Seorang permaisuri seperti yang digambarkan dalam filem dan drama TV Korea adalah manifestasi kemegahan. Sikapnya yang agung, kecantikan, dan pakaian yang megah membuatnya dicemburui oleh semua wanita lain. Namun, realitinya, kehidupan mereka bukanlah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa cemburu kerana  kebebasan peribadi telah dirampas.

Boleh dikatakan bahawa sepanjang hayat mereka berada di sebalik tembok istana, hanyalah demi bertolak ansur dengan rutin harian yang membosankan. Hakikatnya, permaisuri Joseon dilarang sama sekali daripada campur tangan dalam urusan politik. Sebaliknya, mereka diberi tanggungjawab simbolik untuk mentadbir wanita istana di dalam istana.

Tugasan harian mereka meliputi mentadbir para istanawati, dang perwara serta petugas-petugas wanita lain dalam mengendalikan urusan di istana. Malah, permaisuri juga wajib memberi penghormatan kepada mana-mana permaisuri balu yang masih hidup dan menunjukkan kebaktian serta kesetiaan kepada mereka.

Untuk menjadi Permaisuri Dinasti Joseon, seseorang itu perlu berumur lapan hingga 20 tahun dan dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai keturunan yang baik. Malah, penampilannya juga harus molek dan bersifat kewanitaan yang sebenar.

Laluan asas menjadi permaisuri ini bermula dengan proses pemilihan isteri putera mahkota. Pertandingan tiga peringkat diadalan dalam kalangan sekumpulan calon yang kebanyakannya berusia belasan tahun. Enam calon yang dipilih pada pusingan pertama dikurangkan kepada tiga pada pusingan kedua. Puteri mahkota dipilih dalam pusingan ketiga. Puteri mahkota secara semula jadi akan diangkat menjadi permaisuri apabila suaminya menaiki takhta.

Sepanjang era Joseon, hanya ada enam permaisuri yang memperoleh status mereka melalui proses ini: Permaisuri Jeongsun (isteri Raja Danjong, raja keenam), Lady Sin (isteri Yeonsangun, raja ke-10), Permaisuri Inseong (isteri Raja Injong, raja ke-12), Permaisuri Myeongseong (isteri Raja Hyeonjeong, isteri raja ke-10) Permaisuri Ingyeong (isteri Raja Sukjong, raja ke-19), dan Permaisuri Seonui (isteri Raja Gyeongjong, raja ke-20).

Permaisuri Joseon kebanyakannya berasal daripada keluarga yang ada kepentingan politik dalam kerajaan serta reputasi moral yang baik. Keluarga Han dari Cheongju dan Yun dari Papyeong menghasilkan ramai permaisuri pada zaman Joseon awal, begitu juga keluarga Kim dari Andong dan Min dari Yeoheung pada era akhir Joseon.

Namun, menjadi seorang permaisuri bukanlah jaminan bahawa mereka akan selamanya memegang gelaran itu. Jika sang raja mangkat, maka permaisuri Joseon boleh memegang gelaran permaisuri balu dan masih dihormati. Namun, jika raja digulingkan, maka permaisuri turut menerima nasib yang sama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.