Mana-mana kejayaan sesuatu jenama di dunia ini, pastinya orang akan melihat siapa yang mengemudinya. Namun, apabila jenama itu jatuh, siapa pula yang harus membantunya untuk bangkit semula?
Chip Bergh menggelarkan dirinya sendiri sebagai ‘lelaki dengan jenama.’ Dia telah menghabiskan masa selama 28 tahun di Procter & Gamble dalam pengurusan jenama. Malah, dia juga mengetuai penyepaduan pengambilalihan Gillette bernilai $57 bilion oleh P&G.
Selama enam tahun dia terlibat dengan penjenamaan semula Gilette oleh P&G, sehinggalah seseorang menghubunginya untuk jawatan CEO. Ketika itu, tahun 2010, dia sedang berada di Beijing untuk mesyuarat suku tahunan pasukannya.
Bergh langsung tidak mengenali siapa yang menelefon, namun pemanggil itu memancingnya dengan berkata, “Saya ada sesuatu yang mungkin anda berminat.” Bergh sekadar bertanya jenama apa dan jawapan yang diperoleh membuatkan dirinya ternganga, “Levi Strauss.”
Syarikat itu diwujudkan pada tahun 1873 apabila saudagar borong yang berpangkalan di San Francisco, Levi Strauss dan rakan kongsi perniagaan mempatenkan cara untuk mengeluarkan seluar denim dengan bahan rivet tembaga.
Ia syarikat ikonik, namun menghadapi krisis yang teruk sehingga berada di ambang kemuflisan. Dan di sinilah bantuan Bergh sangat diperlukan.
Dia menerima tawaran itu, namun dia terlebih dahulu menghantar enam soalan kepada 60 pengurus teratas syarikat itu tentang kebaikan dan keburukan perniagaan itu – dan mula menemu bual setiap seorang daripada mereka.
Pada temu bual yang ke-15, dia sudah dapat mengenalpasti masalah sebenar yang berlaku di dalam syarikat berkenaan. Dan strategi mula dirangka.
Bergh menukar pasukan teratas dalam perniagaan itu. Dalam tempoh 18 bulan selepas pelantikannya, sembilan daripada 11 anggota pasukan eksekutif telah meninggalkan syarikat.
Daripada 150 pengurus kanan semasa, dua pertiga telah bersama syarikat itu selama tiga tahun atau kurang. Dia berkata: “Kami perlu mengubah bukan sahaja perniagaan tetapi budaya, dan cara terbaik untuk mengubah budaya ialah mengubah kepimpinan.”
CEO baharu ini mengakui bahawa penyingkiran itu adalah dramatik, kadangkala traumatik, tetapi menurutnya, “Jalan untuk menjadi betul itu lebih sukar daripada jalan untuk menjadi salah.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih