dan lain-lain.
Kumpulan Mehter ‘Uthmaniyyah, yang meningkatkan perasaan takut dalam jiwa mvsuh pada masa per4ng menjadi sumber inspirasi bagi orang Eropah, yang sangat mempengaruhi gaya muzik mereka
Turquerie adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada satu trend di Eropah abad ke-17 yang cenderung terpengaruh dengan pelbagai elemen Turki, ia muncul dalam banyak bentuk, dari fesyen, kulinari, hinggalah ke bidang seni di Eropah.
Turquerie memiliki pengaruh yang jelas terhadap muzik, yang merupakan salah satu bentuk seni yang paling ketara sejak abad ke-17. Ketika fesyen Turki tersebar, salah satu perkara yang paling menarik minat orang Eropah adalah kumpulan pancaragam t3nt3ra Uthmaniyyah, atau Mehter.
Perkataan mehter, atau mihter dalam bahasa Parsi, mewakili gabungan antara perkataan akbar (lebih besar) dan azam (sangat hebat, tinggi) dalam bahasa Arab. Kata jamaknya adalah “mehteran.”
Tempat di mana Mehter berlatih dikenali sebagai mehterhane.Ketika pemuzik Barat mendengar lagu-lagu Mehter, mereka membentuk gerakan muzik yang dikenali sebagai Alla Turca, yang bermaksud gaya Turki dalam bahasa Itali. Hampir 150 karya opera dan balet yang berkaitan dengan peristiwa mengenai orang Turki ditulis pada abad ke-18 di Eropah.
Bagi orang Turki, bahkan sebelum munculnya Empayar Uthmaniyyah, kumpulan mehter adalah simbol kedaulatan. Oleh itu, terdapat pelbagai alat muzik seperti gendang yang akan sentiasa berada di mana jua sultan berada, dan persembahan kecil yang disebut upacara nevbet dilakukan pada waktu-waktu tertentu yang diperlukan.
Sultan Kayqubad III dari Kesultanan Rum yang merdeka dari Empayar Seljuk menghadiahkan sebuah gendang, bersama dengan bendera dan sepanduk, kepada Osman Gazi, pengasas Empayar Uthmaniyyah, sebagai tanda pengiktirafan terhadap kedaulatan kerajaan beyliknya.
Peranan utama kumpulan mehter adalah memainkan lagu-lagu per4ng sebagai persiapan bertempvr di medan per4ng. Mereka mendorong para prajurit untuk lebih bersemangat dan dinamik dalam pertempvran, membuat mereka kekal bermoral, berdisiplin tinggi, patriotik dan menanamkan rasa takut pada mvsuh mereka melalui irama-irama yang penuh semangat ke-Turki-an
Ketika mereka sedang mengepvng kubu mvsuh, ser4ngan dilakukan pada selang waktu tertentu untuk merob0hkan benteng kubu. Tune yang berbeza dimainkan oleh mehter untuk memastikan kelancaran pengumpulan semula pasukan t3nt3ra dan yang lain untuk memberi isyarat rehat. Semua komposisi ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan jiwa dan rohani para pejuang.
Muzik boleh memberi kesan positif dan negatif kepada haiwan semasa pertempvran. Orang Turki menyedari bahawa terdapat beberapa melodi menjadikan haiwan lebih cekap dalam per4ng. Kuda akan lebih aktif ketika mendengar irama tertentu dimainkan Mehter dan, seperti tentera, mereka akan bertambah berani, membesar dan tiada rasa takut terhadap mvsuh.
Melodi kepahlawanan yang dimainkan semasa pergi berper4ng dicipta berdasarkan idea untuk menanamkan semangat dan keberanian dalam jiwa pasukan serta menimbulkan rasa ketakutan pada jiwa mvsuh semasa pertempvran. Pengaruh muzik mehter bukan sahaja kepada tentera tetapi haiwan juga dipercayai menerima kesannya.
Semasa pertempvran, tangisan ribuan t3nt3ra, bunyi langkah kaki kuda dan kebingitan bunyi pedang bertembung pedang menyebabkan suasana kacau bilau yang cukup besar. Ditambah lagi dengan alunan irama Mehter menyebarkan rasa gerun di kalangan barisan jeneral mvsuh.
Sejarawan Barat menyatakan bahawa bunyi gendang, kös (gendang besar), naqqara (gendang Timur Tengah dimainkan secara berpasangan) dan zurna (serunai), bunyi kuda dan tentera menyebabkan rasa ngeri yang cukup kuat untuk menakutkan mvsuh.
Tentera Uthmaniyyah tidak lagi dilihat sebagai elemen ketakutan setelah tamparan yang mereka terima dalam Pengepvngan Vienna yang kedua (1683). Ketakutan digantikan oleh rasa ingin tahu dan kekaguman, dan pancaragam Mehter menjadi salah satu sumber kekaguman ini. Ketika komposer Jerman, Richard Wagner mendengar lagu-lagu Mehter, dia tidak boleh tidak mengatakan, “inilah yang dinamakan muzik yang sebenar.”
Orang Eropah tidak dapat melupakan kehebatan dan keagungan lagu-lagu dari muzik Mehter untuk jangka waktu yang panjang. Sehingga tahun 1700-an, jenis muzik pancaragam tentera Eropah kebanyakannya terdiri daripada penggunaan instrumen angin (yang ditiup).
Pada pertengahan tahun 1700-an, Mehter sangat digemari dari segi pakaian, alat muzik dan lagu-lagu mereka; dan kumpulan quasi-Mehter ditubuhkan untuk tentera di Eropah, terutamanya di Prussia, Rusia dan Austria, beberapa di antaranya bahkan memainkan irama gaya ‘Turkish March’.
Mereka mula mengambil irama asas dari muzik Mehter untuk alat perkusi mereka. Itu adalah titik perubahan untuk muzik ketenteraan dan juga muzik klasikal. Seiring peredaran waktu, mereka membawa perubahan pada muzik ketenteraan, menjadi asas kepada kumpulan pancaragam ketenteraan hari ini.
Wolfgang Amadeus Mozart adalah komposer yang memperkenalkan istilah “Turk” kepada muzik semasa zaman klasikal dari mana istilah Turquerie muncul. Dia merasa kagum setelah mendengar kerancakan irama dimainkan pasukan Mehter Turki yang tiba di Vienna bersama utusan Uthmaniyyah. Oleh itu, dia menulis banyak skor sonata, konserto dan opera menggunakan piano dalam gaya “Alla Turca”.
Mozart, yang karya seninya merangkumi kisah-kisah dongeng magikal dari Timur, menambahkan lebih banyak instrumen perkusi untuk karya-karyanya di bawah pengaruh Mehter dan membuat muzik Turki sesuai mengikut pemahamannya sendiri. Dengan cara ini, dia mengeluarkan pendengar dari suasana muzik Barat klasik dan mengheret mereka ke suasana eksotik.
.“Rondo-Alla Turca,” bahagian terakhir dari Piano Sonata No. 11 (K. 331), yang ditulisnya di Paris pada tahun 1778, dan “Die Entführung aus dem Serail” (“Penculikan dari Seraglio”), yang dia hasilkan pada tahun 1782, adalah antara karya paling terkenal dalam gaya ini. Sebagai tambahan, motif muzik Turki boleh dikesan dalam banyak karya piano opera nya yang lain.
Dalam komposisi ini, seseorang boleh memerhatikan harmoni statik, berulang antara not major dan minor, timbrel yang bingit dan kord bass yang lunak cuba mencerminkan elemen perkusi Mehter.
RUJUKAN:
Quora – Why is Wolfgang Mozart’s “Rondo Alla Turk” Called As Turkish March?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih