Berdasarkan tajuk, pembaca Malaysia tentu akan terbayangkan pendaratan angkatan tentera imperialis Jepun di semenanjung Tanah Melayu semasa bermulanya P.erang Dunia Kedua dahulu. Kita rasa ia satu perkara yang unik.

Tanggapan sebegitu timbul terhadap pasukan tentera Jepun kerana mereka berjaya menjatuhkan Malaya dan pendaratan tenteranya bermula hanya dengan menunggang basikal. Walau bagaimanapun, tentera berbasikal sebenarnya adalah perkara biasa di mana-mana negara pada zaman tersebut.

 

Ia merupakan salah satu elemen terpenting dalam mana-mana angkatan tentera di seluruh dunia ketika itu, basikal menjadi faktor pengangkutan utama yang paling mudah dikendalikan dan menjimatkan kos.

Bagi sesetengah orang, berbasikal adalah antara gaya hidup yang sihat, tapi basikal juga pernah memainkan peranan penting dalam sejarah ketenteraan terutamanya yang melibatkan pe.rang-per.ang besar di seluruh dunia.

Basikal tanpa pedal yang pertama kali direka oleh Baron Karl Von Drais di Jerman pada tahun 1818 memakan masa selama bertahun-tahun untuk berinovasi kepada reka bentuk yang lebih efektif sebagai sebuah basikal moden yang kita semua kenali hari ini.

Kemudian, Pierre Michaux dan Pierre Lallement dari Perancis telah mencipta sistem pedal yang akan membantu penunggang mengayuh, sistem brek, serta pelbagai jenis lagi perkembangan lain.

Perkembangan ini telah menarik perhatian ramai para pemikir ketenteraan pada abad ke-19 yang melihat manfaat yang ada pada basikal mungkin boleh mempelbagaikan penggunaan pengangkutan ini dalam pe.rang.

Semasa pe.rang Franco-Prussia antara tahun 1870-1871, basikal per.ang telah melalui proses percubaan dengan dibawa oleh utusan tentera dan unit peninjau namun ia tidak berapa efektif, tapi itu tak menghalang para pemikir untuk terus mengkaji manfaat yang ditawarkan oleh basikal.

Tentera British menggunakan unit peninjau berbasikal dalam latihan lapangan pada musim bunga tahun 1885, dan tak lama kemudian tentera Austria dan Jerman masing-masing mula mempertimbangkan kemungkinan untuk menggunakan basikal dalam tentera.

Manakala tentera Perancis pula secara rasminya telah pun memperkenalkan basikal dalam dunia ketenteraan. Basikal mula berkhidmat sebagai pengangkutan untuk pasukan infanteri pada tahun 1887.

Memandangkan konsep dan reka bentuk basikal sentiasa berubah dari masa ke semasa, ia memudahkan tentera untuk mengaplikasikan “gaya militari” yang akan menyediakan lebih banyak kemudahan dab keperluan di lapangan bagi seorang askar yang berbasikal.

Perubahan sebegini terus menarik perhatian dan membantu mendorong para pemikir ketenteraan untuk yakin bahawa kenderaan roda dua boleh bersaing dengan kenderaan lain termasuk kuda pe.ra.ng.

Menjelang akhir abad ke-19, British sudah pun menguasai industri pengeluaran basikal yang terbesar di dunia, dan ini mungkin menjelaskan mengapa begitu tinggi sekali jumlah basikal yang dimiliki dan digunakan di Afrika Selatan semasa pe.ran.g Anglo-Boer Kedua.

Basikal amat sesuai digunakan di sekitar Afrika Selatan, bahkan pejuang-pejuang Boer turut sama menubuhkan unit-unit kecil pejuang berbasikal, lalu kaedah itu turut dicontohi oleh British dalam pasukan tentera mereka sendiri.

Di seberang lautan Atlantik, Amerika juga mula menyedari akan potensi yang ada pada basikal. 1st Signal Corps of National Guards di Connecticut membentuk infanteri berbasikal tentera yang pertama pada tahun 1891. Ia digunakan untuk menghantar pesanan dan membawa bekalan.

Pelbagai cabaran geografi dan cuaca berjaya diatasi, seorang anggota National Guards Connecticut membuktikan, dia hanya perlu bergerak berseorangan untuk menyampaikan kiriman pesanan dengan lebih pantas kepada pasukan isyarat bendera.

Pasukan logistik pula akan membawa pesanan kiriman dari Chicago ke New York dalam masa empat hari 13 jam yang kebanyakannya adalah meredah hujan. Cabaran yang lain adalah membawa pesanan dari Washington DC ke Denver dalam masa enam hari.

Leftenan Kedua Fort Missoula Montana, James A. Moss menubuhkan 25th Infantry Cycling Corps, yang merangkumi lapan anggota tentera akan menunggang basikal dalam formasi tentera dan mengayuh sejauh 40 batu setiap hari.

Setiap basikal mereka akan dilengkapi dengan satu pek beg besar yang lengkap dengan keperluan asas seperti selimut dan khemah. Setiap penunggang juga membawa selaras senapang bersama peluru sebanyak 50 pusingan dan bo.m tangan.

Kor Berbasikal ini perlu menjalani rutin perjalanan sejauh 800 batu dari Fort Missoula ke Taman Negara Yellowstone dan pulang kembali, kemudian bertolak dari Fort Missoula ke St. Louis, keseluruhan perjalanan sejauh 1,900 batu.

Semua itu adalah untuk membuktikan keupayaan unit berbasikal yang mampu bergerak jauh semasa sedang menghadapi pe.ra.ng. Walau bagaimanapun, kor berbasikal telah dibubarkan sebelum p.era.ng Sepanyol-Amerika meletus.

Di Amerika dan Eropah amat jelas basikal digunakan untuk mengirim pesanan, tapi selepas melalui beberapa inovasi, ia digunakan untuk tugas pemetaan topografi mudah alih memandangkan sudah tiada keperluan mengirim surat kerana teknologi telegraf sudah pun digunakan secara meluas.

Contohnya, seorang penunggang menggunakan basikalnya untuk mengkaji tahap gred kerataan bukit dan kawasan lain bagi membantu komander tentera dalam usaha untuk menentukan sama ada tanah itu boleh atau tidak untuk dilalui oleh jentera dan se.njata berat seperti meriam.

Pe.ran.g Dunia Pertama meletus pada tahun 1914, negara yang ada tentera infanteri basikal telah sedia menyertai pe.ra.ng, tapi ketika itu, kebanyakan per.tem.puran mengikat kedua belah pihak kerana mereka saling mengorek parit bawah tanah sebagai benteng pertahanan untuk berlindung.

Keadaan yang buntu ini menjadikan pe.rtemp.uran boleh tergantung selama berminggu-minggu. Justeru, ia menyebabkan pasukan berbasikal dan pasukan berkuda mula hilang kepentingan dan tiada lagi keperluan kerana basikal hanya boleh beroperasi di belakang tabir semata-mata.

Walau bagaimanapun, generasi pasca WWI memainkan kembali peranan basikal secara langsung seperti yang pernah dilakukan oleh Jerman, Jepun dan Inggeris sebagai kaedah pengangkutan untuk mengangkut tentera ke barisan hadapan, jika pasukan berbasikal tidak menyertai pertempuran.

Basikal dalam sejarah ketenteraan Poland mungkin yang megah. Sumber yang tidak jelas menunjukkan penggunaannya yang pertama di medan per.a.ng moden berlaku semasa Pe.rtemp.uran Warsaw pada tahun 1920, episod yang menentukan per.ang Poland-Bolshevik. Poland memenangi perte.mpuran ini.

Tentulah tentera berbasikal tak mungkin mengayuh basikal mereka semasa meny.eran.g musuh, namun ia penting bagi tentera sebagai alat paling sesuai untuk misi pengintaian dan komunikasi. Dan pasukan berbasikal ada kelebihan kerana boleh berselaras dengan kelajuan pasukan berkuda.

