Selepas tamat Pe.ra.ng Dunia Pertama (WWI), ramai mengharapkan peristiwa berda.ra.h itu tidak berulang lagi. Tetapi bagi arkitek Herman Sorgel, berharap saja tidak mencukupi. Arkitek Jerman itu merasakan kunci untuk menghentikan konflik di Eropah ialah dengan mewujudkan sebuah benua gergasi bernama Atlantropa.
Rancangan Sorgel mudah, dirikan empangan di Selat Gibraltar di mana ia dapat membekalkan tenaga elektrik yang banyak dan merendahkan paras air Laut Mediterranean sehingga 200 meter. Dari situ, tanah baru yang terhasil daripada aktiviti berkenaan boleh dijadikan sebagai petempatan manusia seperti di Laut Adriatik.
Bagaimanapun, pembinaan empangan yang dicadangkan Sorgel tidak terhenti di Gibraltar sahaja. Sebaliknya, empat lagi empangan dicadangkan dibina di Selat Dardanelles, antara Tunisia dengan Sicily, Sungai Congo dan menambah sambungan Terusan Suez.
Menerusi empangan di Sungai Congo, ia diharap dapat mewujudkan dua buah lautan baru di Afrika iaitu Laut Chad dan Laut Congo. Kewujudan dua laut ini dilihat Sorgel penting sebagai jalan perhubungan antara Afrika dan Eropah. Dan tipikal dengan pandangan kolonial dan perkauman para penjajah ketika itu, beliau melihat Afrika sebagai sebagai tanah dan sumber percuma yang boleh dimanfaatkan populasi Eropah yang ramai.
Mungkin hari ini, cadangan Sorgel dianggap tidak masuk akal. Tetapi ia mendapat sambutan baik dalam kalangan golongan intelektual termasuk jurutera, ahli politik dan wartawan. Malah, jika melihat arkib Atlantropa yang disimpan di Muzium Deutche di Munich, pasti ramai terkejut melihat sokongan yang diberi terhadap projek berkenaan. Antara dokumen yang disimpan dalam arkib Atlantropa ialah lakaran jambatan, kota-kota baru dan empangan, surat-surat sokongan dan artikel-artikel Atlantropa dalam akhbar mahupun majalah.
Apa yang membuatkan Atlantropa menarik ialah idea keamanan dunia bukan melalui diplomasi dan politik tetapi solusi teknologi. Misalnya, jika ada negara yang cuba mencetuskan konflik bersen.ja.ta, bekalan tenaga elektrik diputuskan oleh badan bebas yang memantau empangan-empangan yang menjadi sumber tenaga Atlantropa. Selain itu, Sorgel percaya dengan kos benua besar memerlukan semua negara Eropah berkongsi kos, tiada negara mempunyai wang untuk membiayai kempen bersen.ja.ta mereka.
Bagaimanapun, ramai menyifatkan idea Sorgel itu bersifat utopia semata-mata dan tidak realistik. Ini berdasarkan pemerhatian majalah yang berpangkalan di New York, UN World pada 1948. Kenyataan itu menyebut, “Memanfaatkan Gibraltar untuk kebaikan manusiawi sememangnya satu impian tetapi dalam abad ke-20, tiada impian – tidak termasuk kerjasama antara semua negara sebagai mustahil.”
Idea ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada Lebensraum iaitu perluasan jajahan Jerman di Eropah Tengah dan Timur sebagai kawasan petempatan baru penduduk negara itu. Ia dicanang panjang lebar oleh Si Kontot Yang Tak Boleh Disebut Namanya semasa mengetuai Jerman pada Pe.ra.ng Dunia Kedua. Ia cuba direalisasikan sepanjang tempoh berkenaan termasuk Operasi Barbarossa pada 1941 tetapi ha.nc.ur berkecai selepas Jerman mengaku kalah pada Mei 1945.
Kini, pelan Atlantropa boleh dilihat menerusi drama bersiri terbitan Amazon Prime, The Man in the High Castle. Seperti Sorgel, Atlantropa dicadangkan oleh Martin Heussmann (Sebastian Roche) dengan cara membina empangan di Selat Gibraltar bagi membolehkan sebahagian kawasan Mediterranean dikeringkan.
RUJUKAN:
Vidal, Ricarda. (2015). Atlantropa: the colossal 1920s plan to dam the Mediterranean and create a supercontinent. The Conversation.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih