Berakhirnya pemerintahan dinasti Kesultanan Johor dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah II di Kota Tinggi pada Ogos 1699 yang dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama.

 

Pemerintahan kerajaan Pahang seterusnya digantikan oleh keluarga dan keturunan yang terkanan dan terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil. Ini kerana Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang tak mempunyai zuriat.

 

Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV (Marhum Mangkat di Kuala Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

 

Salasilah Kesultanan Pahang Moden pada hari ini bersusur galur daripada dinasti Bendahara Johor.

 

Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.

 

Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid Ibni Tun Abbas (1770-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.

 

Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1722.

 

Dinasti ini terus kekal memerintah Kerajaan Johor-Riau-Pahang. Pada penghujung pemerintahan kerajaan ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor, dengan masing-masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing.

 

Kesultanan Johor tak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu ‘menyembah’ ke Johor sebagai tanda bernaung di bawah Johor.

 

Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.

 

Akibat campur tangan Belanda dan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan Pahang. Maka, Pahang dan Johor telah menjadi negeri berdaulat dan seterusnya melantik pemerintahan wilayah masing-masing sebagai sultan.

 

Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

 

Pada 6 Ogos 1882, Bendahara Wan Ahmad diusulkan pembesar baginda untuk memakai gelaran Sultan Pahang, sekali gus menjadi Sultan Pahang pertama dalam Kesultanan Pahang Moden. Gelaran baginda adalah Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

 

Baginda mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika.

 

Semasa berundur ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di Sedili pada bulan Mei 1863. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang hingga hari ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Selepas Bendahara Tun Habib meninggal dunia, keturunannya menguasai Kesultanan Johor dan mengasaskan Kesultanan Riau-Lingga, Johor, Pahang dan Terengganu. Selam sama-sama sejarah sepanjang wujudnya Kesultanan Johor bersama TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR!

https://bit.ly/TASII


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply