Selepas Per4ng Dunia Kedua berakhir, Korea Selatan dan Korea Utara dipisahkan oleh perjanjian di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat untuk sementara waktu, ia menyebabkan pemisahan melalui sempadan Semenanjung dengan Parallel 38.
Pada 25 Jun 1950, t3ntera Kim Il Sung melintasi selatan Parallel 38, namun dalam beberapa jam kemudian, t3ntera Korea Selatan tidak mampu bertahan. Hanya dalam masa beberapa minggu saja, pasukan t3ntera dan penduduk Korea Selatan terpaksa berundur ke Perimeter Busan.
Apabila PBB mempersetujui petisyen Amerika Syarikat yang menyeru tindakbalas bersenj4ta pada 27 Jun, Republik Turki adalah negara pertama dari PBB yang menyahut seruan tersebut yang juga merupakan satu tindakan Turki dalam prospek untuk memenuhi keperluan layak menjadi anggota NATO.
Kerahan pertama dari tiga briged t3ntera Turki bertolak pada 17 September dan tiba di Busan pada 17 Oktober. Secara keseluruhan, Turki telah menghantar sekitar 15,000 t3ntera ke Korea, yang kebanyakannya adalah sukarelawan. Menjelang akhir konflik, 741 orang daripadanya telah terk0rban.
Tidak lama selepas menempatkan t3ntera Turki di Korea, China mula campur tangan dalam per4ng apabila pasukan PBB, Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah melintasi utara Paralel ke-38. T3ntera Turki terikat dalam pertempvran apabila diser4ng pasukan China dari 25 November hingga 2 Disember berhampiran Sungai Chongchon, perintah untuk berundur mungkin terlewat atau tidak tiba langsung kepada pasukan Turki.
Turki telah menyedari bahawa China merancang untuk menghentikan pengunduran PBB dengan menyekat persimpangan kritikal di Kunu-ri, maka pasukan Turki bertempvr dengan begitu sengit melawan t3ntera China berhampiran sekitar Wawon sekarang di Korea Utara untuk melewatkan pergerakan pasukan China.
Walaupun kegagalan komunikasi berlaku di antara pasukan Turki dengan PBB telah menyebabkan jumlah k0rban yang besar, namun kelewatan dua hari t3ntera China itu telah menyelamatkan banyak nyawa. Selepas per4ng, Turki berjaya menjadi anggota NATO, dan ikatan persahabatan berkekalan terjalin dengan Korea Selatan.
SEKOLAH ANKARA
Satu dokumentari yang disiarkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation pada tahun 2010 menceritakan kisah sebenar pertemuan Süleyman dan Kim Eun-ja. Ini adalah karya kew4rtawanan pertama yang memberi perhatian terhadap usaha t3ntera Turki dalam menjaga anak-anak yatim akibat per4ng di Korea. Sebahagian besar kajian yang menghasilkan filem Ayla: The Daughter Of W4rs, juga berasal dari rujukan dokumentari ini.
Dokumentari ini memuatkan wawancara dengan beberapa veteran di Turki, dan Süleyman menceritakan bagaimana dia menjaga Ayla di Korea. Oleh kerana dia tidak tahu apa nama Korea Ayla, tidak mungkin dia dapat mencari Ayla kembali dengan mudah. Pembikin dokumentari melipatgandakan usaha untuk mencari Ayla dengan meneliti rekod bekas penghuni rumah anak yatim yang telah dibina oleh t3ntera Turki semasa per4ng, Sekolah Ankara.
Anak-anak yatim di Sekolah Ankara biasanya akan tinggal di sana selama bertahun-tahun. Setelah meninggalkan sekolah itu, mereka tetap mengadakan perjumpaan semula secara berkala. Akhirnya, seorang bekas pelajar mendedahkan bahawa kakaknya pernah menjadi sahabat Ayla. Melalui individu ini, mereka akhirnya mengetahui nama Korea Ayla adalah Kim Eun-ja. Setelah berjaya mengesan lokasi terkini Eun-ja , satu perjumpaan diatur.
Antara detik-detik lain yang menarik dan menyentuh perasaan sesuai dengan tema dokumentari ini telah membuka makna yang lebih mendalam dari kisah per4ng ini, salah satunya adalah ketika beberapa orang veteran Korea, yang pernah menjadi pelajar anak yatim di sekolah Ankara, menyanyikan lagu perarakan t3ntera Turki yang disebut, “The March of Ankara.”
Lagu ket3nteraan yang mereka nyanyikan mungkin dipilih oleh t3ntera Turki untuk mengajar anak-anak itu maksud nama sekolah mereka. Lagu itu masih hidup bersama mereka hari ini, yang menjadi sisa kenangan zaman kesukaran, tetapi memberi kesan nostalgia hubungan antara t3ntera dan anak-anak yatim dahulu.
Institusi asuhan dan pendidikan ini terus berfungsi dengan baik hingga tahun 70-an, selepas itu, ia bergabung dengan rumah anak yatim lain pada tahun 1979. Namanya berubah, tetapi sebuah monumen kecil dari Sekolah Ankara masih dikekalkan untuk menandakan lokasinya sebagai ingatan bersejarah.
Nyanyian bekas anak yatim Ankara juga menceritakan peranan t3ntera sebagai penjaga anak yatim per4ng, mungkin inilah salah satu detik di mana misi ket3nteraan memberi laluan kepada kemanusiaan. Sifat nasionalisme dalam liriknya telah hilang kerana pelajar Korea tidak mengetahui maksudnya. Bagi mereka, ini menggambarkan kehidupan yang dimungkinkan oleh Sekolah Ankara.
KISAH SÜLEYMAN DAN AYLA DALAM BENTUK FILEM
Sangat penting untuk fokus memperingati biografi sebenar veteran dan anak yatim per4ng itu sendiri. Anehnya, liputan media filem di Korea adalah sangat terhad. Manakala di Turki pula mendapat lebih banyak perhatian, tetapi dalam gambaran yang buruk.
Akhbar hanya menyebut objektif filem tersebut hanya sekadar untuk memenuhi kehendak kerajaan yang berkuasa atau kegagalannya berfungsi sebagai alat propaganda, bergantung pada agenda media. Agak kesal kerana penajaan Kementerian Kebudayaan untuk filem ini menimbulkan kontroversi, sehingga biografi veteran dan anak yatim akibat per4ng diabaikan.
Apa yang paling penting mengenai Ayla: The Daugher of W4r ialah ia cuba menceritakan kisah Süleyman Dilbirliği dan Kim Eun-ja/Ayla sebagaimana adanya. Cerita itu sendiri menggambarkan begitu banyak tentang bagaimana kemanusiaan berterusan walaupun di tengah-tengah hakikat per4ng yang mengerikan. Media sepatutnya memberi fokus mengenai cerita ini dan mempermudahkan akses untuknya. Kaitan dan penglibatan kerajaan dalam filem ini sepatutnya menjadi isu kedua.
Pasukan t3ntera Turki dan anak-anak yatim, para sukarelawan dari Korea yang membantu rakyat Turki semasa bencana gempa bumi, dan bagaimana penyokong Korea boleh menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Turki semasa Piala Dunia Korea & Jepun telah membuktikan bagaimana manusia mampu mengetepikan sebentar masalah politik dan per4ng.
Dilaporkan, setelah tayangan perdana filem itu, Süleyman telah mengatakan kepada Mehmet Uslu, penerbit film tersebut, “Saya merasa sempurna. Kamu telah merealisasikan hasrat saya, dan saya telah menepati janji saya kepada Ayla. “
KRONOLOGI PENGALAMAN SÜLEYMAN DALAM PER4NG KOREA
Ketika Per4ng Dingin meletus di Semenanjung Korea yang sekaligus mencetuskan Per4ng Korea yang masih belum diisytiharkan telah tamat semenjak tahun 1950 hingga kini, pada waktu itu briged t3ntera Republik Turki telah dikerah ke Korea Selatan untuk membantu w4rga Korea Selatan mempertahankan tanah mereka.
Salah seorang anggota t3ntera Turki yang terlibat ialah Sarjan Süleyman, seorang t3ntera Turki berusia 25 tahun. Namun, dia tidak pernah menyangka bahawa keputusannya untuk menjadi sukarelawan t3ntera di Korea Selatan akan mengubah seluruh perjalanan hidupnya.
Ditakdirkan pada suatu hari, setelah satu pertempvran sengit dengan pihak musuh di tengah malam, t3ntera Turki menyedari terdapat pergerakan aneh di belakang satu semak samun. Didorong dengan perasaan curiga, t3ntera Turki kemudian bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal muncul dari semak itu.
Süleyman yang kemudian bertindak mendekati semak itu tidak pernah bersedia untuk melihat apa yang bakal diketahuinya. Rupanya, di sebalik semak itu ada seorang anak gadis kecil yang dalam ketakutan sedang menangis ketika Süleyman melihatnya.
Süleyman segera memeluk gadis kecil itu dan cuba menenangkannya. Dia kemudian mengetahui bahawa anak gadis yang comel itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan identiti, rumahnya sudah tiada dan tidak diketahui samada dia masih mempunyai saudara-mara yang masih hidup.
Dia sedar, bahawa terdapat risiko yang tinggi jika membawa anak kecil tinggal di kem t3ntera mereka tetapi itu lebih baik daripada meninggalkan anak itu di tengah-tengah zon per4ng. Namun, syukurlah kerana seluruh briged t3ntera Turki menerima anak kecil itu dengan baik, bahkan dia disenangi oleh
para pegawai atasan Süleyman sendiri.
Gadis itu tinggal bersama mereka di kem Turki, mereka menjaganya dan memberi makan yang secukupnya. Süleyman kemudian menamakannya “Ayla” yang bermaksud “cahaya bulan” kerana wajahnya yang bersinar di bawah bulan purnama ketika dia menemuinya. Ayla rupanya seorang anak gadis yang pintar apabila dia berupaya mempelajari bahasa Turki dalam waktu yang sangat singkat.
Selama satu setengah tahun, Ayla dan Süleyman menjalin hubungan yang erat seperti seorang bapa menjaga anak perempuannya
Sayangnya, pada tahun 1953 ketika Korea Selatan dan Korea Utara sedang mencapai perjanjian gencatan senj4ta, ini bermakna briged t3ntera Turki harus pulang ke Turki, mereka terpaksa berpisah antara satu sama lain. Süleyman ingin membawa Ayla bersamanya kembali ke Turki tetapi itu tidak mungkin terjadi.
Ayla kemudian ditempatkan di sebuah pusat asuhan untuk anak-anak yang menjadi yatim piatu kerana per4ng. Tempat itu bernama Sekolah Ankara, sebuah sekolah yang didirikan hasil inisiatif oleh kerajaan Republik Turki untuk anak-anak Korea yatim mendapatkan penjagaan dan pendidikan.
PERTEMUAN SEMULA DAN PERPISAHAN SELAMANYA
Selama bertahun-tahun, Süleyman tidak pernah berhenti berdoa agar dia dapat disatukan kembali dengan ‘anak’ perempuannya yang dilaporkan telah hilang dari sekolah itu. Namun, setelah beberapa usaha yang tidak terkira banyaknya itu, veteran yang ketika itu telah berusia 80-an mulai merasa putus asa.
Pada ulang tahun ke-60 Per4ng Korea, Süleyman, ketika berusia 85 tahun, menghadiri majlis resepsi dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan t3ntera dan pegawai yang berada di sana. Beliau menarik perhatian seorang wartawan yang kemudiannya berminat dan cuba menyiasat lebih jauh mengenai keberadaan Ayla tetapi gagal. Arkib rumah anak yatim tidak dapat diperolehi dan pencarian berakhir di sana.
Sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang lelaki yang mendakwa bahawa kakaknya mengenali Ayla dan Ayla sekarang dikenali sebagai Kim Eunja. Apabila wartawan mengunjungi kediaman Ayla yang ketika itu sudah berusia 65 tahun di rumahnya, dia mula menangis apabila ditunjukkan beberapa keping foto dirinya semasa kecil bersama Süleyman kerana walaupun telah bertahun-tahun terpisah, Ayla masih mengingati Süleyman sebagai wira dan bapanya.
Pada tahun 2010, pasangan yang berbeza agama, bahasa dan bangsa yang telah lama terpisah itu akhirnya bertemu kembali setelah 60 tahun berpisah. Pertemuan air mata itu menyaksikan Süleyman yang berusia 85 tahun memeluk Ayla dan berkata, “Segalanya sudah berakhir anak gadisku, aku sudah berada disini.”
Kedua-duanya terus saling menghubungi antara satu sama lain melalui surat dan telefon, Ayla memanggil Süleyman sebagai ‘ayah’ dan isteri Süleyman sebagai ‘ibu’.
Mereka berdua akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya setelah Süleyman meninggal dunia pada usia 91 tahun. Süleyman meninggal dunia di Haydarpaşa Numune Research and Training Hospital pada 7 Disember 2017, kerana beberapa kegagalan organ.
Selepas Süleyman Dilbirliği meninggal dunia. Dua belas jam kemudian, isterinya, Nimet turut sama meninggal dunia. Ketika itu dia berusia 91 tahun dan isterinya berusia 85 tahun. Semasa hayatnya, mereka dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga dan memberi makan kepada anjing dan kucing jalanan menggunakan hasil dari pencen mereka. Kim Eun-ja telah mengunjungi Süleyman ketika dia dirawat di hospital pada bulan November, dia juga menangis apabila melihat keadaan ‘bapanya’ itu.
Mereka mungkin hanya berpeluang bersatu kembali selama beberapa tahun setelah berpisah selama enam dekad tetapi kasih sayang kebapaan yang ditunjukkan oleh Süleyman kepada Ayla akan selamanya hidup dalam pembikinan ulang kisahnya itu yang diadaptasi dalam bentuk filem “Ayla: The Daughter of W4r.” Filem Turki itu bahkan terpilih sebagai calon rasmi Turki untuk anugerah filem bahasa asing terbaik di Oscar.
Selain Korea Selatan, negara Turki juga turut menjalinkan hubungan yang baik tanpa sebarang perselisihan berdasarkan sejarah masing-masing dengan beberapa lagi negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia (Aceh), Malaysia (Johor), Thailand dan Pakistan. Turki sudah lama menarik kembali seluruh angkatan tenter4nya di Korea, namun Per4ng Korea tidak pernah diisytiharkan sebagai telah tamat sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, Turki telah membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan kekeluargaan mampu mengatasi rasa kebencian dan dendam dalam peper4ngan.
RUJUKAN:
NOVasia : Whose Daughter is Ayla?
Hurriyet Daily News: Turkish foster father of Korean war orphan remembered
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih