Kita semua sedia maklum bahawa fakta tentang siapa yang memberi inspirasi kepada lelaki bermisai kontot ini yang didokumentasikan dengan sempurna pada awal karier tokoh paling popular semasa Per*ng Dunia Kedua, iaitu Adolf Hitl*r, dikatakan menerima pengaruh dan inspirasi adalah dari Benito Mussolini, rakan sejawatnya dari Itali dalam doktrin ideologi fasisme.

Tetapi ‘role model’ ini yang sama penting bagi karakter Hitl*r dan kebangkitan NAZl yang kian hampir dilupakan sepenuhnya: Mustafa Kemal Ataturk, bapa pengasas Turki moden merangkap salah seorang yang didakwa sebagai pelaku episod pembersihan etnik yang mengerikan melalui pembun*han beramai-ramai terhadap penduduknya yang bukan berbangsa Turki.

Hitl*r sangat berminat dengan apa saja yang berkaitan dengan Turki selepas tahun 1919. Dia tidak hanya mengagumi tetapi dia berusaha untuk meniru cara Ataturk membina sebuah negara baru secara radikal dan bangkit semula dari abu kekalahan semasa Per*ng Dunia I.

Hitl*r dan NAZl khususnya memerhati dan mengkaji secara serius kronologi sejak dari awal Mustafa Kemal Ataturk bangkit menentang kuasa Barat untuk merampas kembali pemerintahan bangsa Turki. NAZl semasa awal kebangkitannya melancarkan pemberontakan Munich Putsch pada skala besar mengikut model pemberontakan yang dimulakan Ataturk di Ankara.

Hitl*r juga dikatakan pernah membuat kenyataan bahawa, dalam politik pasca Per*ng Dunia Pertama, Mustafa Kemal Ataturk adalah gurunya sementara dirinya sendiri dan Benitto Mussolini adalah pelajarnya.

Ia bukan satu daya tarikan politik retorik yang hanya digunakan apabila perlu sahaja. Ketika NAZl bergelut meneruskan kebangkitan pada tahun 1920-an, Ataturk kekal menjadi “bintang menyinari kegelapan” yang menjadi inspirasi bagi diri Hitl*r untuk menstruktur semula negara Jerman namun berdasarkan konsep nasionalis, sekular, totalitarian dan ketuanan bangsa yang eksklusif, ya, bangsa Aryan.

Samada Hitl*r menyedari atau tidak akan kezaliman kerajaan CUP Turki Uthmaniyyah dalam menangani isu kaum minoriti Armenia, Assyria dan Yunani, ia mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi NAZl secara langsung dalam menghadapi kaum Yahudi di Jerman.

Hitl*r hanya memilih untuk mencontohi negara Turki moden atau Republik Turki yang baru diasaskan Ataturk, atau paling tidak ia memiliki aspek-aspek yang sesuai dengan pilihan konsep parti NAZl, lalu menjadi model untuk perancangan dan impian Hitl*r pada tahun-tahun kemudian menjelang pencerobohan Jerman ke atas Poland.

Penulis memetik kata-kata Christopher Clark, profesor dari University of Cambridge :

“Dari pembantaian Armenia hingga Per*ng Kemerdekaan Turki dan kebangkitan Kemal Ataturk, setiap peristiwa yang membentuk negara Republik Turki sangat menarik minat yang mendalam terhadap Jerman.

Seperti yang ditunjukkan oleh Ihrig, orang Jerman yang aktif dalam politik di Republik Weimar, terutamanya golongan haluan kanan, melihat kejayaan Turki sebagai model sempurna untuk revisionisme, pemerintahan autokratik, modenisasi secara sekular dan pelaksanaan politik genosid. Penyelidikan asli yang cemerlang ini memberi sinar baru kepada kebangkitan pra-sejarah NAZlsme dan dasar perkauman NAZl.”

Stefan Ihrig, yang menerima pendidikan di Britain telah menemui peranan penting yang dimainkan oleh Mustafa Kemal Atatürk dan Republik Turki dalam pandangan imaginasi NAZl.

Buku karya Ihrig, yang pada mulanya menumpukan perhatian pada awal tahun 1920-an dan kemudian pada era Third Reich, adalah berdasarkan dari pembacaannya mengenai pernyataan umum dan ekspresi bertulis mengenai ideologi parti NAZl yang berkaitan dengan Turki, dan lebih-lebih lagi pada kajiannya yang mendalam terhadap “ribuan artikel dan akhbar dari Jerman dari awal 1920-an dan Third Reich.”

Kepimpinan gaya Mustafa Kemal Atatürk dijadikan sebagai inspirasi dan model untuk Reich baru yang ingin mereka ciptakan semenjak tahun-tahun awal Republik Weimar, hingga ke zaman diktator Third Reich itu sendiri.

Walaupun Turki pada mulanya bersikap berkecuali dan akhirnya menyertai per*ng menentang Jerman di pihak Sekutu dalam Per*ng Dunia II, kepemimpinan NAZl dan akhbar tabloid NAZl tetap bersimpati dengan Atatürk dan Turki hinggalah saat kejatuhan Third Reich.

Turki Uthmaniyyah telah lama menjadi objek daya tarikan “orientalis” bagi orang Jerman. Walaupun ia kelihatan eksotik, kerajaan itu dianggap sebagai sekutu asli Jerman, terutamanya pada zaman pemerintahan Kaisar Wilhelm II. Hubungan itu memuncak dalam pakatan Turki dengan Jerman pada Per*ng Dunia Pertama.

Walaupun begitu, pada Per*ng Kemerdekaan Turki, yang dimulakan pada Mei 1919 dan berakhir pada pertengahan 1923, telah menjadikan Turki dan Mustafa Kemal sebagai contoh tauladan dan pahlawan bagi orang Jerman.

Per*ng ini telah menetapkan sempadan Turki moden namun paling ketara bagi pihak Jerman, ia mengakibatkan penyusunan semula (dalam Perjanjian Lausanne) “Versailles Turki,” Perjanjian Sèvres 1920, yang pernah memecah belahkan Empayar Uthmaniyyah akibat dibahagikan sesama pemenang Per*ng Dunia Pertama dan telah meninggalkan bangsa Turki tanah sekangkang kera.

Penyusunan semula negara Turki dari perjanjian yang penuh penghinaan, dan kebangkitan nasionalis Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Ataturk menjadi “berita utama media Weimar” ketika tahun-tahun awal republik yang dahulunya dimalukan, terdesak dan bersendirian.

Kebangkitan semula “Sultan Mehmet Fatih” (gambaran kepada Ataturk selepas itu) diambil sebagai peniup semangat bagi Jerman yang telah lemah, dan Kemal diraikan sebagai pahlawan nasionalis, terutamanya di dada akhbar haluan kanan spektrum politik.

Berbanding dilihat sebagai eksotik atau oriental, Turki kemudian digambarkan sebagai “serupa dan setanding dengan Jerman” di media nasionalis. Sekiranya Turki berjaya mencapai penyusunan semula perjanjian perdamaian dan melahirkan pemimpin yang berwibawa dan memberi inspirasi untuk membangkitkan kembali negara, maka Jerman juga boleh melakukannya selepas dua dekad.

Terdapat sebilangan musuh sayap kanan Republik Weimar yang melihat diri mereka memiliki potensi sebagai “Mustafa Kemal Jerman” – Adolf Hitl*r juga merupakan salah seorang dari mereka.

Berdasarkan pembacaannya dalam akhbar NAZl pada tempoh sebelum 9 November 1923, Ihrig dengan berani menyatakan bahawa pemberontakan Hitl*r yang gagal di Munich pada tarikh itu “lebih banyak terinspirasi dari Mustafa Kemal dengan peristiwa di Anatolia berbanding meniru “March on Rome.’” yang dilakukan oleh Mussolini.

Benar, menurut Ihrig, pengaruh kritikal Mustafa Kemal Atatürk terhadap pemikiran, karakter dan tindakan Adolf Hitl*r pada asasnya telah diabaikan dalam mana-mana kesusasteraan sejarah yang lebih memihak kepada Benitto Mussolini.

Ihrig berpendapat bahawa “Mustafa Kemal Pasha pasti menjadi pengaruh utama dalam evolusi idea Hitl*r mengenai Führer moden dan tentang dirinya sebagai pemimpin politik” pada awal 1920-an. Fakta bahawa akhbar NAZl dan Hitl*r menyanjung Atatürk dan revolusi Young Turk dalam penulisan dan ucapan tidak semestinya bermaksud bahawa tindakan NAZl dan Führer pada masa depan diilhamkan oleh mereka, atau Atatürk lebih penting daripada Mussolini dalam khayalan NAZl  .

Walau bagaimanapun, Ihrig mengemukakan bukti yang meyakinkan bahawa “teladan Turki” yang ada dalam diri Atatürk amat penting bagi NAZl dan Hitl*r pada tahun-tahun pertama Republik Weimar iaitu mereka berharap dapat membawa Jerman ke satu tahap yang mereka anggap setanding dengan pencapaian Atatürk di Turki, dan bahkan frasa “Turki, Dimensi Kemalis” diberikan terhadap pemberontakan dan cubaan kudeta oleh Hitl*r pada tahun 1923.

Berikutan kegagalan pemberontakan itu, Turki dan Atatürk mula jarang disebut di media semasa Republik Weimar, mungkin kerana Turki mengabaikan Jerman selepas kejayaan Turki menghalau para pemenang Per*ng Dunia Pertama.

Walaupun begitu, NAZl dan Hitl*r tidak pernah hilang rasa kagum mereka terhadap Turki atau pemimpinnya selama bertahun-tahun menjelang rampasan kuasa oleh NAZl, dan setelah awal tahun 1933 terdapat perubahan dalam persepsi masyarakat terhadap Atatürk dan Turki di dada akhbar NAZl.

Dalam satu wawancara bersama akhbar harian Turki Milliyet, Hitl*r menggelar Ataturk sebagai “pemimpin terhebat abad ini” – suatu pernyataan yang dipandang remeh dan tidak popular ketika itu, kerana pada tahun 1933, ketika Hitl*r berkuasa, dunia belum pernah mendengar nama-nama besar yang akan bangkit kemudian seperti Ali Jinnah, Gandhi, Mao Tze Dong, Stalin, Nasser, Khomeini dan Mandela.

Semasa era Third Reich, penyokong NAZl menggambarkan orang Turki sebagai kaum yang berkait rapat dengan bangsa Aryan: Mereka menyebarkan propaganda “Kultus Atatürk,” yang mencapai kemuncak dengan kem*tiannya pada tahun 1938.

Contoh yang diberikan oleh “Turkish Führer” itu membuktikan bahawa sejarah tidak semestinya dilakar secara demokratik tetapi ia melalui tindakan manusia yang hebat.

Walaupun zaman Kesultanan Uthmaniyyah populasi masyarakat adalah berbilang etnik dan berbilang kaum, manakala Turki moden (pra dan pasca republik) yang kononnya lebih homogen dalam konteks etnik dan ras.

Pembantaian beramai-ramai warga Armenia dipaparkan di media sebagai “salah satu asas utama negara völkisch yang baru ini.”, kemudian disusuli dengan pengusiran orang-orang Yunani setelah Perjanjian Lausanne, maka benarlah ia telah “menyelesaikan” masalah “isu minoriti” di Turki.

Dalam meraikan Turki sebagai negara sesama völkisch (serumpun), akhbar NAZl mengabaikan isu orang-orang bukan Turki — Yunani, Armenia, Yahudi, Kurdi, dan lain-lain — yang terus tinggal di Turki.

Atatürk disanjung kerana dasar sekularisme dan sekaligus menyekat pengaruh Islam, yang menurut pandangan media, telah sekian lama membantutkan pembangunan Turki memasuki era moden.

Ironinya ia sikap yang mencerminkan kebencian NAZl sendiri terhadap agama Kristian, terutamanya Roman Katolik, dan kaum Yahudi.

Akhirnya, Turki dijulang sebagai sebuah negara yang sedang dalam pembangunan, dalam perjalanan untuk menjadi model negara-negara moden, walaupun pada hakikatnya dalam bidang industri dan sektor pertanian, Turki masih ketinggalan jauh di belakang negara-negara Eropah Barat.

Walaupun Ihrig menggambarkan Atatürk dan Turki telah memberi inspirasi kepada NAZl dan Hitl*r – lebih kurang atau mungkin lebih banyak daripada dipengaruhi oleh Mussolini dan fasis Itali, penulis mendapati terdapat dakwaan dari sudut berlainan yang lebih munasabah, bahawa Turki hanya berfungsi sebagai ‘skrin layar’ manakala media dan kepimpinan Sosialis Nasional ‘memancarkan projektor paparan’ agenda sendiri dan hanya meraikan kepentingan pencapaian NAZlsme sendiri.

Ihrig tidak banyak memahami realiti tentang Turki dan Atatürk. Walaupun begitu, realiti itu muncul sendiri, ya, terdapat persamaan dalam aspek tertentu namun masih jauh berbeza dari versi yang terdapat dalam khayalan NAZl iaitu tidak lebih dari fakta bahawa Atatürk menganggap Hitl*r sebagai “penjual tin” (mungkin “penipu”) dan menganggap Mein Kampf sebagai contengan orang gila.

Atatürk jelas tidak bersimpati dengan Sosialis Nasionalisme dan pada dasarnya berusaha menjauhkan diri dari NAZl Jerman. Ini jelas ditonjolkan Turki selepas Per*ng Dunia Pertama dan Per*ng Kemerdekaan Turki, ternyata Jerman dibiarkan sendirian dibuli pihak pemenang.

Sesungguhnya, pendapat bahawa Atatürk dan Turki kurang berfungsi sebagai inspirasi bagi Hitl*r dan NAZl dan lebih sesuai sebagai ‘skrin projektor’ tidak hanya membantu kemampuan NAZl untuk mengabaikan ciri-ciri Atatürk yang tidak sesuai dengan khayalan mereka, tetapi juga kerana fakta bahawa sikap Jerman yang suka membodek Turki tidak terpengaruh dengan dasar sebenar Turki, hubungan baiknya dengan Bolshevik Russia, dan pendirian neutral yang berakhir dengan campur tangan ketenteraan terakhir bersama pihak Sekutu dalam Per*ng Dunia II.

Stefan Ihrig telah menulis sebuah buku yang berharga dan penting. Dia telah menjelaskan aspek Sosialisme Nasional yang diabaikan, tetapi luar biasa, dan signifikan: iaitu, peranan penting yang dimainkan oleh Turki dan Mustafa Kemal Atatürk dalam imaginasi NAZl.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.