Manusia banyak menghasilkan inovasi-inovasi yang mengubah dunia untuk selama-lamanya seperti komputer, radio, pesawat dan internet. Tetapi ia masih tidak boleh mengatasi ciptaan-Nya yang terhebat iaitu otak manusia.
Tetapi di sebalik keupayaannya yang hebat, otak yang mengalami kec3d3raan atau laluan neuralnya berubah boleh mengakibatkan seseorang itu berhalusinasi tanpa memerlukan d4d4h.
Mungkin ada menganggap apa yang dilakukan ini sebagai mustahil. Yalah, mustahil bagi seseorang itu berkhayal tanpa sebarang bantuan ubat-ubatan. Tetapi seperti ditunjukkan oleh Scam Nation menerusi pautan YouTube mereka, tiada yang mustahil.
Menurut Scam Nation, seseorang itu boleh berhalusinasi apabila semua derianya dihentikan dan ia boleh dicapai dengan barang keperluan harian seperti alat tulis atau getah. Anda boleh tonton demonstrasi yang dilakukan mereka di bawah
Sesiapa yang mengalami proses penghentian deria, kesan itu akan mula dirasai dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Dalam kes Scam Nation, mereka merasai kesan selepas 20 minit dengan ada melaporkan melihat imej berwarna. Seorang ahli mendakwa mendengar suara orang ketawa sementara seorang lagi mengatakan mendengar bunyi jeritan.
Apa yang dialami mereka ini sebenarnya mengikut prinsip fenomena saintifik yang dikenali sebagai Kesan Ganzfield. Kesan Ganzfield menerangkan apabila seseorang itu terdedah kepada lapangan rangsangan sama dan tidak berstruktur seperti melihat benda berwarna hitam atau mendengar bunyi televisyen statik, otak akan menguatkan bunyi neural bagi mencari isyarat visual yang hilang.
Ia akan mengakibatkan halusinasi visual dan bunyi seperti dialami ahli Scam Nation dalam video mereka. Tetapi perlu diingat, pengalaman setiap orang berbeza apabila berdepan dengan penghentian deria.
Satu mitos yang menyelubungi penghentian deria ialah ketiadaan rangsangan boleh membuatkan seseorang itu menjadi gila.
Tetapi berdasarkan eksperimen yang dijalankan Derek White dari Veritasium, mitos tersebut boleh dianggap mengarut. Eksperimennya ialah meletakkan dirinya dalam kebuk tak bergema yang paling senyap dan berwarna hitam dalam tempoh 45 minit seperti dalam video di bawah:
Dalam eksperimen tersebut, White tidak mengalami pengalaman halusinasi seperti ahli-ahli Scam Nation. Sebaliknya, dia melaporkan dapat mendengar degupan jantungnya dengan lebih kuat sehingga memberi kesan kepada seluruh tubuhnya. Apa yang berlaku di sini ialah otak menguatkan lagi apa yang hilang dalam semua jenis rangsangan deria.
Kesan sama turut dirasai dalam satu eksperimen yang dijalankan pada tahun 2015. Dalam eksperimen tersebut, peserta perlu merenung mata seorang peserta lain dalam tempoh 10 minit.
Christian Jarrett dari British Psychological Society’s Research Digest melaporkan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti renungan mata mengalami satu pengalaman yang luar biasa berbanding apa yang dirasai mereka sebelum ini.
RUJUKAN:
Science Alert. (2020). Creating Hallucinations Without Any Drugs Is Actually Surprisingly Easy. https://www.sciencealert.com/why-creating-hallucinations-without-any-drugs-is-surprisingly-easy
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih