Bagi yang first time dengar pasal AUKUS, tak, ia bukan nama kedai nasi kukus. AUKUS adalah singkatan Australia-UK-US, merujuk kepada perjanjian kerjasama ketenteraan antara 3 negara yang diumumkan pada 15 September.

Di bawah perjanjian AUKUS, 3 negara ini akan bekerjasama dalam bidang ketenteraan termasuk perkongsian perisikan, dan juga perkongsian teknologi pembinaan kapal selam berkuasa nuklear US kepada Australia.

Kalau jadi, maka Australia akan jadi negara ke-7 yang memiliki kapal selam nuklear selepas US, UK, Perancis, Rusia, China dan India.
Kenapa nak bagi Australia? Apa yang special sangat Australia ni?

Sebab Australia adalah sebahagian daripada Quad atau Dialog Keselamatan Empat Hala (Quadrilateral Security Dialogue) yang dianggotai oleh US, Australia, Jepun dan India, yang ditubuhkan pada zaman Trump untuk mengimbangi kuasa China di rantau Indo-Pasifik (Lautan India dan Pasifik).

Kenapa tak bagi Jepun atau India? Sebab Jepun masih tak benarkan penggunaan senjata nuklear (akibat jadi mangsa senjata nuklear semasa P.eran.g Dunia Kedua), manakala India dah ada kapal selam nuklear.

Jadi dengan AUKUS ni, perancangan US untuk mengimbangi China akan jadi lebih mantap konon. Kedua-dua Australia dan India yang ada kapal selam nuklear boleh sekat kapal p.era.ng China daripada menembusi Lautan India.

Tapi pengumuman AUKUS ni mendatangkan banyak reaksi negatif. Perancis sampai jadi mengamuk, panggil balik dutanya ke US dan Australia.
Sebab Perancis dan Australia dah ada deal untuk buat kapal selam yang berbilion-bilion, tapi dibatalkan sebab ada AUKUS ni.

Lagi buat teruk, AUKUS ini diumumkan tanpa memaklumkan Perancis terlebih dahulu. Menteri Luar Perancis kata AUKUS ini ibarat “tikam belakang”. Kesatuan Eropah (EU) juga menyatakan sokongan dan solidariti kepada Perancis dan kecam US tak jaga perasaan sekutu.

2 daripada anggota Five Eyes (pakatan perkongsian perisikan antara US, UK, Australia, New Zealand dan Kanada) juga tak dimaklumkan pasal AUKUS (tipu lah kalau tak terasa). Walaupun New Zealand tak bantah AUKUS, tapi dia bagitau siap-siap kapal selam nuklear Australia jangan harap nak masuk perairan NZ sebab NZ ada dasar bebas nuklear sejak 1987.

Di kalangan Quad, walaupun India tak menyatakan bantahan, tipu lah kalau tak terasa. Ada sentimen di India bahawa AUKUS ni seolah-olah “downgrade” kedudukan India sebagai sekutu utama US. Dah ada Quad, pergi buat AUKUS lagi buat apa.

Orang expect Biden akan memperbaiki hubungan US dan sekutunya yang rosak di zaman Trump. Tapi dengan AUKUS, semua sekutu utama US kena offended.

Orang expect Biden akan menggabungkan Quad, G7 (US, UK, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun) dan Korea Selatan jadi satu pakatan demokrasi (D10), sekali dia menyempitkan pakatan kepada UK dan Australia. Negara-negara Eropah terutamanya Perancis paling benci kalau negara-negara Anglo ni buat pakatan tak ajak.

Jadi tak keterlaluan kata AUKUS adalah satu lagi “blunder” dasar luar Biden selepas Afghanistan.

Abang long negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Indonesia juga menyatakan bantahan terhadap AUKUS. Lawatan PM Australia ke Indonesia pun kena batal. Indonesia anggap AUKUS akan mencetuskan perlumbaan senjata di Asia Tenggara, dan persengketan China-AUKUS akan menggugat ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali) dan SEANWFZ (Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara) yang masih didukung oleh ASEAN. Tak nak nanti China dan AUKUS berjuang, ASEAN m.a.ti di tengah-tengah.

Tapi bukan kah negara-negara ASEAN pun rasa terancam dengan China? Kenapa tak sokong AUKUS yang dicipta untuk mengimbangi China?

Ada dua sebab.

Yang pertama, ekonomi.

Pada tahun 2000, hanya 4 daripada 10 negara ASEAN (Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar) yang bergantung kepada China untuk mengeksport barangannya. Hari ini, 10 daripada 10 negaraASEAN bergantung kepada China sebagai pasaran eksport terbesar.

Jadi negara-negara ASEAN tak nak dipaksa untuk buat pilihan antara US dan China. Benar, buat pakatan ketenteraan dengan US boleh mengimbangi China, tapi pada masa yang sama ia akan mengundang reaksi daripada China. Kalau China mengenakan sekatan terhadap barangan eksport, negara rugi, ekonomi merudum, siapa nak tanggung?

Dilema ni tak akan berlaku kalau US adalah kuasa yang dominan dari segi ketenteraan dan ekonomi pada masa yang sama.

Macam di zaman P.era.ng Dingin, Thailand, Filipina, Singapura, Jepun, Korea Selatan ni semua masuk kem US sebab US buka pasarannya dan bagi pelaburan kepada negara sekutu. Jadi negara tak kisah memeluk US dan mengetepikan kuasa besar lain sebab US payung semua. Tapi sekarang, US nak jaga ekonomi sendiri pun tak mampu, apatah lagi nak jaga sekutu.

Sebab itu, apabila Obama memperkenalkan dasar “Pivot to Asia” pada 2011, negara-negara ASEAN termasuk Indonesia dan Malaysia mengalu-alukan dasar tersebut, melihat ia sebagai satu cara untuk mengimbangi kuasa China.

Malaysia menaiktaraf hubungannya dengan US kepada “Comprehensive Partnership”, dan menyertai perjanjian perdagangan Trans-Pasifik (TPP) yang dapat mempelbagaikan eksport ke negara selain China, terutamanya ke US.

Tapi tiba-tiba Trump naik, tarik US keluar daripada TPP dan mengisytiharkan dasar “America First”. Itu menyedarkan negara-negara ASEAN tentang betapa rapuhnya komitmen US. Hari ini Republican naik, dasar lain; besok Democrat naik, dasar lain. Negara ASEAN lebih berhati-hati dalam bekerjasama dengan US, takut nanti menjerat diri.

Itu membawa kepada sebab kedua kenapa ASEAN tak sokong AUKUS: keraguan terhadap komitmen US.

Walaupun Trump digantikan oleh Biden yang beriya-iya kata “America Is Back”, tapi apa yang berlaku di Afghanistan menunjukkan masih terlalu awal untuk memeluk US sepenuhnya.

Afghanistan adalah sekutu US bertaraf Major Non-NATO Ally, tapi Biden tinggalkan Afghanistan macam tu saja, biarkan ditawan oleh Taliban. Alasan US ia tidak lagi ada kepentingan di

Afghanistan dan tawar hati dengan kerajaan Afghanistan. Itu ally, apatah lagi negara-negara yang bukan ally.

Beberapa hari selepas Afghanistan ditawan Taliban, Naib Presiden Kamala Harris buat lawatan ke Vietnam, konon nak ajak sama-sama buat jajaran lawan China.

Vietnam adalah musuh tradisional China, dan kedua-dua negara sekarang merebut Kepulauan Paracel dan Spratly di Laut China Selatan. Jadi, munasabah bagi Vietnam berpihak kepada US.

Sekali Vietnam pergi mengadap China sehari sebelum Harris datang, bagitau China bahawa Vietnam tak akan berpihak kepada US. Takut lawatan US akan menyinggung China. Vietnam tak yakin

US sekarang akan membantu Vietnam sekiranya Vietnam terpaksa berp.er.ang dengan China, dan takut permusuhan dengan China akan menjejaskan ekonominya.

Kat Malaysia ada ramai yang stim pasal AUKUS, nak sangat Malaysia menyatakan sokongan kepada AUKUS. Kononnya Australia adalah rakan Malaysia dalam Five Powers Defence

Arrangements (FPDA) bersama-sama UK, New Zealand dan Singapura, dan penglibatan Australia dalam AUKUS akan mempertahankan kedaulatan Malaysia daripada ancaman China.

Tapi, FPDA bukan pakatan pertahanan. Ia hanya sebuah “arrangement” (bukan agreement) untuk mengadakan konsultasi dan kerjasama yang tidak mengandungi “mutual defense commitment”.

Kalau Malaysia dise.ran.g, Australia atau UK tak wajib bantu Malaysia.

Kedinamikan AUKUS juga akan berubah ikut perkembangan politik US, UK dan Australia. Kerajaan Australia sekarang yang diterajui oleh Liberal (konservatif) sokong AUKUS, tapi kalau nanti Labour yang pro-China naik, ubah lagi dasar.

Sama juga dengan US, nanti kalau pengganti Biden tak nak buat AUKUS lagi, Malaysia yang beriya-iya pro-AUKUS nak letak mana?

Malah sejauhmana Australia boleh mengimbangi China dengan berkesan pun menjadi tanda soal. Australia macam negara ASEAN juga, ekonominya bergantung kepada China. 40% eksport

Australia adalah ke China (lagi banyak berbanding Malaysia dan Indonesia), dan nilai dagangan Australia-China adalah 5 kali ganda nilai dagangan Australia-US.
So kalau Australia buat China marah, China buat sekatan terhadap eksport Australia, melutut juga Australia nanti.

Jajaran dengan US dan sekutunya bagi tujuan mengimbangi China akan lebih berkesan sekiranya US dan sekutunya kembali menjadi kuasa ekonomi yang dominan yang memiliki asas ekonomi kukuh.

Apabila kebergantungan ekonomi negara-negara serantau terhadap China dikurangkan, maka negara akan ada lebih banyak ruang autonomi untuk mempertahankan kedaulatan sendiri.

Dengan kata lain, “economic balancing” adalah lebih utama berbanding “military balancing”. Military balancing tanpa economic balancing hanyalah sia-sia.

Tapi malangnya, tak nampak apa plan serius kuasa-kuasa besar anti-China ni nak kurangkan dominasi ekonomi China.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.