Semuanya bermula lepas Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah dibunuh oleh putera baginda yang kedua. Tampuk pemerintahan diambil alih oleh putera kedua selama setahun sahaja.
Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan bantuan orang Portugis lantik putera baginda, Raja Bujang sebagai pemerintah di Pahang.
Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda sangat murka dengan tindakan Johor bekerjasama dengan Portugis. Sebab sebelum ini Johor janji nak tolong Aceh lawan Portugis di Melaka.
Sultan Alauddin sebenarnya nak adakan hubungan dengan Portugis sejak awal 1610 lagi bila salah seorang putera baginda berkahwin dengan Puteri Raja Siak. Raja Siak jalinkan hubungan rapat dengan Portugis dan mempengaruhi baginda untuk bersahabat dengan Portugis.
Aceh bengang terus menyerang Johor. Johor kalah mudah sampaikan Sultan Alauddin Riayat Shah III ditawan dan dibawa ke Aceh.
Setelah lebih kurang setahun berada di Aceh, Sultan Alauddin Riayat Shah III dibenarkan pulang ke Batu Sawar dengan janji baginda kepada Sultan Aceh akan bantu Aceh dalam melawan orang-orang Portugis dan tak benarkan orang-orang Belanda tinggal di dalam negeri Johor.
Walau bagaimanapun Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap adakan perhubungan dengan Belanda dan Portugis.
Pada tahun 1615 baginda telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis. Tindakan baginda telah menimbulkan kemarahan kerajaan Aceh lalu baginda telah ditangkap semula dan dibawa ke Aceh dan akhirnya telah dihukum bunuh di Aceh pada 1617.
Baginda telah mangkat di sana dan tampuk pemerintahan Johor telah diwarisi oleh Sultan Abdullah Ma’ayat Shah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sanggup betul Johor bersekongkol dengan penjajah. Ni baru sikit, Johor-Belanda punya cerita belum masuk lagi. Selam sama-sama sejarah sepanjang wujudnya Kesultanan Johor bersama TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR!
https://bit.ly/TASII
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih