Mesir Purba dan peradabannya kaya dengan budaya dan kepercayaan yang langka, walau adakalanya ia kelihatan aneh pada pandangan kita. Bagi mereka, setiap satunya mengandungi makna yang mendalam lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kepercayaan agama.

Antara tradisi paling utama bagi mereka ialah mumifikasi. Umumnya, amalan mengawet ma.yat bukanlah sesuatu yang asing bagi tamadun-tamadun di dunia. Namun mumifikasi mengecapi kesempurnaan dalam tamadun Mesir Purba, di mana ia diamalkan selama ribuan tahun.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Melihat daripada sudut bahasa, perkataan ‘mummy’ diambil daripada ‘mumia’ (Bahasa Latin) sambil Bahasa Latin sendiri meminjamnya daripada perkataan mūmiya ( مومياء) dalam Bahasa Arab. Perkataan tersebut didapati berakar daripada perkataan mūm (Bahasa Parsi) yang membawa maksud ‘lilin’.

Perkataan tersebut digunakan bagi merujuk kepada mana-mana ma.yat yang diawet – sama ada secara sengaja mahupun semula jadi – dan tidak hanya mengkhusus kepada mumia Mesir Purba semata-mata. Cuma, tidak dinafikan yang bukan semua mumia mampu menandingi daya tarikan yang dimiliki oleh mumia-mumia yang ada di Mesir Purba.

Antara mumia paling tua di Mesir Purba ialah enam mumia dari zaman pra-dinasti yang dijumpai di Gebelein. Mumia-mumia yang berusia dari tahun 3,4000 SM ini terawet secara semula berkat cuaca dan persekitaran yang kering di Gebelein, sebuah bandar yang berjarak kira-kira 40 km di selatan Thebes.

Keenam-enam mumia Gebelain ini dianggap signifikan kerana ia datang dari peringkat terawal dalam sejarah ketamadunan Mesir Purba, sekali gus memberikan maklumat berkaitan perkembangan tradisi mumifikasi.

Mumia Gebelein merupakan antara mumia Mesir Purba tertua dan kini dipamerkan di Muzium British

Tambahan, tiga daripada mumia tersebut masing-masing ditutupi oleh tikar rumput, kulit haiwan, dan daun kelapa yang mungkin bertujuan membantu proses mumifikasi. Keadaan ini dilihat janggal, kerana rata-rata ma.yat pada era pra-dinasti dikebu.m.ikan dalam keadaan tanpa seurat benang. Amat jarang ia dibalut atau ditutup dengan kain. Apapun, amalan sebegini kemudian mendorong kepada pembentukan kaedah mumifikasi yang lebih rumit.

Bagi masyarakat Mesir Purba, kema.ti.an dan kehidupan sesudah ma.t.i merupakan salah satu elemen penting dalam agama anutan mereka. Mumifikasi, justeru tidak terkecuali. Mereka percaya bahawa ma.y.at perlu dipelihara tubuhnya supaya dapat bangkit semula di alam kema.ti.an.

Kepercayaan ini bertunjang kembali kepada konsep sembilan bahagian jiwa menurut masyarakat Mesir Purba, di mana salah satunya ialah ka, esensi kehidupan atau nyawa. Ketika seseorang individu itu ma.t.i, ka dipercayai keluar meninggalkan jasad. Ia hanya boleh masuk kembali ke dalamnya jika keadaan jasad masih terpelihara.

Jasad yang terpelihara dipercayai dapat bersemuka dengan Osiris di alam kema.ti.an, lalu menyatu kembali dengan jiwanya dan menjalani kehidupan abadi di sana. Justeru, andai jasad tidak dipelihara, maka proses kebangkitan semula tidak dapat disempurnakan.

Mumifikasi atau pemeliharaan jasad dianggap penting kerana ia membolehkan roh mendiang dihakimi oleh Osiris di Dewan Penghakiman, yang menentukan untung nasibnya di alam kema.ti.an

Secara bertahap tetapi pasti, masyarakat Mesir Purba menyempurnakan kemahiran mereka dalam tradisi mumifikasi. Salah satu elemen utama yang membantu mereka ialah natron, sejenis garam yang boleh didapati di Wadi Natrun, sebuah lembah di utara Mesir.

Natron mengandungi sodium karbonat dekahidrat, serta sejumlah kecil sodium klorida dan sodium sulfat. Kombinasi ini membuatkan natron berfungsi sebagai ejen pengering semula jadi yang berkesan, sekali gus amat membantu dalam proses mumifikasi.

Proses tersebut bukan sekadar rumit dan memakan masa yang panjang, tetapi ia juga tidak terlalu menyenangkan. Mumifikasi kebiasaannya dimulakan dengan mengeluarkan otak – sama ada dengan menggunakan sejenis cangkuk yang dimasukkan melalui hidung atau sejenis batang yang digunakan bagi mene.mbu.si tengkorak lalu mencairkan otak.

Setelah tempurung kepala usai dikosongkan, ia diisi dengan campuran wangian dan damar pokok. Campuran ini bertujuan meminimakan bau busuk, di samping menghentikan proses pere.pu.tan sisa cecair otak yang tertinggal pada tengkorak.

Lukisan dinding yang menggambarkan proses mumifikasi

Kemudian, proses mumifikasi berpindah ke bahagian abdomen. Tubuh dibe.d.ah dan organ-organ utama dikeluarkan lalu disapu dengan garam atau natron, sebelum ditempatkan di dalam balang khusus untuk dise.ma.dikan bersama jasad yang telah dimumifikasi. Kebiasaannya, jantung dikecualikan daripada proses ini – ia dibiar tidak berusik. Bahagian tubuh yang dikosongkan ini kemudian diisi dengan campuran yang sama seperti tadi.

Sesudah itu, keseluruhan bahagian jasad disapu dengan natron  dan dibiarkan selama 30 hingga 70 hari bagi menyempurnakan proses dehidrasi. Kemudian, barulah ia boleh diawet dan dimumifikasi – di mana jasad dimandikan, disapu dengan minyak wangi, dan seterusnya diselaputi dengan damar yang bertujuan menguatkan lekatan kain balutan. Bagi golongan atasan, proses mumifikasi diakhiri dengan memakaikan topeng mumia.

Secara umum, proses mumifikasi dibahagikan kepada tiga kelas – iaitu kelas atasan (melibatkan proses yang terperinci seperti di atas), kelas pertengahan, dan kelas bawahan (khusus buat rakyat miskin). Petugas yang menguruskan proses mumifikasi juga dibahagikan mengikut kelas masing-masing, di mana kelas atasan diuruskan oleh pendeta berpangkat tinggi manakala kelas bawahan diuruskan oleh pendeta baru.

Sebahagian keluarga miskin bahkan memilih untuk melakukan sendiri proses mere.pu.tkan ma.y.at sebelum menyerahkannya kepada pihak pendeta untuk diawet. Hal ini lebih utama bagi ma.y.at wanita, kerana kebiasaannya ia dice.ma.ri dengan noda nekro.fi.lia.

Secara tidak langsung, tradisi mumifikasi menggambarkan keadaan sosial masyarakat Mesir Purba. Pada satu sisi, ia memperlihatkan pembahagian kasta yang ketara. Namun pada sisi lain, ia menekankan peri pentingnya kema.t.ian sebagai elemen utama dalam kepercayaan mereka.

Organ dalaman seperti paru-paru, usus dan hati disimpan di dalam empat balang khusus yang mewakili pemeliharaan empat dewa

Masyarakat Mesir Purba tidak hanya mementingkan mumifikasi jasad, tetapi juga organ dalaman. Justeru, ia ditempatkan di dalam empat balang khusus yang dipercayai dilindungi oleh empat putera Horus, iaitu Hapy, Duamutef, Imsety, dan Qebhseneuf.

Masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Hapy si dewa berkepala beruk melindungi paru-paru. Duamutef si dewa berkepala anjing memelihara perut. Usus besar dan kecil dijaga oleh Qebhseneuf si dewa berkepala helang, manakala Imsety yang berkepala manusia pula menjaga hati.

Jantung juga merupakan antara organ dalaman yang penting. Cuma, ia tidak dikeluarkan daripada tubuh supaya dapat ditimbang di neraca Dewi Maat semasa roh men.di.ang berada di Dewan Pengha.kim.an.

Proses mumifikasi dan kepercayaan yang berkaitan dengannya dapat dilihat dengan ketara dalam ma.ka.m firaun, bangsawan, dan golongan atasan. Antara contoh paling utama ialah makam Tutankhamun, firaun tersohor dari Dinasti Ke-18. Walaupun usianya menjangkau hampir 3,300 tahun, keadaan jasadnya diawet dengan agak sempurna.

Ia dipersiapkan dengan segala keperluan untuk mengharungi alam kema.ti.an. Jasadnya dilindungi oleh tiga lapis keranda. Ketiga-tiga kera.nd.a ini pula ditempatkan di dalam sebuah sarcophagus yang ditutupi oleh empat lapisan lain.

Sementara itu, jasad Tutankhamun sendiri dibalut dengan kain linen dan disapu dengan minyak khusus. Setiap lapisan balutan mengandungi barangan berharga yang diperuntukkan buat beliau di alam kema.ti.an. Sehingga hari ini, mumia Tutankhamun dan segala barang perse.ma.di.annya dianggap sebagai salah sebuah penemuan arkeologi terpenting di Mesir.

Mak.am Tutankhamun sewaktu ditemui oleh Howard Carter pada tahun 1922

Proses mumifikasi tidak hanya melibatkan manusia. Haiwan juga menjalani proses yang sama. Sebahagiannya dimumifikasi untuk menjadi peneman tuannya di alam sana. Sebahagian yang lain pula dimumifikasi sebagai sembah kor.b.an buat dewa.

Memandangkan dewa-dewi Mesir Purba mempunyai ciri-ciri atau rupa-paras haiwan, maka haiwan khusus selalu dikor.ba.nkan sebagai bentuk pemujaan. Lingkungan arkeologi misalnya, pernah menjumpai tanah perku.bu.ran yang dipenuhi sepenuhnya oleh mumia haiwan – helang, buaya, angsa, kucing, babun, ikan, luwak, anjing, kumbang, ular, dan banyak lagi. Dianggarkan, tanah perku.bu.ran di Saqqara sahaja menempatkan lebih 500,000 mumia angsa.

Bagi pandangan moden, amalan sebegini mungkin menyebalkan. Namun masyarakat Mesir Purba menerimanya sebagai suatu amalan murni. Mumifikasi, menurut mereka, adalah jalan yang membolehkan jiwa kembali ke alam kem.at.ian.

Sebagai kesimpulan, proses mumifikasi atau pengawetan ma.yat berbeza bagi setiap tamadun. Bagi tamadun Mesir Purba, ia secara tidak langsung menjadi jendela yang membolehkan kita melihat dan menjengah ke situasi sosial pada zaman mereka. Ia menggambarkan kemajuan Mesir Purba dalam sudut perubatan, kerumitan mereka dalam sistem kepercayaan, dan perbezaan kasta dalam ranah kehidupan.

Proses mumifikasi dalam satu gambar


TERJEMAHAN

Aleksa Vučković. (8 Mac 2021). Ready for the Afterlife: The Mummification Process in Ancient Egypt. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.