Berita Harian 1 Ogos 1957 ini menulis tentang Raja Melayu mula hadir untuk Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu (MRR) yang akan memilih dalam kalangan mereka Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu pada hari 3 Ogos 1957.
Proses Pemilihan KDYMM SPBYDPA Pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu ini juga akan disusuli dengan Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos tahun yang sama yang hanya akan berkuatkuasa semasa dan selepas Merdeka 31 Ogos 1957.
Sebenarnya, SPBYDPA yang pertama iaitu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad adalah calon ketiga dalam senarai kekananan yang layak dipilih sebagai Agong yang pertama. Sultan Pahang adalah calon kedua paling kanan dalam senarai.
Manakala Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah yang paling kanan dan ‘top of the list’ dalam senarai yang layak dipilih kerana baginda menduduki takhta sejak 1895 lagi.
Sultan Terengganu juga menarik diri dari dipilih kerana baginda Tuanku sendiri merasakan pada usia 50 tahun pada 1957, ditambah dengan pengalamannya hanya 12 tahun menduduki takhta Pahang baginda terlalu muda untuk menggalas tugas berat sebagai SPBYDPA yang pertama itu.
Bahkan Sultan Johor yang menolak menjadi calon sejak Julai 1957 tiada ketika pemilihan kerana dalam perjalanan pulang dari London menjadikan hanya 7 calon yang memperkenan untuk dipilih, semuanya layak dengan senioriti kekananan menaiki takhta.
Berbeza kini di mana undi rahsia MRR memilih SPBYDPA dan Timbalannya dibakar (dirincih) dan dimusnahkan selepas undi dikira, pada 1957, Raja-Raja Melayu dibekalkan ‘chap’ atau cop getah dengan perkataan ‘layak’ dan ‘tak layak’ pada meja undi, seperti dinyatakan dalam berita.
Sistem pengundian dan format kertas undi juga sangat berbeza dengan hari ini. Ketika itu ia menggunakan tulisan tangan semua ahli MRR untuk menulis nama calon yang dipilih juga perkenan baginda untuk dipilih.
Ketika itu, 2 calon SPBYDPA layak dipilih iaitu Sultan Pahang & Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ahli MRR dibekalkan dengan satu kertas undi padanya 2 nama untuk dipilih mana yang dirasakan layak menjadi Agong dan Timbalan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Paling menarik, berbeza dengan hari ini bila Sultan atau Raja perlukan 5 undi majoriti MRR untuk dilantik menjadi SPBYDPA, pemilihan kali pertama ini diketahui dengan satu ‘kod khas’ akan dihantar untuk memaklumkan keputusan siapa yang dilantik menjadi Agong ketika itu.
‘Kod khas’ yang dihantar ke ‘rumah’ masing-masing menjelaskan fungsi adanya istana hinggap semua Raja Melayu di Kuala Lumpur hari ini. Melaluinya, maklumat sampai kepada baginda Tuanku andai ahli MRR bersurai dan perlu mendapat maklumbalas penting berkaitan hasil mesyuarat.
Usai pemilihan pertama dan selepas keputusan dimaklumkan atas perkenan MRR, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 3 Ogos 1957 ketika itu mengumumkan bahawasanya MRR bersetuju memilih Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad sebagai SPBYDPA yang pertama negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih