Zaman keemasan Tamadun Islam mendapati setiap seorang sarjana Islam itu mempunyai beberapa kepakaran dalam pelbagai bidang. Contohnya, Imam Ghazali rah. a. ialah seorang ulama yang mahir dalam bidang tasawuf, Akidah, Fekah dan beliau juga sangat mahir dalam bidang falsafah. Beliau turut menulis lebih 200 kitab yang menjadi rujukan sehingga ke hari ini.

Selain itu, wujud tokoh intelektual Islam di zaman itu seperti Al-Jazari yang menjadi bapa invensi Islam dengan ilmu mekaniknya, Al-Kindi dan Ibnu Rush dengan falsafahnya, Al-Haitham yang bijak dengan penciptaan peralatan optik dan juga merupakan ahli matematik, astronomi dan fizik.

Ramai lagi dengan pelbagai bidang keintelektualan seperti Jabir (Geber), Al-Hazen, Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Farabi dan sebagainya.

Bagaimana mereka boleh menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan kemahiran yang sangat tinggi?

Mereka sangat menghormati guru dan menjaga adab semasa menuntut ilmu. Pepatah Arab ada mengatakan, “Tahap seorang guru itu menghampiri seorang Nabi.”

Bolehkah kita sebagai seorang pelajar menjatuhkan air muka dan maruah seorang guru dengan perlakuan biadap hanya kerana guru mendenda anak kita yang biadap kepada mereka?

Budaya hormatkan guru dalam tamadun Islam ini bermula sejak awal zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi’ Tabieen. Saidina Ali k.w. sendiri berdiri dan hormat kepada Yahudi yang lalu di hadapannya hanya kerana Yahudi tersebut pernah mengajarkannya ilmu tentang anjing.

Ibnu Abbas, sepupu baginda Nabi Muhammad s.a.w. sanggup menunggu gurunya yang sedang tidur di hadapan pintu rumah gurunya sehingga gurunya, Zaid bin Thabit bangun dari tidur iaitu sehingga matahari terbit. Keadaan ini menunjukkan adab yang ditunjukkan oleh Ibnu Abbas dalam menuntut ilmu.

Imam Ahmad pernah berkata kepada gurunya, Khalaf Al-Ahmar, “saya tidak akan duduk melainkan di samping kamu dan beginilah yang diajarkan kepada kami untuk menghormati guru.”

Mereka tidak akan duduk jika guru mereka berdiri. Imam Syu’bah pula berkata, “Jika saya belajar dengan para guru maka saya akan menjadi hamba terhadap mereka selama mana mereka hidup.”

Para Tabieen dan Tabi’Tabieen seperti Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad sangat memuliakan guru mereka menyebabkan sarjana Islam dalam bidang keagamaan semakin hebat dalam ilmu mereka.

Imam Al-Ghazali yang merupakan ilmuan yang paling disegani di zamannya kerana dalam usia yang masih muda, beliau telah menjadi pengetua di Madrasah Al-Nizamiyyah. Selain itu, beliau turut mendapat gelaran Sheikhul Islam.

Madrasah Nizamiyyah

Imam Ghazali antara pelopor kepada keilmuan yang berlandaskan Islam dan falsafah. Walaupun ada berlaku konflik dengan Ibnu Rusyd berkaitan dengan ilmu falsafah, beliau telah berjaya mengekang pengaruh falsafah yang tidak berlandaskan syariat Islam.

Semasa perkembangan pendidikan dalam tamadun Islam, sekolah yang wujud kebiasaannya bermula daripada masjid, rumah-rumah guru dan di istana Sultan.

Para guru dipanggil Muaddib, daripada kata akar adab dalam bahasa Arab. Hal ini kerana dalam pengajian seseorang, lebih kurang 80% ialah pembelajaran berkaitan adab dan selebihnya barulah ilmu fardhu kifayah yang lainnya.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 10 adab-adab menuntut ilmu.

1) Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni (Jiwa perlu sentiasa bersih dan tenang).

2) Tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran (fokus).

3) Menghormati guru dan golongan intelektual.

4) Bersifat tekun dalam menuntut ilmu.

5) Tidak meninggalkan sesuatu ilmu yang terpuji.

6) Menguasai suatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri (tidak menguasai semua disiplin ilmu sekaligus).

7) Tertib dalam mendalami ilmu (tidak mencampur adukkan)

8)Mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari.

9) Ikhlas (bersih daripada riak dan takabbur).

10) Mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang cakna dengan keagungan keilmuan Islam, seharusnya mereka mengambil kaedah yang telah digariskan oleh ulama di zaman tersebut supaya memudahkan ilmu didapati.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.