Terfikir tak macam mana ikan paus menyusukan anak? Kalau ada yang belum tahu, ikan paus masuk dalam jenis mamalia. Kira sama macam manusia. Mereka melahirkan anak. Sudah lahir, mesti kena menyusu bukan? Tetapi macam mana nak menyusu dalam air?

Itulah rahsia alam yang saintis berjaya singkapkan untuk kita semua. Kalau tengok dalam gambar, boleh nampak ada jarak lebih kurang sekaki dua (30 hingga 60 sentimeter) antara ibu dan anak. Kira mereka tidak bersentuhan sangat pun. Tetapi daripada ibu, keluar cecair putih yang dihirup anak. Ini bermakna, ibu paus melepaskan susunya ke laut yang diminum anaknya.

Timbul satu lagi persoalan – takkan susu tidak cair? Kalau kita buang susu lembu ke dalam laut, mesti cair. Jangankan laut. Kita tuang secawan dalam besen berisi air pasti cair. Haa. Itulah rahsia alam saya cakap tadi. Susu paus dilepaskan dalam bentuk ketulan kerana kandungan lemak sangat tinggi. Gumpalan susu ini tidak cair, tersedia untuk diminum (dimakan setepatnya) anak paus.

Ibu paus menghasilkan 200 liter susu setiap hari. Sekurang-kurangnya 70 liter daripada sukatan tu saja adalah kandungan lemak.

Hebat kan?


Banyak benda pasal kehidupan boleh korang belajar daripada buku BIOLOGIA. Sempena 11.11 ni, kami buat SALES dengan DISKAUN sangat menarik untuk korang. Link pembelian: https://bit.ly/3D8GXh4


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply