Tahun 1986, seorang bekas pensyarah teknologi makanan dan seorang usahawan dalam industri makanan bergabung tenaga untuk mengasaskan sebuah syarikat pengeluar makanan.
Jenama Brahim’s telah diasaskan pada tahun 1986. Kemudian, pada tahun 1988, barulah Syarikat Dewina Food Industries ditubuhkan. Dewina Food Industries Sdn Bhd adalah pengeluar kepada jenama Brahim’s yang sangat kita kenali pada hari ini. Pengasasnya, Dato’ Seri Ibrahim bin Haji Ahmad bersama seorang usahawan Jepun, iaitu Tatsunobu Abe telah bersama-sama menyumbangkan idea untuk syarikat ini.
Pada tahun-tahun awal operasinya, Dewina Food Industries lebih dikenali sebagai pembekal pek makanan kepada tentera serantau dan Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, disebabkan terutamanya oleh ciri unik produk makanan retortnya.
Selepas tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia pada tahun 1995, jenama Brahim’s mula dikomersilkan secara besar-besaran. Walaupun telah dipasarkan kepada masyarakat umum, tetapi syarikat ini masih membekalkan makanan untuk pihak tentera.
Kemudian pada tahun 2003, mereka telah mengorak langkah dalam perniagaaan katering penerbangan dengan kerjasama Malaysia Airlines (MAS). Meskipun menghadapi saingan daripada syarikat pengeluar makanan yang lain, Brahim’s masih mendapat kepercayaan daripada para pelabur seperti Tabung Haji.
Brahim’s secara beransur-ansur mengukuhkan nama dalam pasaran Malaysia dan serantau. Kapasiti pengeluaran telah ditingkatkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Selama bertahun-tahun, Brahim’s mempunyai reputasi kualiti dan inovasi yang tiada tandingan untuk makanan mudah (convenience food). Antara pencapaian tersebut ialah Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Produk dan Eksport oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) pada 1994.
Jenama ini turut memperoleh Highly Commendable Product Institut Teknologi Makanan Malaysia pada 1997, Anugerah Produk Terbaik oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia pada 1994 dan 2003, dan Anugerah Kecemerlangan Emas pada tahun 2004 di London.
Pada hari ini, syarikat ini telah diterajui oleh seorang CEO muda, iaitu Mohd Fadhli Abdul Rahman, dan Dato’ Ibrahim kekal sebagai pengerusi serta penasihat dalam syarikat.
Walaupun masih muda, namun pengalaman yang dimiliki oleh Mohd Fadhli menjadikannya sangat cekap dalam mengendalikan hal syarikat dan mengekalkan kekukuhan jenama mereka. Menurutnya, “Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran. Kita perlu mendedahkan diri kita kepada amalan antarabangsa terbaik dalam perniagaan ini dan belajar daripada satu sama lain.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih