Ya, anda tidak salah baca. Haiwan yang tidak mengenali undang-undang manusia ini dikenakan hukuman sedemikian. Walaupun tajuk artikel ini nampak kelakar, namun inilah realti apabila kita kembali ke fasa pertengahan Eropah.
Pada abad pertengahan Eropah iaitu sekitar abad ke-14 Masihi, undang-undang masyarakat Eropah ketika itu melibatkan hukuman terhadap haiwan yang melakukan kesalahan. Sebab haiwan juga terlibat kerana warga Eropah ketika itu percaya haiwan juga mempunyai moral sendiri dengan mengenali baik dan buruk sesuatu tindakan.
Antara ‘jenayah’ yang biasa haiwan lakukan ialah pembunuhan, hubungan seks dengan manusia (bestiality), dan merosakkan tanaman dan harta benda. Jika haiwan tersebut bersalah, ia akan menerima hukuman mati atau dibuang dari komuniti.
Penghakiman ke atas haiwan ini dicatatkan oleh penulis bernama Edmund P. Evans dalam bukunya berjudul ‘The Criminal Prosecution and Capital Punishment of Animals’ yang pernah diterbitkan pada tahun 1906.
Asal-usul penghakiman ini tidak diketahui namun yang jelas tamadun Rom pernah menghukum anjing mereka ketika berkonflik dengan wilayah Gaul (Perancis). Pada tahun 390, tentera Gaul memulakan serangan mengejut terhadap kubu Rom yang terletak di Bukit Capitoline. Kubu tersebut dikawal ketat oleh tentera dan anjing pengawal namun ramai anjing tidak dapat mengesan hendapan tentera Gaul sehingga teriakan angsa milik kuil dewi Juno membuatkan tentera Rom terjaga.
Kemudian, tentera Rom berjaya membanteras serangan hendap Gaul berkat suara angsa tersebut. Mereka percaya bahawa dewi Juno yang memperingati serangan tersebut melalui angsa. Anjing yang gagal menjalankan tugas dihukum gantung atas salib oleh tentera Rom sendiri sebagai pengajaran.
Penghakiman ke atas haiwan yang popular ialah penghakiman pada 9 Januari 1386 Falaise, Perancis. Babi muda ditahan kerana menyerang bayi berusia 3 bulan di atas katil bayi, menggigit dan menyiat kulit bayi sehingga meninggal dunia. Babi ini kemudian dimasukkan ke penjara, kemudian dihakimi dalam mahkamah untuk mebicarakan atas kesalahan yang ia lakukan.
Babi muda itu dikenakan hukuman dicacatkan bahagian kaki kanan, seterusnya menerima hukuman gantung sampai mati. Pada hari hukuman, babi tersebut dipakaikan dengan kot bersama sarung tangan, kemudian dihantar ke kawasan hukuman yang biasa diadakan di tengah pasar utama.
Menurut catatan dokumen, babi adalah haiwan yang paling banyak dibawa ke mahkamah untuk pengadilan ke atas jenayah ia lakukan. Sebab babi banyak dihukum kerana haiwan ini terlalu bebas bersama komuniti manusia sehingga sifat liarnya mengganggu kesejahteraan komuniti dalam kota.
Selain babi, haiwan lain juga turut mendapat hukuman seperti lembu jantan, kambing, dan anjing. Ayam jantan juga dihukum oleh penduduk kerana biasanya disyaki bertelur. Ya, mereka percaya bahawa jika ayam jantan bertelur, raksasa akan menetas dari telur tersebut. Keanehan ini juga ramai warga Eropah fasa pertengahan percaya sehingga memberikan hukuman bakar kepada ayam jantan yang lakukan ‘jenayah’ ini.
Melakukan ‘bestiality’ juga dikenakan hukuman berat bagi manusia dan haiwan jika kedua-duanya terlibat dalam jenayah tersebut. Hukuman bestiality ialah dibakar sehingga mati jika kedua-duanya bersalah. Dalam kes seorang warga Perancis bernama Jacques Ferron, dia ditangkap oleh penduduk kerana melakukan hubungan bestiality dengan keldai betina pada tahun 1750.
Kedua-dua ‘penjenayah’ kemudian diadili dalam mahkamah. Keputusannya, Feron disahkan bersalah dan dikenakan hukuman bakar sehingga mati. Manakala keldai betina yang Ferron ‘berhubungan’ tidak bersalah kerana sepanjang berhubungan selama 4 tahun, keldai betina itu bersikap ‘baik’ dan tidak pernah ‘curang’, malah dipaksa melakukan hubungan tersebut.
Inilah undang-undang aneh yang dilaksanakan pada abad ke-14 Masihi di Eropah. Kini, tidak ada lagi perlaksanaan hukuman terhadap haiwan-haiwan yang melakukan ‘jenayah’, melainkan mengenakan pembasmian terhadap haiwan yang membawa jangkitan berbahaya kepada manusia.
RUJUKAN:
Mingren, Wu. 31 May 2019. Strange But Serious Medieval Animal Trials Were No Kangaroo Court!. Ancient Origins.
Gillan, Joanna. 1 May 2022. Medieval Justice: Pig Was Tried in Court, Sentenced and Executed for Murder. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih