Anda seorang yang gemar dan mahir dalam permainan video genre peper4ngan? Dan dalam masa yang sama anda teringin merasai sendiri pengalaman menjadi seorang tenter4 yang memburu dan membunvh musuh? Jika anda seorang rakyat Amerika Syarikat, semua itu bukan perkara mustahil.
Sejak beberapa tahun US Air Forces telah memiliki satu kaedah baharu merekrut anggotanya iaitu melalui permainan video operator drone tempvr yang realistik dan boleh dimainkan secara terus di laman web berikut:
Dinamakan sebagai Airman Challenge, permainan ini merangkumi sebanyak 16 misi untuk diselesaikan, ia disertakan bersama dengan fakta tugasan dan maklumat terkini pengambilan rekrut baharu yang menjelas tentang cara yang betul untuk menjadi seorang operator dan mengendalikan drone sendiri.
Dalam percubaan paling terbaru US Air Forces demi mempromosikan tawaran perkhidmatan aktif kepada golongan muda, objektif permainan adalah seperti berikut;
Pemain akan menjalani misi mengiring kenderaan VIP Amerika Syarikat dengan melalui negara-negara seperti Iraq dan Afghanistan, mereka akan terbang di langit sambil memerhatikan sasaran samada yang perlu dimusnahkan atau yang dianggap sebagai ancaman, semua “pember0ntak” yang telah diprogramkan oleh sistem harus dihapuskan.
Pemain akan dianugerahkan medal dan markah bonus berdasarkan bilangan pencapaian setelah menghapuskan sasaran bergerak dengan berkesan. Sementara itu terdapat butang pilihan “Apply Now” yang terpapar di hujung kanan bahagian atas skrin sekiranya pemain ingin mendaftar dan merasai pengalaman menyer4ng sasaran sebenar menggunakan drone pemvsnah di sekitar Timur Tengah.
Walau bagaimana pun permainan ini dikritik hebat oleh David Swanson, pengarah pergerakan anti-per4ng, World Beyond War, dan pengarang War is a Lie yang menganggap ianya sebagai propaganda jijik dan menyalahi undang-undang kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur (sebagai pra-pengambilan) dalam pembvnuhan.
Drone Pengeb0m adalah sejenis teknologi yang masih agak baru. Barrack Obama semasa masih berkhidmat sebagai presiden Amerika Syarikat pernah berjanji untuk menamatkan pencerobohan melulu ke atas negara asing yang dimulakan oleh Presiden Bush.
Namun, walaupun Obama menerima Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 2009, dia sendiri telah memecahkan rekod menempatkan tenter4 darat Amerika yang paling ramai di Iraq dan Afghanistan, beliau juga telah meningkatkan skala senj4ta per4ng Amerika dalam bentuk drone pengeb0m, difahamkan, pengeb0man menggunakan drone telah diarahkan sekurang-kurangnya sepuluh kali.
Pada tahun terakhir Obama memegang jawatan, US Air Forces telah menggugurkan sekurang-kurangnya 26,000 b0m, kira-kira sekali setiap dua puluh minit secara purata. Setelah dia menamatkan perkhidmatan, Amerika Syarikat direkodkan telah mengeb0m tujuh negara serentak: Afghanistan, Iraq, Syria, Libya, Yaman, Somalia dan Pakistan. Manakala 90 peratus serangan drone dilaporkan sebagai “collateral damage” iaitu k0rban yang tidak bersalah.
Menjelang tahun 2016, walaupun Donald Trump meraih kuasa setelah membuat beberapa kenyataan yang dilihat sebagai anti-per4ng, mengkritik politik Obama dan Demokrat dalam menangani masalah di Timur Tengah, namun Trump sendiri telah mengembangkan pengeb0man melalui drone, meningkatkan jumlah ser4ngan sebanyak 432 peratus dalam tahun pertamanya memegang jawatan. Presiden Trump juga menggunakan ser4ngan drone untuk membvnuh jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani.
Tenter4 Amerika membelanjakan puluhan juta dollar setahun di Institut Teknologi Kreatif, dalam membangunkan teknologi canggih untuk industri filem, permainan video, dan latihan simulasi khas bagi tenter4 dan ejen bersenjata CIA. Jabatan Pertahanan menyumbang sejumlah bajet melalu francais beberapa label permainan video seperti Call of Duty dan Tom Clancy. (biasanya permainan genre first/third person shooter)
Permainan video yang diberi dana oleh tenter4 adalah tertakluk kepada peraturan mengikut naratif dan watak yang sama seperti filem dan siri TV, jadi, jika perlu, mereka boleh dinafikan, ditolak atau diubah dalam segala aspek termasuk nama permainan jika produk mereka berpotensi menimbulkan kontroversi yang melibatkan Jabatan Pertahanan dan tenter4.
LATIHAN MEMBUNVH DALAM PERMAINAN
Pada tahun 2018, Angkatan Tenter4 Amerika Syarikat gagal meraih sasaran pengambilan rekrut baru yang diperlukan walaupun telah menawarkan pakej yang sangat menarik dan bermanfaat untuk rakyat Amerika dari kelas pekerja. Justeru, mereka bertindak menukar strategi pengambilan.
Pengiklanan melalui siaran iklan di televisyen mula dihentikan dan mereka mula melabur untuk mencapai sasaran mikro melalui iklan atas taliab dalam usaha untuk menjangkau golongan muda, terutamanya lelaki di bawah usia 30 tahun yang sesuai untuk dilatih sebagai anggota bersenjata.
Silubus latihan dijenamakan untuk menubuhkan pasukan tenter4 e-Sports yang akan menyertai satu pertandingan permainan video di bawah jenama tenter4. Seperti dinyatakan sebuah laman web permainan, Kotaku, “Menempatkan anggota tenter4 di persekitaran dan institusi yang mesra-gamer adalah penting, bahkan amat perlu, jika benar mereka mahu mencapai kriteria tepat calon anggota tenter4 yang mereka mahukan”.
Walaupun permainan Airman Challenge adalah satu lagi cubaan baru, angkatan tenter4 telah mempunyai sejarah panjang penglibatan mereka dalam industri permainan video hiburan yang lebih umum. Sebelum ini pernah didedahkan kerjasama serius di antara pihak tenter4 dan industri hiburan digital.
Melalui sumber Freedom Of Information, didapati bahawa Jabatan Pertahanan pernah mengkaji, menyunting dan menulis beratus-ratus skrip TV dan filem setiap tahun, bahkan membekalkan subsidi kepada industri hiburan dengan konten dan kelengkapan percuma sebagai pertukaran untuk menghasilkan karya yang memberi gambaran baik mengenai tenter4 Amerika.
Industri permainan video adalah sangat besar, dengan permainan “first-person shooter” yang realistik seperti Call of Duty yang menjadi antara genre yang paling popular. Call of Duty: WWII, misalnya, berjaya menjual salinan bernilai $ 500 juta pada hujung minggu pembukaannya, ia adalah jumlah yang lebih besar yang berbanding kutipan filem blockbuster “Thor: Ragnarok” dan “Wonder Woman” walau digabungkan.
Ramai orang menghabiskan berjam-jam sehari bermain permainan video. Kapten Brian Stanley, seorang jurulatih tenter4 di California menyatakan bahawa anak-anak muda tahu lebih banyak tentang selok belok ketenter4an berbanding seorang pegawai tenter4 itu sendiri. Antaranya berkenaan senjata, kenderaan, sejarah dan taktikal per4ng, ilmu yang ada pada mereka sebenarnya datang daripada maklumat yang dihafal melalui permainan video.
Selain itu, anak muda juga secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh propaganda tenter4. Malahan jika propaganda itu bersifat fiksyen sekali pun, mereka masih boleh meneka apa sebenarnya plot dan watak dalam permainan itu.
Sebagai contoh, dalam Call of Duty Ghosts, anda berperanan sebagai seorang askar Amerika yang berper4ng melawan seorang diktator Venezuela yang memakai beret merah dan anti-Amerika, ia jelas lagi nyata gambaran watak tersebut adalah berdasarkan Presiden Hugo Chavez.
Sementara itu di dalam Call of Duty 4, anda menyertai kempen tenter4 Amerika di Iraq, menemb4k ratusan orang Arab yang digambarkan sebagai pengganas, maka ia adalah propaganda yang memburukkan imej orang Islam. Malah ada misi di mana anda mengendalikan drone, yang agak mirip dengan Airman Challenge. Dan, ya, juruterbang drone US Air Forces juga mengawal drone menggunakan joystick kawalan jauh Xbox.
KETIDAKADILAN YANG KIAN DILUPAKAN
Meskipun industri ketenter4an sangat terbuka dalam mengiklankan pengambilan rekrut untuk mejadi pelatih juruterbang, mereka cukup berusaha keras untuk menyembunyikan realiti yang mereka pernah lakukan terhadap mangsa-mangsa ser4ngan udara.
Yang paling terkenal berkemungkinan adalah skandal “Collateral Murder”, ia didedahkan oleh Chelsea Manning kepada pengasas Wikileaks, Julian Assange. Video itu menjadi berita hangat di seluruh dunia, membuktikan bagaimana betapa murahnya nyawa manusia lain pada pandangan Amerika.
Dalam rakaman tersebut juruterbang helikopter US Air Forces menghina sambil ketawa ketika sedang melepaskan tembakan bertalu-talu terhadap sekurang-kurangnya 12 orang awam yang tidak bersenjata, termasuk dua wartawan Reuters yang dianggap sebagai pengganas kerana membawa kamera yang disangka sebagai pelancar RPG.
Bahkan, mereka ketawa apabila melihat jenazah salah seorang mangsa digilis oleh sebuah kereta perisai Amerika yang dipandu rakan pelaku sambil mereka berdua berkomunikasi melalui radio.
Walaupun para komander yang bertanggungjawab terhadap operasi ketenter4an di Timur Tengah itu telah didakwa dan muncul di televisyen secara berterusan, mereka tetap berusaha menghalalkan tindakan itu dengan menegaskan kejadian itu sebagai ‘human error’, Manning dan Assange dihumban ke penjara kerana mendedahkan gambaran alternatif tentang keganasan yang sebenar.
Manning telah menghabiskan sebahagian besar dekad terakhir di penjara. Manakala Assange di penjara London masih menanti kemungkinan ekstradisi ke Amerika Syarikat pada waktu itu.
Permainan video Airman Challenge, hanyalah kesinambungan usaha rekrut terbaru yang merbahaya oleh tenter4 Amerika Syarikat. Jika mereka merasakan mereka perlu melakukan nya hanya untuk merekrut beberapa ratus ribu orang demi matlamat mereka, mungkin itu bermakna apa yang dicapai oleh mereka selama ini tidak berbaloi. Maka, keganasan tentu akan diteruskan.
PENDEDAHAN BEKAS PENGENDALI DRONE USAF
Seorang bekas pengendali drone pemvsnah US Air Forces yang pernah menarik perhatian kerana pendedahan mengenai dirinya yang menghadapi trauma selepas pegawai pemerintahnya mengatakan bahawa sasaran yang akan dihapuskannya hanya lah ‘seekor anjing’ ketika dia diarah membvnuh seorang kanak-kanak di Afghanistan.
Namun beliau mendapati di dalam visual skrin kamera drone itu jelas menunjukkan imej seorang kanak-kanak yang sedang berlari, bahkan hingga setelah kanak-kanak itu m4ti ditembak, masih juga pegawai pemerintahnya dalam nada yang sinis mengatakan “lihat, itu hanyalah seekor binatang, seekor anjing”
Menggambarkan kempen ketenter4an Amerika Syarikat sebagai lebih teruk daripada NAZl, operator tersebut, Brandon Bryant, dari Missoula, Montana, menghabiskan masa selama enam tahun berkhidmat untuk tenter4 Udara AS sebagai operator drone Predator yang dikawalnya dari dalam sebuah kontena gelap sejauh 7,000 batu dari zon konflik.
Lelaki berusia 34 tahun itu bertanggungjawab mengawal dan melancarkan misil drone secara jarak jauh dari pangkalan nya di Las Vegas, Nevada. Dia adakalanya juga meluangkan masa di pusat kawalan drone di New Mexico dan Iraq.
Tetapi selepas terpaksa melaksanakan perintah menyer4ng kedudukan ‘musuh’ di Afghanistan yang mengakibatkan kemat!an seorang anak kecil, dia merasakan yang dia tidak mampu lagi untuk meneruskannya dan bertindak keluar dari khidmat tenter4, lantas melancarkan kempen suara keamanan dalam usaha menentang program drone AS yang dahsyat.
Sebagai seorang ‘sensor’, Bryant juga mengawal beberapa sistem kamera dan bertanggungjawab dalam menyasarkan senjata m4ut itu pada sasaran mereka sementara ‘pilot’ akan menentukan navigasi dan pergerakan drone.
Sarjan Bryant turut menyatakan beliau sering mengalami gangguan tekanan pasca-trauma selepas beliau melancarkan temb4kan peIuru berpandu Hellfire terhadap manusia hidup yang jauh berada di benua lain.
Bryant serta rakan sepasukannya, Michael telah menjadi contoh yang hidup bagaimana CIA dan tenter4 merekrut dan melatih mereka untuk membvnuh menggunakan pesawat drone kawalan jauh hanya melalui permainan video.
Ketika menyertai pasukan udara, Bryant tidak pernah mahu menjadi pengendali drone namun dia dibawa masuk ke sebuah dewan lalu dia ditayangkan satu klip video rakaman footage ser4ngan drone yang berlatarkan lagu thrash metal dari kumpulan Metallica. pegawainya menuntut dia memandu pesawat pembvnuh senyap itu dan mengarahkan dia berlatih menggunakan simulasi permainan video.
Berikutan tugasnya yang tidak memerlukan dia turun ke lapangan dan zon per4ng, anggota-anggota senior lain dari kor juruterbang pesawat sebenar sering mengejek pekerjaan operator drone dengan menggelarkan mereka sebagai ‘Skuadron Kerusi’
Bryant menyertai US Air Forces ketika berusia 19 tahun, pembvnuhan pertamanya adalah pada tahun 2007. Dari 2006 hingga 2011, skuadronnya telah menemb4k sebanyak 1,626 sasaran termasuk wanita dan kanak-kanak. Manakala Bryan sendiri telah membvnuh seramai 13 orang.
Sejak menjadi aktivis keamanan rakyat Amerika, Bryant mendakwa keluarganya telah diancam selepas dia memberi keterangan kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan jawatankuasa siasatan parlimen Jerman pada tahun 2015, di mana dia telah mendedahkan dengan terperinci setiap aktiviti dan arahan yang dia terima semasa berkhidmat serta peranannya dalan membantu tenter4 Amerika melaksanakan operasi.
Bryant turut mendakwa ibunya diancam oleh dua orang pegawai yang datang ke rumahnya dengan mengatakan kepada ibunya bahawa anaknya berada dalam senarai ‘panas’ yang dikehendaki sebagai pengganas ISIS. Peguam Bryant telah membuka kertas pendakwaan kerana tindakan pegawai tersebut berbentuk satu ugutan untuk menakut-nakutkan pemberi maklumat.
Pada Mei 2016 seorang penerbit filem dokumentari dari Norway, Tonje Hessen Schei, menerbitkan sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah Bryan, berjudul Drone – This Is No Game!
Selain daripada Amerika Syarikat, Angkatan Bersenjata Denmark juga mencari gamers untuk meningkatkan inovasi kepakaran juruterbang, komander penerbangan dan pengendali radar.
Langkah itu sedang dipertimbangkan selepas Angkatan Bersenjata Denmark mendapati bahawa gamers mempunyai kemampuan yang baik untuk belajar, kepakaran strategik dan keupayaan untuk dalam visualisasi, di mana semua keperluan latihan dan kelengkapan untuk perkhidmatan boleh digunakan dengan baik dalam angkatan udara melalui kepakaran mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih