Sejarah menunjukkan keupayaan manusia menjinakkan haiwan-haiwan untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, penternakan, pengangkutan dan pεpεrαngαn. Dari segi pεpεrαngαn, antara haiwan yang kerap digunakan ialah kuda, keldai, lembu, unta, gajah dan babi. Eh, kejap kejap. Babi?!

Ya, babi digunakan sebagai senjata pεpεrαngαn terutama bila berdepan dengan gajah. Dan ia disaksikan buat kali pertama semasa era Rom oleh sejarawan Rom terkenal Pliny the Elder. Beliau menyifatkan di sebalik saiz badannya yang besar dan mampu menakutkan pihak mυsυh, gajah masih terkencing-kencing ketakutan kalau dengar bunyi babi.

Tetapi Pliny the Elder bukan sejarawan pertama yang merekodkan hal ini. Sebaliknya, orang pertama yang merekodkannya ialah seorang penulis bernama Aelian. Babi menurutnya digunakan untuk mengganggu gajah buat kali pertama dalam Pεrtεmpυrαn Beneventum pada 275 SM. Sebaik gajah-gajah pihak musuh melihat beberapa ekor babi dilepaskan ke medan pεrαng, ia mengakibatkan gajah-gajah ini takut dan lari bertempiaran. Ini membuka jalan kepada kemenangan pihak Rom dalam Pεrαng Pyrrhic yang berlaku dari 280 hingga 275 SM.

Tentera bergajah yang diketuai Raja Pyrrhus yang diperangi Rom dalam Perang Pyrrhic.

Selain Pεrαng Pyrrhic, Parsi juga turut menjadi mangsa taktik licik Rom ini. Ini berlaku pada 544 Masihi semasa era pemerintahan Khosrow I. Pihak Parsi mengepung Edessa bagi menjayakan usaha baginda meluaskan jajahan takluk Parsi ke sebelah Syam yang dikawal Rom Timur/Byzantine. Pihak Parsi cuba mara ke pintu gerbang kota dengan tεntεrα bergajah. Bagaimanapun, mereka dipaksa berundur selepas pihak Byzantine menggantung seekor babi hidup yang mengeluarkan bunyi sekaligus menakutkan gajah-gajah mereka.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ROM. Siapa sangka dalam tempoh seribu tahun kewujudannya, legasi Rom Barat terus dirasai sehingga hari ini. Daripada pembentukan Republik hinggalah kemunculan Julius Caesar sebagai diktator, semua ini menjadi pencetus kepada apa yang kita lihat hari ini. Dapatkan KITAB TAMADUN ROM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Rom-i.238336777.13454617576

Bagi pihak Rom, ia sememangnya satu taktik yang pelik tetapi menarik. Tetapi apabila gajah menjadi sebahagian daripada angkatan pεrαng mereka, ini bukan lagi pilihan. Lantas, gajah-gajah yang dimiliki dipelihara bersama anak-anak babi. Dengan berbuat demikian, barulah gajah-gajah Rom Timur tak melatah setiap kali dengar bunyi babi.

Tetapi langkah tersebut hanya dibuat selepas pihak Byzantine mengalami siri kekalahan di tangan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Siri kekalahan ini bukan setakat menunjukkan peralihan kuasa daripada kerajaan Rom Timur kepada kerajaan-kerajaan Islam. Malah, ini memperlihatkan Rom tidak belajar daripada taktik pεrαng mereka sebelumnya dan mengulangi kesilapan yang dilakukan para pemerintah yang menggunakan tentera bergajah.

Syiling yang memaparkan wajah Antigonus II Gonatas. Sumber: Uploadalt/CC BY-SA 3.0

Namun begitu, Rom bukan satu-satunya kerajaan yang menggunakan babi sebagai senjata pεpεrαngαn. Kerajaan Macedon pimpinan Antigonus II Gonatas melakukan perkara sama. Tetapi bezanya di sini ialah babi ini dibαkαr hidup-hidup sebelum dilepaskan kepada tεntεrα-tεntεrα bergajah. Macam biasalah, gajah-gajah lari tak cukup tanah bila nampak babi-babi yang terbαkαr. Dan itu cukup membantu tεntεrα Antigonus II menang dalam pertempuran yang disertai mereka.

Tetapi era babi perang merosot seiring dengan penggunaan gajah di medan pεrαng. Ini disebabkan bilangan gajah yang ditangkap dari habitat asal mereka semakin berkurangan. Selain diburu dan ditangkap, kemusnahan habitat turut mengakibatkan bilangan haiwan tersebut merosot. Dengan tentera bergajah dilihat lebih banyak menyusahkan daripada membantu, penggunaan haiwan tersebut sebagai kenderaan pεrαng dihentikan.

Tidak mustahil perkara sama turut menyumbang kepada penghentian penggunaan babi sebagai senjata peperangan. Ini kerana babi pεrαng jika tidak dilatih boleh saja mencetuskan huru-hara terhadap pasukan yang menggunakannya. Selain itu, jika ia dibαkαr terlalu awal, haiwan tersebut akan mαtι. Ini menjadikan sebarang kelebihan taktikal yang ditawarkan babi pεrαng sebelum ini hilang begitu saja.

Cuma yang menjadi persoalannya, apakah kisah ini benar-benar berlaku? Ini kerana sesetengah cerita pasal babi perang hanya wujud beberapa abad selepas pεpεrαngαn sebenar berlaku. Tetapi dengan mengambil kira tεntεrα gajah ialah legasi Hellenistik (tradisi Yunani yang dibawa oleh Alexander the Great), tidak mustahil babi juga diperkenalkan di medan pεrαng sebagai cara menghentikannya.

Kini, babi pεrαng boleh dilihat dalam permainan komputer Rome: Total Wαr. Ia digunakan oleh kumpulan negara-negara kota Yunani (Greek Cities) sebagai salah satu ketυmbυkan tεntεrα mereka. Seperti babi pεrαng di dunia sebenar, ia hanya boleh digunakan sekali di medan perang dengan tujuan mengacau formasi ketυmbυkan tεntεrα musuh.


Kita tahu sesebuah peperangan boleh dimenangi hasil kebijaksanaan dan kelicikan jeneral-jeneral terbilang dalam sejarah. Kita kenal Alexander the Great, Khalid bin al-Walid r.a dan Tun Perak. Tetapi kerana kelicikan mereka sebagai jeneral, ia mengubah haluan takdir sesebuah kerajaan atau empayar. Nak tau bagaimana itu berlaku, dapatkan PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-pertempuran-Agung-Seni-Pertempuran-Terulung-i.238336777.4138247824

RUJUKAN

Pandey, S. (2022, 22 Ogos). (ditapiskan) Pigs: A Flaming History of Nature’s Cutest Creations in (ditapiskan). Ancient-Origins.

Blazeski, G. (2016, 15 September). In Ancient Rome flaming (ditapiskan) pigs were used to counter elephants. The Vintage News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply