Sangat sayu tengok keadaan mαηgsα banjir sekarang. Air bah naik terlalu cepat sampai orang ramai tidak sempat berbuat apa-apa.
Selalunya paras dada dianggap keadaan terlalu kritiκαl. Ini sampai rumah, contohnya di Mentakab, boleh tenggelam habis – seolah-olah tengok filem beηcαηα pula.
Kejadian ini menunjukkan yang monsun adalah musim sentiasa memberi cabaran kepada manusia… selama ratusan ribu tahun.
Kumpulan saintis daripada Institut Max Planck baru-baru ini menjalankan kajian di zon monsun sekitar Gurun Thar, yang terletak dalam negeri Rajasthan, India.
Bukti arkeologi seperti kαραk dan pαrαηg batu menunjukkan kewujudan manusia prasejarah di kawasan ini.
Hasil ujian magnetik mendapati peralatan-peralatan batu di sini adalah sekurang-kurangnya 500,000 tahun (Misra, 2001).
Memandangkan rangka fosil terlalu sedikit, penemuan peralatan ini sudah cukup untuk mengenal pasti 1) cara manusia prasejarah manusia sini hidup dan 2) halangan manusia prasejarah sini tempuhi dulu.
Angka Penting Dalam Prasejarah
Masa adalah perkara sangat penting dalam menentukan taburan prasejarah. Kerana melalui masa, saintis boleh tahu tentang penetapan (settlement) dan penghijrahan (migration).
Kedua-dua perkara ini diutamakan saintis kerana banyak bercerita tentang persoalan-persoalan susulan. Kalau menetap, mereka makan apa? Kalau berhijrah, mereka pergi mana (dan kenapa pergi situ)?
Perkara-perkara ini yang membuktikan kewujudan (dan kepintaran) manusia prasejarah. Contohnya, manusia prasejarah bermigrasi ke Australia ketika dunia masuk zaman ais (glaciation period).
Kalau di Rajasthan, saintis mendapati kewujudan manusia prasejarah… sampai 177,000 tahun lalu. Maksudnya, ada sesuatu yang berlaku 177,000 tahun lalu, membuatkan manusia prasejarah tidak lagi menetap di situ.
Tapak Singi Talav di Rajasthan terletak berhampiran dengan sebuah tasik. Tapak ini mula digali sekitar 1980-an.
Teknologi pentarikhan pada masa itu masih lagi lemah. Malah pengetahuan prasejarah pun sangat lemah, membuatkan ramai salah sangka manusia prasejarah bergelagat seperti beruk… sekali gus menjadi kαηser pemahaman yang membelenggu ramai orang.
Jadi saintis terdahulu tidak tahu dari segi aspek masa. Apabila teknologi radiokarbon dan magnetik bertambah maju, barulah semua ilmu diselongkar habis. Dan sekarang timbul persoalan apa yang berlaku sekitar 177,000 tahun dahulu.
Rupa-Rupanya Monsun
Gurun Thar terletak di pesisiran sistem monsun musim panas. Kira bayangkan aktiviti langit yang menyebabkan monsun itu seperti sebuah tasik – Gurun Thar berada di tebing sebelah barat.
Dengan mengkaji fosil-fosil tumbuh-tumbuhan (bahasa saintifik: phytolith), saintis mengenal pasti bahan kimia geologi dalam bentuk tanah. Daripada sini, mereka belajar tentang ekologi alam pada masa itu.
Disiplin kajian phytolith apabila disatukan dengan arkeologi mendedahkan banyak perkara.
Salah satu perkara tersebut adalah mengenai monsun itu sendiri. Monsun mempengaruhi kehidupan prasejarah dalam kalangan manusia zaman purbakala. Musim ini sentiasa berlaku setiap tahun seperti biasa.
Namun 177,000 tahun lalu, musim monsun memberi kesan persekitaran yang mengganggu imbangan populasi prasejarah (Blinkhorn, et al., 2021).
Maka di Gurun Thar, manusia prasejarah menempuhi cabaran alami yang sangat besar. Perkara ini mempengaruhi perkembangan teknologi batu yang digunakan dalam bentuk peralatan manusia prasejarah.
Monsun rupa-rupanya banyak memberi kesan demografi yang dikenal pasti sekarang melalui tingkah laku (behavior) prasejarah.
Setelah tahu pasal perkara ini, saintis sekarang sedang gigih mencari punca monsun itu sendiri. Selama mana manusia prasejarah berada di Gurun Thar, elok saja hidup. Tiba-tiba 177,000 tahun lalu, semuanya terjejas. Apa yang berlaku? Banjir? Tanah runtuh? Hilang sumber makanan?
RUJUKAN:
Blinkhorn, J., et al. (2021). Constraining the chronology and ecology of Late Acheulean and Middle Palaeolithic occupations at the margins of the monsoon. Scientific Reports. 11 (1).
Misra, V.N. (2001). Prehistoric human civilization of India. J Biosci. 26 (4): 491-531.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih