Jangan mimpi untuk julang panji hitam ke Jerusalem kalau bendera putih pun tidak dapat diuruskan dengan baik. Itulah rumusan paling ringkas untuk faham liku-liku kehidupan sepanjang pαηdεmiκ yang penat lagi memenatkan ini.

Kerana COVID-19 telah mendedahkan sisi baik dan buruk dua fahaman kerajaan yang terbukti dalam politik Amerika Syarikat: (1) big government dan (2) small government.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Fahaman pertama akan mengembangkan penglibatan kerajaan dalam kehidupan harian rakyat.

Dan fahaman kedua adalah lαwαn padanya. Penglibatan kerajaan adalah seperti pemberian dana pada sektor kesihatan misalnya. Ataupun yang paling ketara sekali, bantuan kewangan pada orang miskin.

Jangankan bantuan kewangan pada rakyat sendiri… prinsip small government tidak bersetuju dengan segala bentuk bantuan, bahawasanya sebuah ekonomi harus berpusing bagaikan roda tanpa campurtangan melainkan rangsangan daripada dasar ekonomi dan kestabilan politik.

Namun prinsip big government menekankan bahawa roda ekonomi kadangkala terlαηggαr sesuatu yang menyebabkan pusingannya tidak lagi normal. Jadi sebuah kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan pusingan roda dibetulkan serta-merta.

Sementara dua prinsip ini berbαlαh tanpa sebarang kesudahan, eloklah semua tengok dulu manfaat pemberian wang tunai. Jujurnya, pemberian wang takkan sesekali menjadi sebuah jalan penyelesaian kepada orang miskin.

Tujuannya tidak harus menjadi solusi pun. Sebanyak 165 kajian saintifik mendapati bantuan kewangan meningkatkan perbelanjaan domestik dalam bab makanan dan perubatan (Bastagli, et al., 2018).

Malah pemberian wang juga didapati mengimbangkan punca pendapatan orang miskin. Pada masa yang sama, wang ini bantu mendapatkan pekerjaan sepenuh masa (Associated Press, 2021). sambil mengurangkan tekanan kemurungan teruk.

Walau bagaimanapun, ini adalah contoh pemberian wang kepada rakyat sendiri. Tengok di pentas antarabangsa – ada saja kerajaan yang memberi wang kepada rakyat negara lain sebagai bantuan kemanusiaan.

Pertama sekali, bantuan kemanusiaan wajar dibandingkan dengan dua prinsip kerajaan. Kerana sesuatu kerajaan memberi derma kadangkala bukan atas sebab kepercayaan pun.

Kerajaan asing berkenaan tidak percaya bahawa wangnya boleh menghilangkan αzαb ekonomi yang dirasai penerima. Sebaliknya, mereka hanya memberi sebagai tanda solidariti dan pengurangan impak.

Sejak tahun 2000, Amerika Syarikat sudah bertukar empat ketua negara. Tetapi naratif pemberian bantuan kewangan masih berterusan, meskipun ramai dalam kalangan rakyat mereka tidak bersetuju dengan prinsip big government.

Malah antara 2000 hingga 2021, Palestin misalnya sentiasa mengutip derma… tanpa sebarang penyelesaian pun pada masalah dialaminya. Inilah kenapa pemberian wang dibandingkan dengan prinsip kerajaan. Kepercayaan adalah segala-galanya dalam sesuatu tindakan.

Apabila sebuah kerajaan asing mengeluarkan dana kemanusiaan, banyak rantaian diplomasi sebenarnya bergerak. Pada tahun 2019, PBB telah membantu 3.39 juta orang. Ada banyak isu diuruskan mereka.

Contohnya pengurusan bekalan air bersih. Amerika Syarikat sedang berdepan dengan masalah sama di Flint, Michigan.

Air di Flint.

Pemberian bantuan sebenarnya mengukuhkan tiang sains… kerana dana ini bukan setakat diberi; sebaliknya saintis mengkaji jika ia menjadi solusi. Kalau berjaya, ia akan dipraktikkan dalam negara pemberi.

Kaedah pengagihan juga sangat mustahak. Malaysia mempunyai contoh sangat jelas. Pentadbiran Najib Razak demikian hari melaksanakan sebuah dasar rangsangan sosial dengan pemberian wang tunai kepada rakyat. Dari segi fiskal, ia mungkin menelankan kos tinggi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tetapi tengok pada landskap sosioekonomi, ia banyak membantu. Dan apabila COVID-19 melanda, kerajaan Malaysia meskipun setelah bertukar tangan sudah mempunyai platform utuh lagi kukuh tanpa perlu bergegas menempah satu lagi laman web untuk menguruskan perkara ini.

Pendek kata, bantuan kemanusiaan memang membantu orang ramai dalam mencapai sesuatu imbangan dalam hidup. Kerana apabila dugaan paling besar tiba, pihak berkenaan mampu mengendalikannya.

RUJUKAN:

Associated Press. (2021, Mac 3). Employment rose among those in Stockton’s universal basic income experiment: Study. KTLA.

Bastagli, F., et al. (2018). The Impact of Cash Transfers: A Review of the Evidence from Low- and Middle-Income Countries. Cambridge Core.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.