Pada 10 September 1945, seorang petani bernama Lloyd Olsen dari Fruita, Colorado, merancang untuk makan malam bersama dengan ibu mertuanya lalu isterinya meminta dia pergi ke ladang untuk memilih dan membawa pulang seekor ayam.

Pasangan Olsen

Olsen memilih seekor ayam baka Wyandotte yang berusia lima setengah bulan bernama Mike untuk dimasak. Cara orang barat berbeza dengan kita, kebiasaannya mereka akan menetak leher ayam hingga putus tapi mereka selalu gagal menentukan di mana titik penting hingga adakalanya haiwan yang hendak dikorb*nkan tidak m*ti dalam masa yang singkat.

Hayunan kapak Olsen menghilangkan sebahagian besar bahagian kepala Mike, tetapi tidak mengenai urat jugulum (jugular vein), akibatnya bahagian kepala ayam itu hanya tinggal satu telinga dan sebahagian besar brain stem atau dalam istilah di luar konteks sains bahasa Melayu “batang otak”, tidak mengalami kerosakan teruk.

Setelah kegagalan Olsen dalam percubaannya hendak memenggal kepala Mike, ayam itu masih mampu mengimbangi postur kedudukan badannya namun ia akan berjalan secara kekok kerana tidak boleh melihat lagi.

Ayam yang malang itu tetap berusaha untuk makan, mematuk makanan, dan cuba berkokok, namun tidak banyak ia mampu lakukan seperti semasa ia masih memiliki kepalanya. “kokokan” Mike hanya mengeluarkan bunyi suara dalaman seperti mengerang keluar dari kerongkongnya.

Tergamam melihat Mike tidak m*ti walaupun kepala sudah tiada, Olsen yang dungu itu sebaliknya memutuskan untuk menjaga ayam yang menderita itu. Dia memberinya campuran susu dan air melalui bekas penitis ubat mata dan memberi ia makan bijian kecil jagung dan cacing.

MERAIH POPULARITI

Semenjak itu, ayam itu dikenali sebagai The Headless Mike, ia juga dikenal sebagai Miracle Mike, ayam yang malang ini hidup selama 18 bulan setelah kepalanya dip0tong. Walaupun kisahnya pernah dianggap oleh ramai pihak sebagai palsu, pemilik ayam itu membawanya ke University of Utah di Salt Lake City untuk membuktikannya melalui penjelasan fakta saintifik.

Setelah kemasyhurannya telah mulai meningkat, Mike memulakan “kerjaya” barunya dalam siri jelajah persembahan sideshow bersama syarikat yang mengadakan pameran eksotik seperti bayi berkepala dua (kembar siam). Gambar Mike juga menjadi penghias kulit untuk puluhan majalah dan akhbar, antaranya majalah Time dan majalau Life.

Mike dipamerkan kepada orang ramai dengan harga tiket masuk sebanyak 25 sen satu kepala. Pada puncak popularitinya, pemilik ayam ini meraih 4,500 Dolar Amerika sebulan (51,500 Dolar Amerika hari ini), nilai Mike secara keseluruhannya adalah sekitar 10,000 Dolar Amerika.

BERAKHIRNYA PENDERITAAN MIKE

Pada bulan Mac 1947, di sebuah motel di Phoenix yang menjadi tempat persinggahan ketika dalam perjalanan pulang dari siri jelajah, Mike mula tersedak pada waktu tengah malam. Dia berjaya memasukkan sebiji jagung di kerongkongnya sendiri.

Bekas penyimpan alat-alat penjagaan Mike

Pasangan Olsen pula secara tidak sengaja tertinggal jarum penyuntik makanan dan alat pembersih mereka di tapak karnival sehari sebelumnya, jadi mereka gagal menyelamatkan Mike. Olsen mendakwa bahawa dia telah menjual burung itu, mengakibatkan kisah Mike masih menjadi buah mulut media dan orang awam di negara itu pada tahun 1949.

PENERANGAN KES

Sumber-sumber lain mengatakan bahawa sistem trakea kerongkong ayam yang terputus tidak boleh mengambil udara yang cukup untuk bernafas, dan biji jagung yang cuba dimakannya terlalu besar dan oleh itu ayam itu gagal bernafas lalu menamatkan penderitaannya serta merta.

Kajian telah mengesahkan bahawa hayunan kapak yang tidak mengenai urat jugulum dan d*rah beku yang mencegah Mike dari mengalami pend*rahan hingga m*ti. Walaupun sebahagian besar kepalanya terputus, sebahagian besar batang otak dan satu telinga tertinggal di badannya.

Memandangkan beberapa fungsi asas (pernafasan, degupan jantung, dll.) serta sebahagian besar tindakan refleks ayam dikendalikan oleh batang otak, Mike dapat mampu meneruskan hidup tanpa kepala.

Ini adalah contoh terbaik generator pusat motor yang membolehkan fungsi homeostatik asas terus beroperasi apabila kehilangan sistem otak utama yang lebih tinggi.

INSPIRASI BUDAYA POP MODEN

Mike the Headless Chicken kini diabadikan sebagai sebuah institusi di Fruita, Colorado, dengan mengadakan festival tahunan “Mike the Headless Chicken Day” pada hujung minggu ketiga bulan Mei, ia bermula pada tahun 1999.

Acara yang diadakan merangkumi pertandingan 5K Run Like a Headless Chicken Race, acara baling telur, Pin the Head on the Chicken, Chicken Cluck-Off, serta cabutan bertuah Chicken Bingo, di mana najis ayam diletakkan pada grid bernombor bagi memilih angka.

Mike the Headless Chicken turut menjadi inspirasi untuk sebuah kumpulan muzik punk komedi bertemakan haiwan bernama The Radioactive Chicken Heads, sebuah lagu mengenai Mike telah dikeluarkan pada tahun 2008 yang berjudul “Headless Mike”, di mana ia turut menghasilkan muzik video. Kumpulan ini juga sering mempersembahkan wayang boneka Headless Mike dalam beberapa persembahah mereka.

Nota Kaki : Apa yang berlaku apabila kepala ayam dip0tong?

● Mem3nggal kepala memutuskan otak dari bahagian badan yang lain, tetapi untuk jangka masa pendek rangkaian sumsum tulang belakang masih mempunyai sisa oksigen.

● Tanpa input dari otak, litar yang menyambung otak dengan anggota badan lain akan beroperasi secara spontan. “Neuron menjadi aktif, kaki boleh bergerak perlahan-lahan,” — Dr Tom Smulders dari Newcastle University.

● Biasanya ia berlaku ketika ayam dibaringkan, tetapi dalam beberapa kes yang jarang berlaku, sistem neuron akan mencetuskan program motor yang akan menyebabkan ayam adakalanya terus berlari selepas kepala terputus tetapi tidaklah sehingga 18 bulan seperti kes Mike, biasanya lebih kurang 15 minit atau lebih.

● Beberapa pihak mendakwa ayam tidak merasa kesakitan setelah kepalanya putus, tetapi sebenarnya jika anda mem0tong kepala ayam, tekanan dari hayunan kapak akan menyebabkan setiap tunjang saraf di leher mencetus letusan seperti kejutan elektrik yang mengalir sedikit demi sedikit ke setiap saraf yang menuju ke otot dan memaksa mereka bergerak, menggelupur atau berlari, jadi secara teknikalnya ayam akan merasa kesakitan itu. Kalau tidak sakit sekali pun, ia tetap menderita akibat kesukaran untuk hidup berdikari, tak mampu makan minum seperti biasa dan tak boleh melihat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.