Melainkan jika tentera menunggang basikal menuju terus ke medan per.an.g dalam kemaraan kumpulan besar, contohnya semasa kemaraan tentera Jepun menuju ke arah Singapura dengan menunggang basikal di sepanjang laluan penting di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1941.

Tentera Jepun dikatakan sebagai tentera yang paling sinonim dalam memanfaatkan basikal semasa P.era.ng Dunia Kedua. Ketika pencerobohan di Tanah Melayu, beribu-ribu tentera Jepun berbasikal meneruskan kemaraan dari Kota Bharu menuju Singapura.

Kerana isu kekurangan bahan bakar, basikal menjadi pilihan yang lebih mudah, murah, efisien dan pantas untuk membawa anggota tentera ke barisan hadapan berbanding kenderaan lain. Namun bagi tentera Jepun, bahan bakar bukan satu-satunya masalah dihadapi.

Apabila menghadapi masalah ketiadaan bekalan getah, tentera Jepun terpaksa mengayuh basikal hanya bergantung kepada ketahanan roda rim sahaja apabila basikal mereka mengalami masalah seperti tayar pecah atau tayar haus.

Selepas Jepun menyerah kalah, Hindia Belanda, British Malaya, Indochina, mula dituntut kembali oleh kolonial di jajahan masing-masing. Kekalahan Jepun belum mengakhiri penjajahan, ini menyebabkan penduduk tempatan menuntut kemerdekaan baik secara diplomatik atau berse.nja.ta.

Di utara Vietnam, bekas penjajah mereka iaitu Perancis kembali menuntut kuasa pemerintahan yang mereka tinggalkan sebelum itu. Ini membawa kepada penentangan orang Vietnam hingga tercetus sekali lagi p.era.ng selepas WWII.

Pe.ra.ng di antara koloni Perancis dan Vietnam terus berlanjutan dan membawa kepada Pengepungan Dhien Bien Phu sekitar November 1953. di mana 50,000 tentera Viet Minh mengepung 15,000 tentera Perancis yang menduduki perkampungan tersebut.

Jeneral Vietnam, Vo Nguyen Giap memilih untuk mengelakkan per.tem.puran konvensional sebaliknya dengan mempraktikkan s.er.angan hendap dan jerangkap samar untuk memusnahkan tentera Perancis. Kuncinya jejak Laluan Ho Chi Minh.

Mengikut kiraan secara kasar melibatkan keseluruhan per.tem.puran antara Perancis dan Vietnam sepanjang 1953, Perancis mengira lebih 74,000 kematian dari 190,000 tentera, sejak itu Perancis sedar bahawa mereka tidak mungkin boleh mengalahkan orang Vietnam dalam p.era.ng setempat.

Perancis tidak mempunyai sokongan udara di Vietnam dan tidak boleh mengeb.om mana-mana jalan atau konvoi sesuka hati. Giap memilih untuk memintas jalan sukar dengan cara mudah, ya, dengan memanfaatkan kelebihan basikal.

Dia memindahkan beratus-ratus ribu tan sumber dan bahan asli melalui bukit dan lembah yang curam di Dien Bien Phu menggunakan basikal-basikal yang dijual kepada orang Vietnam oleh penjajah Perancis sendiri sebelum p.era.ng, ini namanya “se.nja.ta makan tuan”.

Giap mengumpulkan beratus-ratus kelengkapan artileri, berjuta-juta peluru, dan bekalan sumber makanan yang mencukupi sebelum mengepung kawasan Dien Bien Phu secara strategik.

Kekuatan tentera Viet meningkat setelah usaha memindahkan sumber bekalan menggunakan basikal dan melalui laluan sukar di hutan berkesan. Selepas dikepung selama tujuh minggu, Perancis menyerah kalah dan Vietnam mencapai kemerdekaan.

Kesilapan Perancis adalah meremehkan keupayaan Viet Minh dalam konteks logistik, persediaan artileri dan sumber bekalan makanan tentera. Perancis menjangkakan hanya akan menghadapi sera.ngan mortar, bukan se.nja.ta berat yang berupaya membedil dari jauh.

Kunci kepada kejayaan Viet Minh dalam per.te.mpuran epik ini adalah inovasi basikal sebagai pengangkutan bahan sumber dan pembinaan laluan ‘darurat’ melalui jalan yang paling tidak pernah disangka oleh musuh dalam sejarah.

Kita sedia maklum bagaimana Jepun memasuki Tanah Melayu dengan berbasikal dan bagaimana Vietnam mengalahkan Perancis. Ini sedikit rangkuman kisah lain semasa P.era.ng Dunia Pertama dan Kedua.

Unit berbasikal dari 2nd Anzac Cyclist Battalion terlibat dalam se.rangan terhadap Flanders pada tahun 1917, membina landasan sokongan sejauh 1800m melintasi ‘no man’s land’ di Messines dan memasang kabel isyarat di belakang kemaraan tentera di Gravenstafel dan Bellevue Spur.

Pada awal tahun 1918, New Zealand Cyclist Corps dikerah untuk berp.er.ang sebagai sokongan infanteri, mereka menyertai tindakan defensif yang penting dalam Pe.rtem.puran Lys dan tindakan ofensif dalam Per.tem.puran Kedua Marne.

Dalam P.er.ang Dunia Kedua, Adolf Hitler pernah cuba menye.ra.ng Russia dengan jumlah pasukan tentera berkuda yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding tentera berkuda Napoleon.

Selain kuda, basikal juga amat popular bagi tentera Jerman sebagai salah satu pengangkutan penting. Semasa bermulanya P.era.ng Dunia Kedua, tentera Jerman juga menunggang basikal untuk menceroboh Norway dan Poland.

Salah satu inovasi yang menarik dalam unit tentera berbasikal ialah basikal BSA Airborne. Basikal ini direka khas untuk pasukan payung terjun tentera UK. Reka bentuknya boleh dilipat dan dilampirkan sekali pada tubuh penerjun semasa operasi.

Apabila dilipat, struktur basikal akan cukup padat untuk dibawa melompat keluar dari pesawat. Roda akan disangkut dengan kemas pada beg paracut, yang menjadikan basikal lebih selamat untuk dibawa melompat keluar dari pesawat.

Apabila penerjun mendarat, mereka boleh menggunakan tali pelepasan payung bahagian hadapan untuk melepaskan basikal. Selepas BSA Airborne selesai dipasang, ia sedia untuk dikayuh. Basikal khas ini digunakan untuk bergerak secara senyap ke sasaran.

70,000 buah basikal BSA Airborne dihasilkan oleh Birmingham Small Arms Company antara tahun 1942 dan 1945. Peranan basikal yang paling besar adalah untuk infantri British dan Kanada semasa pendaratan D-day oleh tentera bersekutu terhadap Normandy dan Arnhem.

Tiada statistik jelas tentang berapa jumlah basikal yang digunakan, satu-satunya bukti adalah berdasarkan grafik. Pasukan payung terjun ini membawa peralatan seberat hampir 90 KG termasuk basikal mereka.

Pada tahun 1944, jip tentera telah digunakan dengan meluas dan basikal hilang kepentingannya. Selepas P.era.ng Dunia Kedua, masih ada masalah kekurangan bahan bakar di Eropah dan orang awam menggunakan basikal tentera yang ditinggalkan sebagai pengangkutan harian.

Hari ini, basikal P.era.ng Dunia Kedua yang tulen amat sukar untuk ditemui berbanding dengan kenderaan tentera lain, ini kerana pengeluaran basikal dihasilkan dalam jumlah yang agak kecil.

Walaupun kelihatan terdapat banyak basikal tentera di pasaran yang menjadi buruan golongan pengumpul, kebanyakannya sudah tak lengkap atau tidak asli. Jika ada pun, kita hanya boleh melihatnya di muzium-muzium sahaja.

Di Malaysia, sesetengah basikal p.era.ng milik Jepun yang ditinggalkan selepas p.eran.g masih boleh dilihat di Muzium Negara, Muzium P.era.ng Pulau Pinang atau di Muzium Mersing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.