
Awan mendung berkepul-kepul, mengekang sinar terang mentari petang. Di kawasan terbiar yang dilingkungi kesuraman, terjadilah perang antara dua kerajaan singa. Singa-singa betina dari tanah kerajaan mengaum; begitu jugalah singa-singa betina dari tanah larangan. Singa betina dari tanah larangan itu puak yang terusir dari oleh Simba, raja singa yang mentadbir The Pride Lands kerana kesalahan Scar,

Seluruh nasib Dinasti Qing akhir 1890-an berada di dalam genggaman nenek tua itu. Mula-mula, dia memasuki istana sebagai calon gundik yang manja dan manis. Nasib menyebelahinya, menaikkannya ke atas takhta keemasan setelah dia menjadi kesayangan maharaja. Daripada ayam belanda yang berwajah biasa, dia bertukar kepada phoenix! Wanita ini melontarkan arahan di balik tirai, menundukkan maharaja

Langkahku tetap tidak berganjak biarpun keris sultan menusuk rusukku bersama kemurkaan baginda; biarpun sejuta fitnah dilemparkan kepada namaku. Darah kesetiaanku tetap mengalir menjadi laut dan laut ketulusanku diharapkan menjadi rahmat yang melindungi takhta sultan. Dirgahayu sultanku! Itulah kesetiaan yang tidak berbelah bagi seseorang pembesar terhadap tuannya biarpun fitnah yang disumbatkan d

Zaman Kesultanan Melayu Melaka sinonim dengan era gemilang dan disifatkan begitu pesat, baik dalam catatan China, Belanda mahupun catatan Melayu, iaitu Sulalatus Salatin. Sultan yang memerintah Melaka pula sering dijulang dengan sifat-sifat terpuji, seperti adil, paras yang tiada tolok bandingnya dan warak. Sultan Mansur Syah contoh terbaik yang telah memakmurkan Melaka dengan menjalin hubungan di