Pada satu hari, isteri Pak Jamil sakit tekak. Lalu diminta Pak Jamil keluar cari madu. Keluarlah sana sini cari madu. Petang itu, Pak Jamil kembali dengan seorang wanita yang kelihatan sangat rapat.
Isteri Pak Jamil mula curiga. Lalu bertanya, “siapa perempuan ni.” Dan Pak Jamil pun runsing garu kepala, “aik, kan sayang suruh cari madu?” Tekak isteri Pak Jamil terus sembuh. Tetapi sejak hari itu, Pak Jamil hilang di muka bumi ini.
Dalam sketsa di atas, siapa yang salah? Macam betul juga apa Pak Jamil buat. Penuhi permintaan.
Sebelum ada yang mengamuk, baik saya terus terang. Saya sebenarnya nak bercerita tentang madu satu lagi, iaitu seni hebat sang lebah: madu sebenar yang diminta isteri Pak Jamil.
Untuk berbicara tentang madu, haruslah buka cerita berkenaan dengan lebah dulu. Sesungguhnya lebah bukanlah satu spesis yang wujud secara tunggal.
Malah lebah adalah sebuah clade digelar Anthophila yang menghimpunkan lebih daripada 16,000 spesis dalam tujuh buah keluarga biologi (biological families).
Sebab itu ada lebah madu (honey bee), lebah dengung (bumblebee) dan lebah kelulut (stingless bee) misalnya. Lebih daripada 90 peratus lebah hidup dalam koloni. Hanya segelintir saja yang menyendiri.
Lebah berevolusi daripada sebuah serangga Crabonidae yang hidup sekitar 120 juta tahun yang lalu. Mereka mewarisi cara hidup serangga ini, seperti menjaga sarang dan mengumpulkan makanan.
Akan tetapi, serangga ini menyerang serangga lain dan mengangkat bangkai serangga kembali ke sarang. Sementara lebah pula mencari makanan daripada bunga.
Sebenarnya ini punca populasi lebah merebak dengan pesat sampai beribu-ribu spesis (Ramanujan, 2018).
Lebah hanya perlu risau pada pemangsa seperti katak misalnya. Namun semasa berurusan dengan bunga, lebah tidak perlu berlawan (tidak sama seperti Crabonidae).
Hubungan Lebah Dan Bunga
Keistimewaan lebah semakin banyak dikaji saintis, yang mengenali suatu perkara menarik dengan bantuan teknologi. Seekor lebah misalnya tertarik dengan warna terang dan corak kelopak.
Dua perkara ini memang penting bagi lebah. Bunga mana paling menarik; bunga itulah menjadi destinasi, yang dikukuhkan lagi dengan harumannya pula. Itu yang diketahui selama ini.
Tetapi saintis mengenal pasti bahawa ada hubungan elektrik antara lebah dan bunga (Yong, 2013).
Hubungan ini mudah difahami jika kita lihat bunga guna mata lebah. Macam manusia, nampak bunga seperti bunga. Takkan mungkin nampak bunga macam tahi ayam, meskipun bunga tahi ayam.
Pada mata lebah, bunga adalah seperti papan iklan digital.
Corak, haruman dan warna main peranan sama seperti papan iklan tersebut main peranan pada mata manusia.
Ada saja unsur yang menarik perhatian. Lelaki gemar bertukang mesti tertarik pada papan iklan pasal tukang. Perempuan minat memancing pun begitu. Nampak saja joran, boleh jadi sasau dibuatnya.
Itu hanyalah analogi untuk faham fitrah lebah.
Daripada Bunga Datangnya Madu
Apabila lebah pilih bunga, kira sudah mula langkah pertama ke arah pengeluaran madu. Daripada bunga, lebah mengeluarkan cecair bergula iaitu nektar.
Selain daripada cecair ini, lebah juga mengeluarkan bertih-bertih halus iaitu pollen. Bunga berlainan mempunyai pollen yang berbeza. Nektar dan pollen akan dikumpul sampai perut lebah penuh. Asal penuh saja, mereka akan balik.
Perjalanan pulang memerlukan lebih banyak tenaga. Jadi lebah akan guna sebahagian daripada nektar dan pollen serupa komisyen. Maklumlah, mereka lebah… itu saja kerja mereka. Ahli politik pun tiada untuk jadi kroni. Hanya ada ratu saja yang pentingkan diri sendiri saja.
Sampai di sarang, mereka akan pass nektar dan pollen kepada lebah dalam sarang pula.
Hantaran ini dibuat melalui mulut ke mulut… sampai kandungan lembapan turun daripada 70 peratus ke 20 peratus, yakni produk pra-madu yang disimpan dalam “tong” ditutup pula dengan sejenis bahan lilin dipanggil beeswax untuk satu tempoh sampai produk tersebut menjadi madu.
Kalau anda berminat dengan artikel-artikel sains seperti ini, kami nak cadangkan anda Beli buku terbaru kami, BIOLOGI: PENGAJIAN TENTANG MAKHLUK DAN KEHIDUPAN di http://bit.ly/BiologiaPengajian
RUJUKAN:
Ramanunjan, K. (2018, November 15). Study challenges widely held assumption of bee evolution. Cornell Chronicle.
Yong, E. (2013, Februari 21). Bees can sense the electric fields of flowers. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih