Setiap kali kes buli terjadi, khayalak ramai mesti lontar pendapat bodoh yang kononnya buli normal. Macam-macam hujah disimbah untuk mewajarkan buli. Ada yang cakap mereka sudah lalui gejala gila ini.

Ada yang cakap buli menjantankan seorang lelaki. Tetapi andai terjadi pada anak sendiri, semua pakat hilang jantan dan meroyan macam-macam. Tanpa sedar, pemikiran jahil beginilah mencambahkan kejadian buli.

Golongan yang memperlekehkan buli memang tidak sedar diri. Bersama mereka, golongan yang menafikan kewujudan buli pun sama naik. Dua golongan ini sememangnya bertanggungjawab atas segala kejadian terkini.

Dua cara saja untuk menyelesaikan barah buli, iaitu sedar diri dan terima hakikat. Pertama sekali, sedar diri adalah untuk dengar masalah anak. Seorang anak takkan mungkin akan berkongsi pengalaman, seandainya buli dianggap faktor penjantan.

Terima hakikat pula adalah pemberat pentadbiran, yang mana pengetua harus uruskan masalah buli terjadi.

Dan ibu bapa pelaku pun jangan termakan lakonan. Anak di rumah boleh suci ke tahap pijak semut kaki sendiri patah, tetapi di luar rumah macam-macam carutan keluar sampai nenek moyang tujuh generasi takkan mengaku keturunan.

Kedua-dua cara ini menjadi tunjang utama di sebalik kejayaan Finland dalam melaksanakan program Kiusaamista Vastaan (KiVA). Finland tidak jahil melihat buli sebagai perkara penjantan.

Orientasi dasar KiVa.

Sebaliknya, Finland sedar buli berpunca daripada ibu bapa seperti masalah rumahtangga (cerai) dan pengangguran (Knaappila, et al., 2018). Bagi Finland, krisis buli hanya boleh ditangani dengan cara kekeluargaan sahaja.

Program Pencegahan Buli

Kiusaamista Vastaan dalam bahasa Finland bermaksud “pencegahan buli”. Pihak mereka tidak perlu fikir nama serba-serbi kayangan, cukup jika capai matlamat. Dan untuk KiVa ini pula, pihak kerajaan tidak pandai-pandai mencari ‘pakar penasihat’.

Mereka guna sumber intelektual sendiri. Universiti Turku mendapat dana terus daripada kerajaan Finland dan pada tahun 2006, mereka membentangkan program KiVa yang hari ini menjadi buruan banyak negara.

Kerajaan-kerajaan lain seperti New Zealand sanggup membayar Universiti Turku. Asalkan datang beri latihan kepada pendidik mereka.

Program KiVa adalah tindak balas pengurusan yang menggunakan setiap lapisan pentadbiran sekolah. Maksudnya pihak pejabat memantau kelas, yang memantau pelajar – jenis top to bottom. Melalui KiVa, pelajar dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk membuat latihan secara bersama.

‘Propaganda’ KiVa yang mana semua adalah bersama.

Latihan mereka pun ringkas saja. Mereka perlu menonton filem pendek pasal buli.  Jawab soalan mengenai buli. Nilai bersamaan menjadi faktor pendedah dalam sistem pendidikan Finland. Dan apabila semua pelajar sudah faham tentang buli, Finland memastikan pelajar ingat dengan cara mengikatkan kontrak antara sekolah dan pelajar.

Dengan cara ini, Finland mendapati kes buli berkurangan saban tahun. Pelajar bukan setakat berani melaporkan kejadian buli yang berlaku pada diri sendiri.

Mereka juga akan laporkan jika kawan-kawan dibuli. Kerana bagi mereka, buli tidak normal.

Nilai Kecil Memberi Hasil Besar

Semua boleh nampak sekarang yang buli sebenarnya mudah dicegah. Tetapi semua bergantung pada akal pihak pentadbiran sahaja. Sesetengah pentadbiran suka tutup cerita kononnya untuk menjaga nama baik institusi. Bagi mereka, lagi wajar diamkan pasal buli asalkan imej sekolah terbela.

Kira ikut konsep dangkal “jangan buka aib sendiri”. Padahal individu dan institusi besar jurangnya. Institusi perlu belajar daripada Finland yang sudi pilih jalan moral daripada menjaga imej.

Mereka melengkapkan platform sekolah dengan program anti-buli yang berkesan… bukan setakat untuk tutup mulut ibu bapa mangsa semata-mata.

RUJUKAN:

Knaappila, N. (2018). Socioecnomic trends in school bullying among Finnish adolescents from 2000 to 2015. Child Abuse & Neglect. (86): 100-108.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.