Setiap ahli silap mata mempunyai mempunyai persembahan silap mata yang unik walaupun adakalanya merbahaya. Aksi melepaskan diri dari baju pasung (Harry Houdini), menahan nafas dalam air selama 17 minit (David Blaine) dan menghilangkan kapal terbang (David Copperfield) merupakan antara persembahan silap mata yang dikenali ramai.

Dalam kes Copperfield, beliau merasakan persembahan menghilangkan kapal terbang yang dilakukan pada 1981 sebagai tidak cukup gah. Lalu pada 1983, Copperfield mengadakan persembahan silap mata menghilangkan patung Statue of Liberty. Dalam persembahan itu, beliau meletakkan kain rentang panjang di hadapan patung dan bila ia dijatuhkan, patung tersebut hilang.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Persembahan ini menjadikan nama Copperfield sebagai antara nama besar dalam dunia silap mata. Bila ditanya mengapa beliau memilih mengadakan persembahan berkenaan, ia dilihat sesuai dengan tema pilihannya: kebebasan. Copperfield melihat kebebasan tidak dihargai sebaiknya dan menjadikan persembahan itu sebagai simbol kebebasan boleh hilang sekelip mata jika terus dipandang sepi.

Jadi, bagaimana persembahan ini dapat dijayakan? Mudah saja, platform yang menempatkan penonton digerakkan oleh Copperfield dengan muzik kuat dimainkan bagi mengganggu perhatian penonton. Gerakan tersebut mengubah perspektif penonton sehingga tidak sedar patung Lady Liberty (nama lain untuk Statue of Liberty) berada di belakang menara yang memegang kain itu.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Tapi apa pula cerita skrin radar helikopter dan platform kosong yang dikatakan menempatkan Statue of Liberty? Itu cuma prop bagi menyakinkan penonton bahawa patung tersebut hilang dalam persembahan berkenaan. Radar tersebut telah diubahsuai bagi memperlihatkan imej radar tugu tersebut hilang. Sementara platform khas berasingan dibuat dan dipasangkan dengan lampu sama bagi menampakkan ia kosong.

RUJUKAN:

Basner, D. (2019). Here’s How David Copperfield Made The Statue Of Liberty Disappear. iHeart Radio.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.