Mac ialah bulan air mata bagi Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol. Koronavirus telah menyebabkan lebih daripada 100,000 kes positif dalam ketiga-tiga negara tersebut.

Tetapi sehingga 31 Mac, Rusia pula kelihatan selamat dengan hanya 2,337 kes. Sampai Vladimir Putin boleh menghantar bantuan perubatan ke Itali (Foy & Peel, 2020).

Namun bermula April, angin telah berubah. Seperti tanggapan umum, angka rendah bermakna ujian tidak dijalankan secara meluas.

Sepertimana koronavirus berterbangan dari China ke Barat, sekarang ini Rusia pula menjadi mangsa baharu. Dan pada 13 Mei, Rusia memintas semua negara untuk berada di belakang Amerika Syarikat.

Koronavirus tiba di Rusia melalui dua pelancong China disahkan positif. Akses pengangkutan meluas membolehkan dua pelancong ini mengembara ke Tyumen, Siberia, Chita, dan Vostok Rossiya.

Moscow dengan pantas mengehadkan kemasukan warga China. Melihat bagaimana Itali melutut, Moscow membatalkan majlis, menghentikan persekolahan dan menutup sempadan.

Rusia begitu serius membendung koronavirus sehingga tidak peduli perasaan warga China pun.

Sistem pengangkutan Mosgortrans di Moscow diwajibkan untuk melaporkan kepada pihak polis jika melihat pelancong-pelancong China (RFE/RL, 2020).

Pelbagai pendekatan diambil sehingga Kedutaan China menyuarakan kemarahannya.

Semua itu berlaku sebelum penularan semasa. Sekarang ini dengan jelas langkah-langkah pencegahan yang diambil mungkin melambatkan penularan, tetapi tidak cukup untuk menghentikannya.

Setiap hari dalam April, ribuan demi ribuan kes dilaporkan sehingga hospital-hospital Moscow sudah tidak mampu menampung kebanjiran ini.

Dan pada 1 Mei, Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin telah disahkan positif (AFP, 2020). Putin menandatangani perintah eksekutif untuk melantik Andrey Belousov sebagai pemangku sehingga Mishustin pulih.

Dan pada masa itu, Putin sudahpun keluar meninggalkan Moscow dalam jagaan Datuk Bandar Sergei Sobyanin (Roache, 2020). Selama 20 tahun Putin ditunjukkan sebagai pemimpin berkarisma yang tidak jemu dengan aktiviti-aktiviti fizikal.

Ditunjuk bermain judo dan tidak berpakai baju sambil memancing – ada masanya menyertai pasukan rasmi menembak pelali terhadap harimau atas tujuan pemeriksaan dan perubatan.

Figura heroisme sudahpun melekat dalam keperibadian Putin, suatu langkah untuk menjauhi imej lemah dan mabuk Boris Yeltsin. Tetapi apabila datangnya krisis sebenar, Putin bersembunyi di sebalik skrin dengan wajah sugul (Higgins, 2020).

Semua tugasan diagihkan kepada Sobyanin dan Mishustin, sepertimana pernah dibuat semasa kapal selam K-141 Kursk tenggelam.

Pendekatan ini diambil dengan helah menguruskan keadaan di seluruh Persekutuan Rusia. Tetapi secara politiknya, Putin sedang mengkambing-hitamkan orang-orang bawahannya jika gagal.

Melihat realiti semasa, populariti Putin sedang menguncup dengan begitu teruk. Inilah ujian paling besar dalam kariernya. Perintah berkurung yang dimandatkannya pun telah menerima protes besar.

Dan perintah berkurung ini selepas dilanjutkan telah tamat pada 12 Mei. Putin sekarang ini sedang melihat bagaimana untuk mengurangkan impak terhadap ekonomi sahaja, dimana proses pembendungan dan pencegahan dibiarkan dalam jagaan pemimpin-pemimpin bawahan (Roth, 2020).

Koronavirus juga telah menghalang perancangan untuk membuat perubahan dalam perlembagaan supaya Putin kekal dalam pemerintahan sehingga 2036 (Roth, 2020).

Perubahan tersebut ditangguh sehingga ke waktu tertentu oleh kerana tempias ekonomi yang teruk. Sehingga Mei 2020, ekonomi Rusia dijangka menguncup sebanyak -5.5%.

RUJUKAN:

AFP. (2020, Mei 1). Russian PM tests positive for Covid-19; cases surge past 100,000. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/world/world/2020/05/588904/russian-pm-tests-positive-covid-19-cases-surge-past-100000

Foy, H., & Peel, M. (2020, Mac 23). Russia sends Italy coronavirus aid to underline historic ties. Financial Times. Retrieved from https://www.ft.com/content/b1c5681e-6cf9-11ea-89df-41bea055720b

Higgins, A. (2020, April 10). As Russia braces for coronavirus, Putin lets underlings take the heat. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/30/world/europe/coronavirus-russia-putin.html

RFE/RL. (2020, February 20). Moscow Bus Drivers Told To Report Suspected Chinese Passengers, Amid Coronavirus Fears. Radio Free Europe. Retrieved from https://www.rferl.org/a/china-reports-big-decline-in-new-virus-cases-but-deaths-continue/30444784.html

Roache, M. (2020, April 24). Where’s Putin? Russia’s President Stays Out of Sight as Coronavirus Hits Economy. Time. Retrieved from https://time.com/5827078/russia-putin-coronavirus-economy/

Roth, A. (2020, April 9). ‘Stop waiting for Putin’: Russian president takes backseat in crisis. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/apr/09/vladimir-putin-takes-backseat-in-russia-tackling-of-coronavirus


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.