Harimau sedang menghampiri ambang kepµpµsan. Mungkin dalam masa terdekat, ngauman harimau takkan lagi kedengaran dalam hutan belantara.

Di mana-mana saja, harimau berdepan dengan pεmbµrµaη, pεmεrδagangaη anggota, kehilangan habitat, kσnflιk manusia dan perubahan iklim.

Harimau Malaya (panthera tigris tigris) sedang menghitung hari dengan populasi keseluruhan berada dalam lingkungan 250 hingga 340 ekor (Kawanishi, 2015).

Jadi mungkin satu hari, harimau hanya hidup di dalam zoo sahaja. Realiti tersebut semakin menjadi-jadi sekarang ini, dengan banyak harimau sekadar menjadi tatapan manusia dan eksperimen pakar.

Jika berlaku, ini amat merugikan – kerana masih banyak belum sains tahu tentang harimau. Salah satu ialah kemandirian harimau putih di hutan.

Harimau putih bukanlah suatu spesis baru. Sebaliknya ia merupakan jenis sama dengan Harimau Bengal dan Harimau Siberia, kedua-duanya juga berdepan dengan ambang kepµpµsan.

Cuma harimau putih tidak mempunyai pigmentasi melanin untuk menjadikan warna bulunya jingga seperti yang lain (Lewis, 2013). Ini juga membuatkan harimau putih cepat membesar dan lebih berat.

Sebab itulah harimau putih biasanya kelihatan lebih besar, untuk dibandingkan dengan harimau jingga sama ada ketika bayi atau dewasa.

Seekor harimau putih jantan boleh mencecah berat 200 kilogram dengan panjang tiga meter.

Bagaimana Harimau Menjadi Putih

Seekor harimau putih mempunyai pigmentasi hanya untuk belangnya sahaja. Jika bulu dιcµkµr, kulit harimau masih menunjukkan kesan belang.

Seekor harimau putih hanya dilahirkan selepas ibu bapanya membawa bahan genetik berlainan, biasanya berlaku pada seekor dalam 10,000 kelahiran. Harimau ini mengalami situasi albinisme.

Seekor harimau bernama Mohini di Zoo Bristol, United Kingdom kelihatan lebih putih berbanding saudara-saudara kandungnya.

Mohini

Perkara ini berlaku kerana Mohini tidak selalu meluangkan masa di luar ketika musim salji (bermakna, cuaca sejuk akan menjadikan harimau putih kelihatan sedikit berkrim).

Dan kekurangan (atau ketiadaan) pigmentasi mempengaruhi sistem imuniti seekor harimau putih.

Pεmbιakaη antara harimau putih selalu menyebabkan situasi luar jangka. Kerana mata anak-anak mereka biasanya menjadi juling (Cronin, 2014).

Kebanyakan harimau putih yang mengalami juling kerana bergenetik campuran antara Bengal dan Siberia. Satu-satunya Bengal tulen yang mengalami juling ialah anak Mohini bernama Rewati.

Jadi sifat juling itu merupakan faktor genetik putih dan tidak semestinya kerana pεmbιakaη antara dua harimau putih.

Saintis pernah mengimbas seekor harimau bernama Moni. Walaupun mata kelihatan normal, otak Moni menunjukkan bacaan pelik. Umpama matanya berhubung dengan bahagian otak yang tidak sepatutnya.

Sesuatu harimau putih kelihatan normal tidak semestinya normal. Ada kebarangkalian ia mempunyai kecacatan tertentu yang mempengaruhi fizikalnya sama ada luar atau dalam.

Sesetengah harimau putih terlalu sensitif pada cahaya.

Selain daripada itu, harimau putih mungkin mengalami masalah genetik lain seperti urat tendon kecil, kaki tεmpaηg dan tulang belakang bengkok. Jadi kecergasan biologi harimau putih cenderung untuk terjejas secara berperingkat.

Harimau putih juga tidak boleh diberikan ubat secara sewenang-wenangnya. Seekor bernama Cheytan (anak Bhim dan Sumita) di Zoo San Antonio mαtι ketika menerima rawatan gigi.

Rupanya harimau putih ada tindak balas berlainan pada ubat tidur kerana tidak mampu menghasilkan tyrosinase. Ada yang berisiko mengalami pεηδarahaη berpanjangan selepas pεmbεδahaη.

Mengenali Susur Galur Harimau Putih Dalam Pemuliharaan

Kewujudan harimau putih dilaporkan sejak 1500-an lagi. Tetapi sejak tahun 1958, harimau putih sudah tidak lagi kelihatan dalam hutan. Sekarang semuanya dalam zoo sahaja, yang dilahirkan daripada nasab seekor bernama Mohan.

Untuk pengetahuan semua, Mohan dilahirkan dalam hutan India pada tahun 1951 (Pester, 2021). Tetapi sebuah zoo di Nicaragua dianugerahkan rezeki luar biasa. Seekor ibu harimau jingga telah bunting dan kemudian melahirkan anak.

Salah satu daripada anaknya mengalami albinisme, dinamakan Nieve (sempena salji).

Rupa-rupanya genetik albinisme tidak hilang. Moyang Nieve merupakan seekor harimau putih, menurunkan genetiknya hingga ke cicit.

Ibu bapa Nieve mempunyai genetik harimau putih cuma secara melangkau. Bermakna terdapat kebarangkalian mereka akan melahirkan anak albino lagi (ataupun adik-beradik Nieve meneruskan genetik ini secara melangkau).

RUJUKAN:

Cronin, A.M. (2014, April 30). The truth about white tigers and why their (ditapiskan) needs to stop. One Green Planet.

Kawanishi, K. (2015). Panthera tigris subsp. jacksoni. IUCN Red List of  (ditapiskan) Species.

Lewis, T. (2013, Mei 23). How the White Tiger got his coat. Live Science.

Pester, P. (2021, Januari 10). The strange history of white tigers. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.