Dalam perutusan rasmi melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan, Muhyiddin Yassin telah menggunakan lenggok bahasa khusus. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan kebebasan untuk berdaya saing.

Kedatangan koronavirus telah menjadi satu kekangan. Jadi mengharapkan majoriti duduk rumah begitu saja ialah satu “langkah luar biasa”, tetapi akhirnya rakyat duduk rumah juga (Zatul, 2020).

Bagi menghadapi koronavirus, disiplin rakyat sahaja tidak mencukupi. Untuk berdisiplin, rakyat harus juga percaya kepada kerajaan.

Situasi di Amerika Syarikat membuktikan dengan jelas bagaimana ketidakpercayaan kepada kerajaan menyukarkan pembendungan.

Bukan saja Florida membuka semula pantai kepada umum; ribuan membanjiri pantai ini untuk beriadah seolah-olah tiada peny4kit langsung (Reuters, 2020).

Sedangkan Florida telah mencatatkan 40,600 kes positif yang pemulihan tidak dapat diumumkan pun (Burman, 2020).

Perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Jangankan pantai, kebenaran untuk memancing di tasik pun disoal berkali-kali untuk mendapatkan kepastian.

Sehingga 11 Mei, kebenaran memancing masih lagi belum diberikan dan berita mengenai keingkaran pun tidak banyak.

Selama ini jalan-jalan sunyi kekosongan kerana rakyat takut untuk berjoging, hanya berubah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diumumkan. Perkembangan sebegini telah membolehkan kerajaan menghampiri solusi.

Kebolehjangkitan koronavirus telah dipatahkan hasil daripada komitmen Majlis Keselamatan Negara.

Kejayaan ini berpunca kerana Jabatan Kesihatan yang tidak kenal erti penat dan panas.

Begitu juga dengan Jabatan Dalam Negeri dan Pertahanan, yang turut membantu menguatkuasakan PKP dan PKP Diperketatkan. Tetapi sebahagian daripada kejayaan ini berlaku semata-mata kerana pendekatan Muhyiddin Yassin.

Tidak Mengutuk Apa Lagi Menghina

Selama 22 bulan Pakatan Harapan mengetuai pentadbiran kerajaan, rakyat disajikan dengan pelbagai jenis sentapan.

Tiada apa yang mengejutkan pun kerana ketua kerajaan mereka pun pernah menghamburkan macam-macam kata nista terhadap orang Melayu.

Sudah menjadi fitrah apabila seseorang berada di kayangan untuk buta tentang keadaan di bumi. Disebabkan itulah Dr. Mahathir mempertahankan ucapan Melayu malas (Mohd, 2019).

Tetapi pada hari ke-18 Muhyiddin mengetuai kerajaan, perkara sebaliknya berlaku. Hari pertama PKP dimasamkan dengan telatah rakyat keluar untuk balik kampung. Muhyiddin tidak menggelar rakyat bodoh.

Sebaliknya beliau mengulangi, “just stay at home” bahawa PKP bukanlah pelepasan yang membolehkan balik kampung (Muhammad & Ilah, 2020).

Selepas itu semua semakin faham dengan piawaian PKP, lebih-lebih lagi apabila kes-kes positif pun semakin menurun.

Oleh kerana pendapatan orang ramai terjejas, Muhyiddin memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional yang menggunakan platform Bantuan Sara Hidup.

Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu diterima Kementerian Kewangan, sekaligus menunjukkan betapa besarnya impak koronavirus.

Kelulusan BPN ini mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk menstimulasikan semula ekonomi negara.

Ia jauh berbeza dengan seruan supaya rakyat mengikat perut, kononnya negara dalam kegawatan yang dibuat-buatkan atas motif politik (Faisal, 2019).

Sebaliknya Muhyiddin meluluskan sahaja sehingga merangkumi kategori M40 pun.

Sesiapa yang telah membayar cukai secara automatik dikategorikan B40, M40 dan T20. Yang berada di belakang garisan layak, semuanya diluluskan bantuan. BPN ini juga mendedahkan bahawa bukan orang miskin yang berasa iri hati kepada orang kaya.

Penjawat-penjawat awam tidak disuruh untuk menghulurkan kerjasama dalam keadaan ikat perut. Muhyiddin memperkenalkan terus RM500 sebagai Bantuan Khas Aidilfitri untuk mereka (Saadiah, 2020).

Kepimpinan Muhyiddin ini berputik daripada pusaran positivisme. Beliau menarik sokongan secara mendengari luahan rakyat serta berkomunikasi untuk menunjukkan kerajaannya mengambil kisah.

Mendengar, berkomunikasi dan mengambil kisah adalah tiga perkara yang disenaraikan akhbar Time dalam konteks permainan psikologi untuk menimang kesukaan orang (Brandon, 2014).

Beliau tidak memaksa dan yang utamanya beliau memuji rakyat kerana mematuhi PKP.

Menurut Gretchen Rubin yang menulis The Happiness Project, “apa yang kita cakap mempengaruhi bagaimana orang melihat kita.” (Lebowitz, et al., 2019).

Satu kertas penyelidikan yang diterbitkan Universiti Ohio dan Hawaii membuktikan bahawa emosi positif boleh menarik minat orang ramai (Lebowitz, 2017).

Perkara ini pun dibuat bukan sahaja Muhyiddin tetapi Menteri Kanannya Ismail Sabri:

Saya bagi pihak kerajaan ucap setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakyat kerana mampu disiplinkan diri.”

Rujukan:

Brandon, J. (2014, Mei 29). 10 simple ways to make people like you. Time. Retrieved from https://time.com/135945/make-people-like-you/

Burman, K. (2020, Mei 10). Nearly 40,600 cases of COVID-19 in Florida; 1,721 deaths in the state. ABC WPBF. Retrieved from https://www.wpbf.com/article/40596-cases-of-covid-19-in-florida-1721-deaths-in-the-state/32427040#

Faisal, A. (2019, Mac 25). Dr M: ‘Ikat perut’ sedikit, negara pulih tiga tahun lagi. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/469449

Lebowitz, S. (2017, September 26). 16 psychological tricks to make people like you immediately. The Independent UK. Retrieved from https://www.independent.co.uk/life-style/sixteen-psychological-tricks-people-like-you-a7967861.html

Lebowitz, S., et al. (2019, Mei 17). 17 psychological tricks to make people like you immediately. Business Insider Malaysia. Retrieved from https://www.businessinsider.my/how-to-make-people-like-you-2016-4?r=US&IR=T

Mohd, A.P. (2019, Oktober 8). Dr M pertahan ucapan Melayu malas. Berita Harian Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/615332/dr-m-pertahan-ucapan-melayu-malas

Muhammad, Y.M., & Ilah, H.A. (2020, Mac 18). COVID-19: Tolong duduk diam dalam rumah – PM. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666604/covid-19-tolong-duduk-diam-dalam-rumah-pm

Reuters. (2020, April 26). Americans flock to beaches as United States takes steps toward reopening. Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/world/united-states-beaches-reopening-businesses-covid-19-12677236

Saadiah, I. (2020, Mei 11). Bantuan Khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687595/bantuan-khas-aidilfitri-rm500-untuk-penjawat-awam

Zatul, I.Z. (2020, Mac 23). Polis yakin kekal 95 peratus pematuhan PKP. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668235/polis-yakin-kekal-95-peratus-pematuhan-pkp


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.