Augustus memberitahu rakyat Rom yang hanya baginda sahaja yang boleh menyelamatkan Empayar Rom, dan mereka mempercayainya.

Patung Augustus Caesar

Sistem republik telah diamalkan di Rom sejak lebih 300 tahun yang lalu (sebelum zaman Augustus). Sepanjang tempoh itu, norma politik akan sentiasa dipatuhi. Jika kerajaan menghadapi masalah, mereka akan ubah kerajaan untuk memastikan kerajaan Empayar Rom sentiasa berfungsi.

Sepanjang tempoh ini, tiada keganasan politik yang ketara, rampasan tanah ataupun hvkuman m4ti kerana mereka tidak menentang sistem politik yang telah ditetapkan di zaman Rom pada masa itu.

Pembvnuhan politikal Rom pertama kali berlaku pada Tahun 133 SM apabila Tiberius Gracchus, Pegawai yang dilantik secara demokrasi dibvnuh oleh Ahli Senat dengan menghentakkan kepala beliau dengan kerusi kayu kerana tidak berpuas hati dengan Gracchus yang mengagihkan tanah kerajaan kepada golongan fakir.

Setelah itu, lebih kurang 300 pengikutnya dibvnuh dengan kej4mnya. Rom semakin tidak stabil dengan pelbagai kerenah politik yang dimainkan oleh senator-senator Rom.

Keg4nasan politik meningkat menjelang era 80-an SM. Parti-parti politik mula merampas tanah-tanah orang kampung (rakyat Rom) dan pembvnuhan musuh politik menjadi semakin ketara. Kemuncaknya, pada Tahun 44 SM, ahli senat membvnuh Julius Caesar setelah baginda mengisytiharkan namanya sebagai Diktator Sepanjang Hayat.

Penyalahgunaan kuasa oleh ahli politik juga menjadi ketara. Sebagai contoh, Senator Cato Si Muda (Cato The Younger) menangguh-nangguhkan perbincangan berkenaan dengan undang-undang yang tidak disukainya.

Perbincangan berkenaan dengan akta tersebut makan masa bertahun-tahun kerana Cato tidak mahu mempercepatkan perbincangan. Senator-senator lain tidak membantah kerana Cato adalah senator yang paling berpengaruh.

Cato the Younger by Taddeo di Bartolo – Palazzo Pubblico – Siena 2016 (Sumber daripada Wikimedia common)

Pada Tahun 59 SM, salah seorang konsulat yang berkhidmat dengan Cato cuba menutup perniagaan rakyat selama setahun dengan mengisytiharkan setiap hari ialah Hari Cuti Keagamaan (Dalam empayar Rom, Cuti Keagamaan diterima jika kerajaan isytiharkan Tuhan Sedang Marah hinggakan hari mengundi pun boleh ditunda).

Selepas Julius Caesar dibvnuh pada Tahun 44 SM, Octavian bersekutu dengan Mark Anthony dan Marcus Aemilius Lepidus untuk membentuk Triumvirate (Perkongsian Kuasa) Kedua. Mereka menubuhkan Triumvirate tersebut bertujuan untuk menghukum pembvnuh-pembvnuh Julius Caesar.

Namun begitu, Octavian yang berkuasa membvnuh ramai mvsuh politiknya bersama-sama dengan alasannya untuk menuntut belas di atas kem4ngkatan pakciknya, Julius Caesar.

Wilayah Triumvirate Kedua. Sumber gambar daripada Wikimedia common.

Octavian seterusnya bertempvr dengan T3ntera Sextus Pompeius yang berseteru dengan mereka untuk menvntut takhta Rom. Octavia dan Lepidus berjaya memenangi pert3mpuran itu.

Apabila menang p3rang dengan Pompeius, Lepidus mula merasakan diri dann t3nteraya terlalu hebat. Beliau menghina Octavian dengan menghalaunya keluar daripada Sicily (dari tempat pert3mpuran).

Octavian, soerang ahli politik yang licik menawarkan duit yang sangat banyak kepada t3ntera Lepidus menyebabkan mereka berpaling tadah dan menyokong Octavian. Lepidus dilucutkan semua jawatannya dan Triumvirate kedua musnah.

Setelah kejatuhan Lepidus, hubungan Octavian dan Mark Anthony semakin renggang. Mark Anthony yang berkuasa di Timur telah menerima adik Octavian iaitu Octavia Minor untuk dijadikan isteri bagi mengukuhkan perpaduan antara dua pemerintah Rom itu.

Namun begitu, Mark Anthony menceraikan Octavia dan di atas kecurangan Anthony dengan Cleopatra VII, Ratu Mesir. Peristiwa ini merenggangkan hubungan antara Mark Anthony dan Octavian.

Mark Anthony bertindak lebih menyakitkan hati Octavian apabila beliau mengisytiharkan Caesarion sebagai waris Julius Caesar yang sah, bukan Octavian.

Ahli-ahli Senat Rom melucutkan jawatan Mark Anthony sebagai konsul Rom dan mengisytiharkan Mark Anthony dan Cleopatra sebagai musuh negara.

Pert3mpuran Actium yang berlaku pada Tahun 31 SM merupakan pert3mpuran bersejarah apabila Agrippa, Jeneral P3rang Octavian berjaya mengal4hkan gabungan t3ntera Mark Anthony dan Cleopatra. Teknik utama Octavian untuk menewaskan gabungan tersebut ialah dengan menawarkan duit kepada t3ntera kedua-duanya, lalu ramai yang berpaling tadah daripada Mark Anthony.

Pertempuran Actium. Sumber gambar daripada Wikimedia common

Apabila Alexandria jatuh ke tangan Octavian, Mark Anthony dan Cleopatra membvnuh diri. Caesarion dan anak sulung Mark Anthony dihvkum bvnuh.

“Dua Kaisar ialah terlalu banyak bagi negara,” titah Octavian.

Selepas peristiwa itu, Octavian menjadi Pemerintah Agung bagi Empayar Rom. Namun begitu, drama Octavian belum selesai. Baginda membuat pelbagai strategi politik untuk mengekalkan kuasanya.

Pada Bulan Januari 27 SM, Octavian meletakkan semua jawatannya sebagai Konsul dalam Empayar Rom. Perletakan jawatannya itu menyebabkan semua senator Rom merayu kepadanya untuk teruskan pentadbiran dan mengurniakan kepada Octavian gelaran Augustus.

Octavian tidak mahu mengambil gelaran apa-apa pada mulanya di khalayak umum, tetapi mahu rakyat mengglarkannya sebagai Pinceps, atau Warga Pertama (Rom).

Permainan takhta Octavian ini, bagi baginda adalah untuk memulihkan Sistem Republlik di Rom. Namun, baginda sebenarnya bertindak memansuhkan sistem tersebut dan membina sistem kemaharajaan Rom secara monarki mutlak.

Semasa Augustus Caesar menaiki takhta, baginda mendapati rakyatnya takut akan status quo kerana ahli politik sangat berkuasa. Baginda membuat taktik baharu untuk memansuhkan sistem senator yang memerlukan undian rakyat dan tukarkan kepada Monarki Mutlak.

Augustus Caesar mengumumkan kepada rakyat baginda bahawa “Rule of Law” akan dikembalikan, tiada sesiapa yang akan dihukum tanpa sebab dan tiada hartanah sesiapa pun yang akan dirampas. Strategi baginda berjaya meyakinkan rakyat baginda untuk mengundi baginda untuk menghapuskan sistem senator.

Akhirnya, Augustus memenangi pilihanraya Umum Rom dan baginda menjadi pemimpin ulung Rom. Setiap tahun, setiap kali pilihanraya, Augustus akan menang pilihanraya dan kuasa politik dan monarki dipegang olehnya.

Akhirnya, sistem senator dan pilihanraya di Rom runtuh dengan sendirinya. Augustus memegang kuasa mutlak di Rom dan ahli senat hanya jadi penasihat sahaja sehinggalah akhir Rom pada kurun kelima masihi.

Namun begitu, Augustus tidaklah mengotakan janjinya apabila berkuasa. Baginda bertindak kej4m terhadap rakyatnya sendiri, malahan lebih teruk daripada ahli senat.

Gelaran Augustus yang diterimanya pula mengukuhkan kedudukannya sebagai Imperator (Ketua Turus Tentera) dan namanya diabadikan dalam Bulan Kelapan dalam Kalendar Gregorian (Bulan Ogos).

Baginda dikurniakan gelaran Imperium Maius (Kuasa Mutlak) pada Tahun 19 SM di setiap daerah Rom dan menandakan permulaan sistem Kaisar Rom dengan Maharaja berkuasa mutlak.

Pada Tahun 2 SM, baginda memperoleh gelaran Pater Patriae ataupun Bapa Negara.

Walaupun Augustus menjadi monarki mutlak dan gila kuasa, namun era pemerintahan baginda adalah permulaan era Pax Romana (Kegemilangan Rom) dengan kestabilan politik dan ekonomi yang sangat mapan.

Baginda meningkatkan infrastruktur Rom dan memperkemaskan pentadbiran negara, mengetatkan undang-undang negara, mengharamkan penzinaan dengan suami atau isteri orang lain, mengurniakan insentif cukai kepada keluarga yang ada lebih tiga orang anak dan dendaan kepada pasangan yang tidak ada anak.

Baginda sangat tegas dalam undang-undang Rom sehinggakan anaknya sendiri, Julia dan cicitnya sendiri dihukum buang daerah kerana melakukan hubungan sulit terlarang.

“Beta menemui Rom sebagai Kota Tanah Liat, tetapi meninggalkannya sebagai Kota Batu Marmar.”

Itulah kata-kata terakhir Kaisar Augustus Caesar sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baginda digantikan oleh anak angkatnya, Tiberius yang meneruskan kemaharajaan Rom dan era Pax Romana sehingga beberapa generasi kaisar Rom.

RUJUKAN:

Joshua J. Mark (Mei 04, 2018). Augustus. Ancient History Encyclopedia. Dilayari daripada https://www.google.com/amp/s/www.ancient.eu/amp/1-412/ pada 28 Februari 2020

Augustus by history.com editor (Ogos 21, 2018), Dilayari daripada https://www.google.com/amp/s/www.history.com/.amp/topics/ancient-history/emperor-augustus pada 29 Februari 2020

KRISTIN BAIRD RATTINI (Mei 20, 2019), Who was Augustus Caesar? National Geoghraphic, dilayari daripada https://www.nationalgeographic.com/culture/people/reference/augustus-caesar/ pada 1 Mac 2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.