Raden Wijaya (juga dikenali sebagai Nararya Sangramawijaya) adalah pengasas Kerajaan Majapahit. Selain dikenang sebagai orang yang mendirikan Majapahit, Raden Wijaya juga terkenal dengan kemenangannya melalui strategi licik dan tipu daya ke atas pasukan ekspedisi Mongol yang dikirim oleh Dinasti Yuan dari China ke pulau Jawa. Setelah Raden Wijaya mengalahkan ten-tera Kublai Khan dengan taktik yang tidak dijangka, dia memperoleh kedudukan sebagai pemerintah terkuat di Jawa.

Kerajaan Majapahit didirikan pada tahun 1293/1294 Masehi, dengan tertabalnya raja pertama, Raden Wijaya, ke atas takhta. Sebagai pemerintah kerajaan ini, dia dikenali dengan gelaran dirajanya sebagai Kertarajasa Jayawardhana. Pusat pemerintahannya terletak di pulau Jawa, khususnya di bahagian timur.

Sebelum Raden Wijaya berkuasa, kekuasaan yang dominan di pulau Jawa adalah Kerajaan Singhasari. Pada tahun 1268, Kertanagara menjadi raja Singhasari yang baru. Selama pemerintahannya, pada tahun 1289, tuntutan supaya Singhasari mengirim bayaran penghormatan kepada Kublai Khan ditolak. Bahkan delegasi Mongol dihina dan diceder4kan, ini mendorong Dinasti Yuan melancarkan ekspedisi punitif terhadap kerajaan tersebut.

Sebelum ketibaan armada ekspedisi Mongol, satu pemberon-takan telah tercetus di Singhasari, yang diketuai oleh Jayakatwang dari Kediri, negeri naungan Singhasari. Meskipun Kertanagara berusaha untuk menghentikan pemberon-tak, dia akhirnya terbu-nuh dalam pertem-puran, lalu Jayakatwang mendirikan Kerajaan Kediri.

Kerajaan Janggala dan Panjalu (Kediri), kemudian disatukan sebagai kerajaan Kediri.

Salah seorang anggota kerabat kerajaan Singhasari yang terselamat dan masih hidup adalah Raden Wijaya yang melarikan diri ke Madura, di mana dia merancang dari jauh untuk mendirikan kerajaan baru. Pasukan ekspedisi Mongol hanya tiba di Jawa pada tahun 1292, dan pada waktu itu perubahan itu telah pun berlaku.

Wakil Raden Wijaya telah bertemu dengan pasukan ekspedisi, dan memberitahu para panglima Mongol mengenai pemberon-takan Kediri dan kema-tian Kertanagara. Satu pakatan terbentuk antara Raden Wijaya dan pasukan Mongol, kerana mereka menganggap Jayakatwang sebagai mvsuh bersama.

Sebagai balasan atas bantuan keten-teraan mereka terhadap Jayakatwang, Raden Wijaya berjanji untuk menunaikan bayaran penghormatan kepada Khan Agung merangkap Maharaja Dinasti Yuan, Kublai Khan.

Oleh itu, pada tahun 1293, satu kempen dilancarkan bagi menye-rang ibukota Kediri, di mana 5000 nyawa ten-tera Kediri dilaporkan terk0rban, dan Jayakatwang telah menyerah diri. Raden Wijaya kemudian meninggalkan sekutu barunya itu untuk pulang ke daerah asalnya, kononnya untuk mempersiapkan bayaran penghormatan untuk dibawa kembali ke China.

Sebaliknya, Raden Wijaya bertindak mengumpul dan menggerakkan pasukan ten-teranya, dan melancarkan se-rangan mengejut terhadap pasukan ekspedisi Mongol ketika mereka leka meraikan kemenangan mereka. Dalam keadaan terkejut, bingung dan tidak bersedia itu, ramai askar Mongol terbu-nuh, dan yang lain melarikan diri kembali menaiki kapal mereka.

Kerajaan Majapahit

Namun sebahagian kapal telah dimusnahkan hingga memaksa sebilangan kecil ten-tera Mongol cuba melarikan diri melalui jalan darat, ada yang mendakwa mereka ma-ti lemas semasa cuba menyeberang ke Sumatera.

Jelas, ten-tera Mongol dari awal lagi telah lemah dan mengalami kejatuhan moral bahkan sebelum tiba di Jawa lagi, pasukan ekspedisi ini tidak berada dalam posisi yang memihak mereka untuk melancarkan se-rangan balas, maka mereka pun berlayar kembali ke China.

Raden Wijaya kemudian dinobatkan sebagai raja dan dia mendirikan Kerajaan Majapahit. Bagi mengukuhkan kedudukannya di takhta, dia menikahi empat anak perempuan Kertanagara, Shri Parameshwari Dyah Dewi Tribhuwaneshwari, Shri Mahadewi Dyah Dewi Narendraduhita, Shri Jayendradewi Dyah Dewi Prajnaparamita dan Shri Rajendradewi Dyah Dewi Gayatri.

Patung Parvati sebagai gambaran Tribhuwanottunggadewi

Sepanjang pemerintahannya, sejumlah pemberon-takan meletus, meskipun Raden Wijaya berhasil menjatuhkannya, lantas mempertahankan Kerajaan Majapahit yang baru ditubuhkan, Raden Wijaya meninggal dunia pada tahun 1309, dan digantikan oleh Jayanagara, yang merupakan anaknya dengan Shri Parameshwari Dyah Dewi Tribhuwaneshwari.

Menurut lagenda, sejurus selepas kemenangan mereka mengusir pasukan Mongol, ten-tera Raden Wijaya ketika sedang membersihkan tanah, mereka menemui buah pahit yang dikenali sebagai buah ‘maja’. adalam bahasa Indonesia, perkataan ‘pahit’ adalah pahit, dan kombinasi kata sifat ini, pahit dan nama buah maja, menghasilkan nama ‘Majapahit’.

Mengapa Ten-tera Mongol Kalah?

Empayar Mongol memiliki angkatan ten-tera yang terkuat hingga mereka menak-luki sebahagian besar daratan Eurasia di samping secara bersendirian mereka mampu menundukkan begitu ramai ten-tera lawan. Walau bagaimanapun, operasi mereka di Asia Tenggara dan kempen maritim sentiasa menjadi masalah bagi ten-tera Mongol.

Pada tahun 1293 kedua-dua cabaran ini wujud di dalam satu kempen, iaitu se-rangan ke atas Kepulauan Jawa yang akhirnya menjadi benc4na bagi Mongol. Ia berada agak jauh di pinggir dunia yang dikenali bagi Mongol dan terbukti terlalu sukar untuk menanganinya.

Ini merupakan kisah yang mengelirukan dan tidak dilaporkan dengan baik tetapi ia satu gambaran yang baik tentang apa yang boleh berlaku sekiranya satu kuasa yang kuat cuba bergerak ke wilayah yang tidak biasa dilalui mereka dan menghadapi mvsuh yang bertem-pur dengan kaedah dan geografi muka bumi yang berbeza.

Mengapa ia boleh berlaku? Kublai Khan, Khan Agung yang tidak formal untuk Empayar Mongol merangkap Maharaja Dinasti Yuan di China, telah mengirimkan delegasi ke beberapa buah kerajaan dan negeri bagi menuntut mereka membayar ufti penghormatan sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Mongol. Kebanyakan dari kerajaan-kerajaan ini akur, bagi yang melawan, pasti akan dihapvskan.

Justeru, salah satu delegasi Mongol-Yuan tersebut tiba di Pulau Jawa sekitar tahun 1289, yang dibawah Kerajaan Singhasari, yang diperintah oleh Raja Kertanegara pada waktu itu. Kertanegara menganggap Kublai Khan bersikap kurang adab apabila menuntut penghormatan.

Kublai Khan

Jadi, berdasarkan sumber sejarah, dia membuatkan wajah delegasi Mongol itu dibakar dengan cara ditekan oleh besi yang dipanaskan dan dipercayai telinganya dipotong sebagai hvkuman yang dianggap hanya setara untuk penjen4yah biasa sebelum dia mengirim mereka kembali ke China.

Dalam tradisi Mongol sebelum era Genghis Khan lagi, seorang utusan atau delegasi dianggap sebagai seorang manusia yang suci dan tidak patut diapa-apakan, hampir kesemua Khan Mongol amat patuh pada pantang ini. Maka, Kublai Khan menganggap se-rangan terhadap delegasi yang dia kirim itu sangat menghin4 dan oleh itu dia memerintahkan ekspedisi punitif (hvkuman) dilaksanakan terhadap Raja Kertanegara.

Mereka mengambil masa tiga tahun untuk mengumpulkan armada se-rangan yang meliputi 20 000 hingga 30 000, yang mungkin didominasi pasukan ten-tera Han China dan berbagai etnik diangkut oleh 1000 kapal. Turut dibawa bekalan gandum untuk tempoh setahun dan sejumlah besar wang perak. (Paul Michel Munoz dalam Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and Malay Peninsula memetik sumber-sumber Yuan yang tanpa rujukan menyatakan angka 100 000, termasuk pasukan berkuda.)

Struktur perintah keten-teraan Mongol adalah agak menarik, dengan panglima bernama Shi-pi, seorang veteran pe-rang yang pernah meme-rangi Dinasti Song secara keseluruhannya mengetuai seluruh angkatan. Pasukan darat diperintah oleh seorang Cina Han, Kao Xing yang mungkin bukan seorang panglima mvsuh yang dikalahkan oleh kempen Mongol menentang Song sebelum itu.

Manakala pasukan ten-tera laut berada di bawah seorang panglima berbangsa Uighur, bernama Ikh-Musu (disebut Ike Mese), dia mungkin dipilih kerana pengalamanmya memerintah angkatan ten-tera dan bukan kerana kemahiran maritimnya, walaupun pelayar paling terkenal di China, Laksamana Zheng He juga berasal dari geografi kawasan pedalaman China.

Teori Kekalahan Mongol

Armada itu berangkat dari selatan China dan menyusuri sepanjang luar pantai Vietnam moden. Ada beberapa pertikaian dari sumber mengenai dakwaan samada armada itu cuba mendarat di Champa dan ditolak atau adakah armada itu menuju terus ke Nusantara.

Armada Mongol melintasi Kepulauan Indies (Indonesia hari ini)

Salah satu sumber melangkah lebih jauh dengan mencadangkan bahawa Kertanegara telah menempatkan pasukan ten-tera di Champa untuk menghalang mana-mana armada dan oleh itu keputusan untuk mengelak dari mendarat di lokasi itu benar-benar memihak kepada armada Mongol.

Pasukan Mongol tiba di Tuban, Jawa pada awal tahun 1293 walaupun kita tidak dapat menemui tarikh yang tepat. Yang pasti adalah pelayaran itu sangat sukar dan ten-tera dalam keadaan yang lemah. Sebelum turun, panglima Mongol menghantar utusan untuk memantau apa yang berlaku di daratan.

Para utusan itu kemudian diberitahu bahawa Kertanegara telah ma-ti, dibu-nuh oleh pemimpin negara naungan Singhasari, iaitu Adipati dari Kediri, Jayakatwang yang telah menjadi kuasa baru di daerah itu. Menantu Kertanegara, Raden Wijaya, membuat perjanjian dengan Mongol bahawa jika ten-tera Mongol membantunya merampas kembali kuasa, maka dia akan bersumpah setia kepada Khan Agung. Ini mungkin dilihat sebagai peluang yang lebih baik bagi panglima Mongol.

Armada itu pergi ke Surabaya dan bertem-pur dengan angkatan laut armada Jawa yang berada di sana. Ada kemungkinan bahawa kapal-kapal ini adalah tongkang bertenaga dayung yang nampaknya tiba dan menaiki kapal Mongol.  Setelah pertembungan itu, panglima Mongol melepaskan sejumlah besar ten-tera daratnya untuk melancarkan kempen di darat sementara armada itu berlayar ke Sumatera untuk menuntut raja-raja di sana tunduk kepada Mongol.

Walaupun jaraknya tidaklah jauh berdasarkan peta, kapal tetap memerlukan waktu yang lama untuk menyelesaikan tugas ini kerana arah angin haruslah sesuai. Armada juga perlu dibaikpulih dengan cepat juga untuk bersiap sedia bagi pelayaran ini.

Panglima Mongol mungkin terlalu yakin akan kejayaan atau mungkin ‘sekutu’ Jawanya yang baru sengaja membiarkan armada itu dijauhi dari pasukan darat. Armada Mongol menjalankan tugas mereka dengan baik dan meraih janji setia kerajaan di Sumatera dengan cara mengambil tebusan dari kalangan anggota kerabat diraja. Tidak jelas kerajaan yang manakah didesak oleh Mongol.

Pemandangan terkini di Sungai Brantas

Kempen daratan yang sebenar dimulakan dengan ten-tera Mongol menuju lembah Sungai Brantas ke Kediri. Pasukan Raden Vijaya kononnya menyasarkan pasukan pengawal Kediri yang terpencil sementara pasukan Mongol akan menumpukan pada ten-tera Kediri.

Ten-tera Jayakatwang secara efektif disapu oleh Ten-tera Mongol dari utara dan pasukan Raden Wijaya dari timur. Tidak jelas bagaimana kemenangan diperoleh tetapi nampaknya pasukan Jayakatwang gagal mengatasi jumlah kekuatan kedua-dua pasukan lawan dan turun berpe-rang dalam pertem-puran pada bulan Mac 1293. Tanpa ten-tera, Jayakatwang kekal bertahan di Kediri yang dikepung oleh Mongol dan dia ditangkap di istananya pada 26 April 1293.

Selepas kemenangan ini, Raden Wijaya memainkan peranan sebagai tuan rumah. Dia meyakinkan Shi-pi bahawa dia perlu kembali ke daerah asalnya untuk menyediakan bayaran penghormatan untuk Khan Agung. Beberapa sumber mengatakan bahawa pengawal pengiring Mongol seramai 200 orang membawa senjata manakala sumber yang lain mengatakan mereka tidak bersenjata.

Penulis berpendapat bahawa mereka bersenjata, atau jika tidak sekali pun, mereka mungkin meninggalkan senjata mereka di suatu tempat dan mereka masih bergerak melalui kawasan yang baru menjadi medan tem-pur.

Penulis mengesyaki bahawa kisah pasukan ten-tera yang tidak bersenjata itu jika benar memang sezaman dengannya, adalah disebarkan bagi merendahkan Shi-pi kerana telah dipe-rangkap dan tidak membalas dendam terhadap anak buahnya yang tidak berdaya dalam misi untuk mendapatkan penghormatan, sebuah misi yang wajib dilakukan pada waktu itu.

Pasukan Mongol yang diperdaya Raden Wijaya memulakan pengunduran dari pertem-puran di timur laut ke Surabaya. Ten-tera menaiki kapal dan setelah beberapa pertimbangan pasukan Mongol memutuskan bahawa tindakan keten-teraan selanjutnya bukan tindakan yang bijak dan mereka berlayar kembali ke China.

Pemimpin ekspedisi itu mungkin mempunyai beberapa alasan kukuh kerana Kertanegara telah ma-ti dan penghinaan awal telah dibalas. Namun, Kublai Khan tidak berpuas hati dengan alasan seperti itu lalu memerintahkan Shi-pi serta Kao Xing disebat dan sepertiga harta mereka disita, walaubagaimanapun mereka berdua akhirnya diampunkan.

Ikh-musu dikurniakan anugerah di atas jasanya mencegah malape-taka itu dari berterusan. Tawanan dari Sumatera diizinkan pulang ke kampung halaman sementara tawanan Jawa dibawa pulang ke China, kecuali Jayakatwang yang telah dibu-nuh oleh ten-tera Mongol semasa dalam pelayaran.

Tetapi, adakah kekalahan itu tidak dapat dielakkan? Berdasarkan hvkum kebarangkalian, pencer0bohan itu tidak kelihatan positif hingga melemahkan moral ten-tera, kerana Mongol telah pun mengalami kekalahan atau menghadapi masalah besar dengan ekspedisi lain di Asia Tenggara dan kempen maritim terhadap Jepun yang berakhir dengan kegagalan.

Raden Wijaya

Peman4h Mongol juga mungkin mengalami masalah dengan busur mereka kerana mereka mempunyai masalah untuk menggunakannya di wilayah yang diliputi tropika. Namun penjelasan ini tidak boleh jadi sandaran kerana Mongol telah meme-rangi pasukan Jayakatwang tanpa sebarang masalah.

Sudah tentu, pihak Mongol telah ditipu dan mungkin dalam keadaan yang terlalu lemah, jadi mereka tidak mampu bertindak balas dengan baik. Penulis juga berpendapat bahawa selain keletihan mereka, persekitarannya juga tidak sesuai dengan taktik pergerakan mereka, ditambah pula ten-tera mungkin tidak memiliki ramai askar berbangsa Mongol, mereka tidak berada di posisi yang baik untuk merebut inisiatif itu.

Fakta tentang mereka berjaya berundur dari pertem-puran dengan selamat seperti yang ditunjukkan melalui angka k0rban sekitar 3000 orang, ia sepatutnya lebih teruk kerana mereka berundur dari wilayah mvsuh dan sedang dise-rang oleh pasukan Raden Wijaya.

Ini mungkin menunjukkan bahawa pasukan Mongol telah bertahan secara berpasukan dengan begitu baik dengan menunjukkan disiplin yang lebih tinggi terhadap angkatan ten-tera mvsuh yang lebih besar yang mengekori mereka. Menurut sumber Mongol, Kublai Khan sendiri menyatakan sekiranya Mongol berjaya menak-luki Jawa ketika itu, seluruh kerajaan-kerajaan di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu akan turut dijadikan ja-jahan Mongol.

RUJUKAN:

Man, John (2007), Kublai Khan: The Mongol king who remade China, London: Bantam Books.

Groeneveldt, Willem Pieter (1876). Notes on the Malay Archipelago and Malacca Compiled from Chinese Sources. Batavia: W. Bruining.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.